Archive for March, 2009

Motivasi Daripada Jutawan


Cerita Saya(My Story) Lim Goh Tong – Membaca buku autobiografi daripada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong ini memang sungguh memberi inspirasi kepada diri saya.Memang ramai yang kagum dengan kehebatan beliau sebagai pengasas Genting Highland,yang pada asalnya hanyalah kawasan hutan tebal di sempadan pergunungan Selangor dan Pahang,tetapi kini gah sebagai pusat pelancongan yang terhebat di Asia.Sejarah Lim Goh Tong sebagai pengasas Genting Highland memang cukup hebat dan kisah autobiografi ini memang patut dibaca oleh sesiapa yang berjiwa usahawan dan juga kepada sesiapa yang bercita-cita ingin menjadi jutawan.


Selain kisah Lim Goh Tong,sebelum ini saya juga pernah membaca kisah Tengku Farith Rithauddeen.Kisahnya juga berkaitan dunia korporat,cuma ia lebih fokus kepada dunia IT.Jikalau anda ingin tahu tentang kisah Tengku Farith ini,anda boleh bacanya di sini:
http://skalilagi.net/index.php?ch=download

Di saat saya memerlukan motivasi untuk meningkatkan produktivi kerja sebagai usahawan internet atau di kala dilanda kemurungan(down),memang saya akan singgah di blog-blog motivasi seperti http://www.imotivasi.com atau blog yang memaparkan kisah kejayaan selain membaca buku-buku yang memberikan inspirasi kepada diri saya.Selain itu,saya juga akan mendengar lagu-lagu yang memberi semangat dan motivasi kepada diri saya seperti lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor.

Untuk akhirnya,untuk memotivasikan diri dalam usaha ke arah mencapai status jutawan internet,baca dan tataplah gambar jutawan-jutawan muda internet berikut:
http://www.retireat21.com/young-entrepreneurs-who-changed-the-internet


Selalu kita mendengar kes penipuan di internet.Ada kalanya kejadian tersebut sebenarnya sudah acap kali dilakukan oleh si penipu tersebut,tetapi masih juga ramai yang masih tertipu.Kejadian ini sebenarnya ialah berpunca daripada kecuaian dan sikap ambil mudah oleh pembeli itu sendiri,atau mungkin si pembeli baru hendak mencuba melakukan pembelian melalui online.

Sebagai contoh,melakukan pembelian di laman web seperti lelong.com.my atau ebay.com.my adalah jauh lebih selamat daripada laman web seperti mudah.com.my.Ini kerana sistem dan tahap sekuriti yang digunakan oleh laman web lelong dan ebay adalah lebih baik seperti menggunakan sistem feedback melalui i-trader dan juga meminta pengesahan daripada pihak penjual seperti pengesahan nombor kad pengenalan,no telefon dan sebagainya.

Read the rest of this entry »


Kenapa?Tak percaya boleh dapat rm 30,000 setahun dengan hanya menjual ebook?bukan ebook berharga rm 100 atau rm 50,tapi hanya dengan menjual sebuah ebook berharga rm 20.Ebook tersebut bukanlah berkenaan rahsia cari duit,tapi berkenaan bagaimana untuk merancang kewangan dengan baik untuk medirikan rumah tangga.

Dan kini setelah empat tahun,ebook tersebut telah pun mencapai jualan melebihi 6000 unit ataupun lebih kurang rm 120,000.Erm..dahsyatkan.Itulah kehebatan ebook hasil tulisan Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai shuth dalam dunia online yang berjudul ‘Maskahwin Yang Hilang’

Read the rest of this entry »