Archive for August, 2008

WC Gathering

Semalam saya telah melakukan pembayaran untuk mengesahkan kehadiran saya ke majlis gathering forum Wangcyber.com yang pertama.Gathering ini akan berlangsung esok(Ahad) bermula dari pukul 2 petang hingga ke pukul 6 petang.

Ramai juga otai-otai internet akan turun termasuklah Dr. Irfan Khairi sendiri yang diundang sebagai tetamu istimewa dan akan turut memberi ceramah kepada peserta yang hadir.Yang paling jauh pula yang saya tau,ialah saudara Zamri Nanyan dari Pulau Pinang.Begitulah hebatnya aura forum yang menghimpunkan komuniti usahawan internet Malaysia ini.

Maklumat Berkenaan Gathering: http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc-gathering

Harap-harap,dapatlah saya menimba ilmu tentang perniagaan internet daripada mereka semua serta meluaskan networking.Mana tau ada projek baik nanti.. :D

*TAWARAN PENGIKLANAN TELAH DITUTUP DAN KAMI AKAN MULA MENGIKLAN PADA MINGGU HADAPAN.

http://aspirasicyber.com/iklan

Agak sukar juga untuk menguruskan iklan jenis perkongsian ni rupanya 8) .Bukan semudah disangka.Jadi tidak hairanlah bilamana slot 34 ruang iklan yang habis ditempah sebelum ini,dan selepas 4 hari maklumat pembayaran diberikan,hanya 21 orang sahaja yang melakukan pembayaran untuk tujuan pengiklanan.Tidak mengapalah,mungkin ada yang bertukar fikiran atau menghadapi masalah di saat akhir.Di harap kepada yang telah membuat pembayaran,harap dapat bersabar dan juga kepada yang belum menghantar maklumat iklan untuk url dan banner,sila hantarkan kepada kami segera.

Read the rest of this entry »