Hari ni saya nak bercerita sikit pasal penglibatan saya dalam program google adsense secara santai bersama anda.
Erm…saya telah terkena sindrom atau gejala adsense semenjak tahun lepas.Gejala ni memang serius sebab kalau sehari tak bukak akaun adsense untuk lihat pendapatan harian,boleh demam rasanya.Program adsense sangat bagus dalam memberi pendapatan tetap atau sampingan kepada sesiapa yang melibatkan diri dengan program ini.Jadi,bersempena dengan kenaikan harga minyak dan ketirisan poket yang melanda dunia dan negara kita khususnya,pada mereka-mereka yang teringin untuk mendapatkan duit lebih..ah ha..jom adsense..
Saya sudah hantarkan maklumat pembayaran kepada semua yang berminat dengan tawaran di sini: http://aspirasicyber.com/?p=37
Namun begitu,oleh kerana saya ingin cepat dan tidak mahu melengahkan proses pengiklanan ini,saya buka tawaran ini kepada sesiapa sahaja yang membayar dahulu dan memberi maklumat lengkap berkenaan url dan banner anda.
Di sini saya ingin menawarkan satu tawaran win-win situation kepada sesiapa yang ingin mengiklankan apa sahaja produk/blog/laman web anda ke salah sebuah akhbar online yang agak tinggi trafiknya di Malaysia ini iaitu berita harian online
Jika minda anda mengatakan anda boleh terbang..adakah anda mampu melakukannya?
Oh…don’t try this at home…
Baiklah..Sejauh manakah kepercayaan anda terhadap kawalan minda untuk melakukan sesuatu yang dirasakan agak sukar atau mustahil tetapi pada secara realistiknya ia mampu dilaksanakan.Saya beri satu contoh yang saya ambil daripada sebuah forum berkenaan seorang pemuda yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan internet mahu menghasilkan RM 60,000 untuk melangsaikan pinjaman pelajaran beliau dalam tempoh sebulan kerana jika tidak,beliau akan dikenakan interest yang cukup tinggi.
Lantas pelbagai pendapat diberi dan diutarakan oleh ahli forum tersebut dan beliau telah mengambil tindakan yang positif untuk melaksanakan misi tersebut.Saya tidak pasti sama ada beliau berjaya atau tidak dalam misi tersebut tetapi apa yang saya dapat lihat beliau berjaya mempelajari dan memahami selok belok berkenaan pernigaan internet dalam masa yang cukup singkat.Di sini menunjukkan bagaimana kuatnya pengaruh evolusi minda dalam mempengaruhi sesuatu perkara terutamanya apabila sedang berada dalam keadaan yang terdesak.
Bicara pertama untuk post ini, saya dengan rasa rendah diri mengalu-alukan kedatangan anda semua ke “rumah kami” yang belum lagi berhias indah ini. Begitulah perumpamaannya untuk laman web aspirasicyber ini. Insya Allah dari semasa ke semasa kami akan menambah segala bentuk ilmu berkaitan online business yang kami peroleh berdasarkan pengalaman sendiri mahupun hasil perkongsian dengan orang lain atau penemuan dan pemerhatian dari semasa ke semasa.
Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada dikalangan kalian yang berminat untuk berkongsi pengalaman dan menyumbang pemikiran dalam bentuk artikel dan sebagainya yang berguna untuk dikongsi bersama. Anda juga boleh melontarkan sebarang cadangan dan pertanyaan yang berkaitan dengan online business.Saya berharap anda dapat memaklumkan kepada kami maklumat apa yang anda ingin untuk kami cuba sedaya mungkin menyediakannya. Kami juga akan menyediakan pelbagai tips, panduan dan juga ebook serta software percuma yang boleh dikongsi bersama.Kami juga berbesar hati sekiranya ada dikalangan kalian yang sudi untuk berkongsi pengalaman online business dengan kami tidak kiralah sama ada anda masih baru ataupun yang sudah lama. Pengisian pertama saya untuk kali ini ialah berkaitan: