Artikel ini saya tulis sebagai bantuan,kerana ramai yang menghadapi masalah gagal untuk membuka file yang telah didownload kerana masalah file tersebut dikatakan telah rosak(corrupt).Masalah ini biasanya berpunca daripada masalah sambungan(connection) internet yang tidak stabil ketika proses download tersebut dilakukan.
Biasanya jika sambungan internet tidak stabil,saiz file yang di download tidak sama ataupun kurang daripada saiz asal file tersebut,walaupun ia menunjukkan proses tersebut telah selesai dan berjaya.Biasanya apabila dibuka,akan dipaparkan bahawa file tersebut telah rosak(corrupt).
Berikut adalah panduan yang anda boleh ikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti ini.
# Sila pastikan anda download semula sehingga anda berjaya mendapatkan saiz penuh file,kerana biasanya connection internet yang tidak stabil akan mengganggu proses download tersebut.










