
Hari ini(31 Disember) adalah penutup untuk tahun 2009.Bagaimana
dengan pencapaian anda dalam perniagaan internet selama setahun
ini.Adakah semakin bertambah baik atau sebaliknya?
Untuk tahun 2009,pendapatan melalui internet saya semakin meningkat
dengan begitu ketara berbanding tahun sebelumnya.Salah satu azam
saya untuk tahun 2009 juga telah tercapai dengan terbitnya ebook
sulung saya iaitu Kuasa Pemasaran Email Versi 1.1
http://www.kuasaemail.com
Untuk tahun 2010,saya akan kemaskini dan lancarkan semula ebook
ini untuk versi yang terbaru dan saya akan cuba perbaiki isi
kandungan ebook ini sebaik mungkin dan pembeli terdahulu akan
dapat update secara percuma.
Melihat kepada trend pengguna internet yang semakin meningkat
dan pasaran yang semakin luas melalui perniagaan internet dengan
syarikat-syarikat pembekal broadband berlumba-lumba menawarkan
perkhidmatan jalur lebar ini dengan harga mampu milik,adalah rugi
jika pasaran yang semakin besar ini tidak dimanfaatkan jika kita
terus ketinggalan sedangkan orang lain terus maju dalam perniagaan
internet ini.
Di sini saya ingin kongsikan 10 tips untuk anda lakukan sepanjang
2010.Semoga tips-tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.
1. Belajar membina minisite/website/blog bagi tujuan jualan.Tak kira
sama ada yang berbayar atau percuma.
2. Kumpul senarai email dan pilih autoresponder yang terbaik.Ini sangat
penting untuk pemasaran email
3. Rajin bertanya di forum perniagaan internet.Saya sarankan kepada
yang baru untuk sertai forum wangcyber.com
4. Jika anda ada perniagaan offline,kembangkan pemasarannya kepada
online.Ramai peniaga offline seperti penjual tudung dan pakaian telah
berjaya mendapat keuntungan berlipat kali ganda setelah memasarkannya
melalui internet.
5. Gunakan laman web mudah.my sebagai medium pemasaran produk fizikal,hartanah,automotif dan lain-lain produk yang sesuai.Keberkesanannya telah terbukti.
6. Jangan mudah terjebak atau terpedaya melalui penipuan di internet.
Gunakan enjin carian seperti Google dan Yahoo untuk selidik dan siasat.
7. Kaji teknik usahawan internet yang berjaya dan aplikasikan teknik
yang mereka lakukan.
8. Jangan bertangguh.Untuk mengatasi masalah ini memang memerlukan
disiplin yang cukup tinggi.Lakukan perancangan masa dan berdisplin
untuk ikut perancangan tersebut.
9. Dapatkan seorang mentor yang boleh membimbing anda.Tunjukkan
komitmen anda untuk berjaya dan jangan hanya minta disuapkan ilmu
dari mereka sahaja.
10. Melabur.Jangan berkira untuk melabur untuk mengembangkan
perniagan internet anda.Money makes money.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini akan dapat memberi manfaat
kepada anda semua menjelang tahun 2010.
Selamat Tahun Baru & Selamat Berjaya!










