
Baru-baru ini seorang IM tempatan iaitu saudara Mawardee baru sahaja melakukan pelancaran rasmi untuk produk terbaru beliau iaitu Panduan Clickbank.Kesungguhan beliau sebagai IM di Malaysia ini begitu terserlah dengan satu demi satu matlamat tahun 2008 yang beliau tetapkan telah dicapai dengan jayanya.Dan dengan kesungguhan tersebut,tidak hairanlah beliau berjaya mendapat jualan sebanyak RM 8,000 hasil tempahan orang ramai sebelum pelancaran rasmi produk ini dijalankan lagi.
Saya juga terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan produk beliau ini dan saya memang yakin dengannya kerana saya pernah membeli beberapa produk beliau sebelum ini dan memang sangat berpuas hati dengan kualiti produk yang beliau hasilkan sebelum ini.Tanpa berfikir panjang saya membayar untuk keahlian emas yang mana banyak manfaat yang bakal diperolehi kelak.
Read the rest of this entry »
Filed under:
Affiliate, Produk
Kita sudah memasuki pertengahan bulan julai sekarang.Ini bermakna sudah lebih separuh daripada perjalanan tahun 2008 ini kita lalui.Jadi bagaimana dengan matlamat yang anda tetapkan pada awal 2008 untuk perniagaan internet anda kerana separuh perjalanan sudah ditempuhi dan saya pasti anda dapat menilai sendiri sejauh mana matlamat yang anda tetapkan itu sama ada tidak,mungkin,hampir atau pasti tercapai ketika ini.
Bagi saya sendiri,ada matlamat yang telah saya capai dan ada juga yang masih samar.Namun begitu,separuh perjalanan masih ada,dan jika matlamat itu masih jauh daripada sasaran,nampaknya kita kena berusaha 200% daripada sekarang.
Read the rest of this entry »
Selepas laporan percuma rahsia trafik video marketing dilancarkan kepada umum,saya telah mendapat maklum balas yang rata-ratanya positif daripada mereka yang cun dan hensem telah memuat turunnya.Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada anda semua yang cun dan hensem.
Memang tujuan laporan ini ditulis bukan untuk suka-suka sahaja,kerana saya mengharapkan lebih daripada sekadar baca dan tinggal terhadap laporan ini walaupun ianya percuma.Ramai yang kata,laporan percuma kurang dihargai,betul ke?Kalau ya,anggapan ini mesti dikikis daripada pemikiran kita. Selain itu saya juga ada menerima pertanyaan tentang waktu yang yang sesuai untuk melakukan kaedah video marketing ini.
Mungkin ada yang beranggapan masa yang sesuai untuk melakukan video marketing adalah pada waktu puncak untuk meningkatkan jumlah view pada video.Tapi pada saya ini bukanlah faktor utama.Misalnya..waktu puncak untuk pengunjung eropah melawat laman web video sharing seperti youtube adalah pada tengah pagi antara pukul 2 hingga 6 pagi. Read the rest of this entry »

Rahsia Trafik Video Marketing – inilah laporan percuma yang pertama kami untuk anda semua.Apa yang ditulis di dalam laporan ini adalah hasil pengalaman saya sendiri dalam melakukan proses teknik video marketing ini untuk meningkatkan trafik ke laman web saya selama lebih kurang setahun.Anda boleh dapatkan laporan percuma ini di sini:
http://aspirasicyber.com/percuma
Selain daripada ianya percuma,kami cuma menyediakan program affiliate pay per lead bersama laporan ini dengan komisyen sebanyak rm 0.20 untuk setiap laporan percuma kami yang anda sebarkan melalui link affiliate anda.Untuk mendaftar dan maklumat lanjut berkenaan program ini,anda boleh lihatnya di sini:
http://www.aspirasicyber.com/percuma
Kami mengalu-alukan komen anda berkenaan laporan ini.Terima kasih..
Artikel Pertama – Satu Permulaan
Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi..
Akhirnya secara rasminya kami melancarkan blog ini untuk tatapan umum.Di harap dengan adanya laman blog ini kita sama-sama dapat berkongsi cerita dan pengalaman untuk lebih maju dalam bidang perniagaan/program internet.Mungkin niche blog berkenaan perniagaan internet banyak di luar sana,tapi tidak salah rasanya untuk kami turut berkongsi niche ini dengan anda semua,selain minat kami yang mendalam dalam bidang ini.Lain orang lain ragam,lain blog lain juga cara penyampaiannya.Maka dengan wujudnya blog ini,dapatlah kita bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman untuk sama-sama meningkatkan diri dan lebih maju dalam bidang ini.
Perniaagaan internet di era millennium
Bagaimana anda melihat masa depan perniagaan internet di era ini?.
Bagi saya perniagaan melalui internet adalah satu bidang yang sangat relevan ketika ini,dan mempunyai masa depan yang sangat cerah di negara ini.Dalam tempoh baru 2 tahun terlibat dan masih dalam proses pembelajaran berkenaan bidang ini,saya telah saksikan sendiri betapa pantasnya revolusi perkembangan bidang ini kepada masyarakat di Malaysia ini khususnya.Jadi,kepada sesiapa yang masih bersikap tunggu dan lihat,maka mereka akan jauh ketinggalan,kerana setiap hari,banyak teknik dan teknologi baru akan muncul dalam mempertingkatkan lagi bidang ini.Jadi,jika anda masih belum mengambil tindakan untuk menceburkan diri dalam bidang ini,saya sarankan anda untuk memulakan proses pembelajaran anda sekarang.Ingat…sikit-sikit,lama lama jadi kaya bukit.
Read the rest of this entry »