10 Larangan Ketika Sesi Temuduga

Di dalam sesi temuduga, larangan ataupun perkara yang melanggar etika ketika sesi temuduga merupakan satu perkara yang berat.

Jika anda ada melanggar mana-mana 10 etika seperti di bawah ini, keberangkalian anda untuk TIDAK dipilih untuk mengisi jawatan kosong berkenaan sangat tinggi :

10 larangan ketika sesi temuduga :

1. Jawapan secara bersahaja seperti “yela tu, agaknya la kot, a’ah” dan sebagainya.

Jawapan seperti ini merupakan satu jawapan yang menunjukkan anda tidak ada keyakinan diri dan tidak profesional.

2. Bercakap terlalu perlahan atau terlalu kuat.

Nada memainkan peranan yang penting ketika sesi temuduga, nada yang terlalu perlahan membuatkan anda dan panel akan susah untuk berkomunikasi. Jika nada anda terlalu tinggi, ia akan menunjukkan sikap “kesombongan” anda. Gunakan suara nada yang bersederhana sesuai dengan jarak anda dan panel temuduga.

3. Elakan melakukan pergerakan yang terlalu banyak seperti goyang-goyangkan kaki bermain pen ataupun berpeluk tubuh.

Apabila anda melakukan perkara ini, ia sebenarnya menggangu suasana ketika sesi temuduga. Ketidak selesaan ketika sesi temuduga akan membuatkan calon dan panel akan menghadapi masalah komunikasi yang tidak baik.

4. Jangan sesekali kritik bekas majikan atau mana-mana pihak yang lain.

Jangan anda sesekali memberitahu perkara yang negatif mengenai syarikat ataupun majikan lama anda. Jika anda ada menyebut perkara negatif seperti ini, anda merupakan salah seorang yang berisiko kepada syarikat kerana anda berkemungkinan akan merosakkan imej syarikat mereka pada masa hadapan.

5. Jangan mengunyah atau makan makanan semasa temuduga.

Perbuatan ini ringkas menunjukkan anda seorang yang kurang adab ketika berkomunikasi secara profesional. Membuat dua kerja dalam satu masa (mendengar,mengunyah)

6. Jangan menunjukan sikap-sikap amarah anda dalam sesi temuduga jika terdapat suasana yang menyebabkan emosi anda terganggu.

Pasukan HR memang mahir untuk bertanyakan soalan-soalan yang akan menggangu emosi calon, jangan sesekali memberikan respon negatif anda terhadap panel temuduga. Cuba untuk bersikap tenang dan tidak cepat melatah.

7. Jangan bercakap terlalu panjang dan membesar-besarkan diri.

Elakan untuk membesar-besarkan diri kerana ia akan pantulkan persepsi anda seorang yang sombong ataupun berlagak.

8. Masalah peribadi adalah larangan WAJIB ketika sesi temuduga.

Jangan sesekali menceritakan hal peribadi di dalam sesi temuduga, panel tidak mahu mendengar masalah peribadi anda kerana fokusnya hanya untuk menilai skills anda yang dapat membantu syarikat mereka.

9. Jangan melakukan persilihan pendapat yang boleh menyebabkan pertengkaran ketika temuduga.

Jika terdapat persilihan pendapat, jangan sesekali untuk memberi respon bahawa anda tidak bersetuju dengan panel. Jika ada perkara yang anda tidak setuju, diam sahaja dan jangan memberikan respon apa-apa. Kadang kala ia sengaja dilakukan untuk melihat bagaimana anda respon perkara seperti itu.

10. Memotong percakapan panel temuduga, dengar dahulu dan barulah anda bertanya jika diberikan peluang untuk bercakap pula.

Memotong percakapan ketika panel sedang bercakap merupakan satu tanda anda tidak hormat pada mereka. Jika panel sedang bercakap, dengarlah dengan penuh minat dan apabila diberikan masa untuk menjawab, barulah anda menggunakan masa itu untuk bersuara.

Itu antara 10 larangan etika DILARANG untuk anda melakukannya. Amatlah rugi jika anda sudah layak di dalam pencapaian tetapi ditolak kerana tidak mempunyai “attitude”.

Semoga apa yang saya kongsi ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *