Sudah 3 kempen Pay Per Lead(PPL) kami jalankan,tapi ramai juga yang masih bertanya dan belum faham dengan apakah yang dimaksudkan dengan program PPL ini.PPL sebenarnya adalah program yang seangkatan dengan Cost Per Action(CPA).Ia membawa maksud penganjur program akan membayar untuk setiap action yang berlaku kepada agen yang mempromosinya.Action tersebut pula adalah dalam bentuk download,mengisi senarai email,nama,alamat,no telefon dan sebagainya bergantung kepada apa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Di Malaysia program CPA lebih menjurus kepada program yang bertujuan untuk mengumpul senarai nama dan email prospek yang biasa disebut program Pay Per Lead(PPL).Program ini sangat baik kerana ia memberikan manfaat yang bagus kepada penganjur,agen affiliate dan juga prospek.PPL secara ringkasnya adalah sebuah program yang membayar komisyen yang tertentu dengan syarat tertentu seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur kepada ahli yang berjaya membawa prospek(lead) melalui link affilliate mereka.
Sebagai contoh,sekiranya pihak penganjur menganjurkan program PPL untuk mengumpulkan senarai nama dan email prospek melalui penyebaran laporan percuma dengan membayar RM 0.30 untuk setiap prospek yang dibawa,maka untuk setiap nama dan email yang diisi oleh prospek yang telah disahkan akan dibayar sebanyak RM 0.30 kepada agen affilliate yang mempromosikannya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Jadi selain itu,agen affilliate wajib membaca syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur supaya mereka betul-betul faham dengan syarat yang ditetapkan kerana program ini adalah percuma dan ia melibatkan kos daripada pihak penganjur,contohnya seperti jumlah komisyen untuk setiap lead yang dibawa dan syarat minima jumlah prospek untuk layak mendapatkan bayaran komisyen.
Secara mudahnya,beginilah program PPL ini berjalan:
Pihak Penganjur —-> Agen Affilliate —-> Prospek —-> Nama & Email Prospek disahkan —-> Pihak Penganjur akan membayar komisyen kepada Agen Affilliate








