Archive for October, 2010

Entri kali ini saya tulis untuk mengakhiri persoalan yang ditanyakan sebelum ini iaitu:

- Bagaimana nak promosi produk Resale Rights?

Mungkin selama ini ramai yang beli produk Resale Rights,tetapi masalahnya tak tahu bagaimana nak jual semula produk yang dah dibeli tersebut.Sebenarnya menjual produk Resale Rights adalah cara buat keuntungan yang paling mudah diinternet kerana:

- Tidak perlu fikir pasal produk
- Menjimatkan masa
- Harga berpatutan
- Untung berlipat kali ganda

Kalau dapat satu atau dua jualan pun dah pulang modal kebiasaannya.Baiklah saya ingin tegaskan di sini,senjata pemasaran paling efektif dalam dunia pemasaran internet tak lain,tak bukan:

–> Pemasaran Email(Email Marketing)

Jadi,kalau anda tidak ada mailing list sekurang-kurangnya 500 sebagai permulaan, memang agak sukar juga untuk melakukan jualan,tidak kiralah apa jua produk yang anda ingin jual di internet.Maka anda wajib mula mengumpul mailing list sekarang juga.Cara paling pantas untuk mengumpul mailing list adalah melalui program PPL.

Kalau anda malas nak fikir produk percuma apa yang nak diberikan kepada prospek anda, saya ada 2 produk hot yang anda boleh berikan percuma untuk menjayakan program PPL anda:

–>http://ceo-cyber.com/plr1

atau

–> http://ceo-cyber.com/plr2

Namun,laporan yang paling baik untuk diberikan kepada bakal prospek anda ialah berkenaan produk Resale Rights.Ini adalah targeted list yang tepat untuk menjual produk-produk Resale Rights ini.

Medium pemasaran yang seterusnya ialah forum.Forum yang bersesuaian dengan produk jual semula tersebut.Jika produk tersebut adalah ebook,forum perniagaan internet seperti wangcyber.com adalah forum yang sesuai.

Selain itu,sudah pastilah pemasaran di web rangkaian sosial paling popular iaitu Facebook.Jika anda dapat buat satu fan page berkenaan produk Resale Rights dan kumpulkan seberapa ramai orang untuk sertainya,pasti mudah untuk mendapat jualan.Nak tau panduan facebook fan page?

–> http://www.kuasafanpage.com/index.php?ref=kfp

Rasanya 3 perkara ini sudah kerapkali saya ulang dalam melakukan pemasaran internet, tapi oleh kerana ini soalan yang banyak
ditanyakan,saya ulangi lagi melalui entri kali ini,dan bagi yang sudah tahu,anggaplah sebagai ulang kaji dan sejauh mana anda sudah kuasai pemasaran-pemasaran ini.

Jika anda terlepas artikel-artikel saya berkenaan produk Resale Rights,boleh rujuk semula di sini:

Jana Keuntungan Dengan Produk Jual Semula Bahagian 1
http://aspirasicyber.com/jana-keuntungan-dengan-produk-jual-semula

Jana Keuntungan Dengan Produk Jual Semula Bahagian 2
http://aspirasicyber.com/jana-keuntungan-dengan-produk-jual-semula-bahagian-2

Tips untuk mula mengumpul senarai email
http://aspirasicyber.com/tips-untuk-mula-mengumpul-senarai-email

Sekiranya anda ada apa-apa persoalan berkenaan produk Resale Rights lagi,saya sedia membantu anda..

Sekian untuk kali ini.

Entri kali ini saya akan sambung soalan yang ditanyakan pada minggu lepas berkenaan produk Resale Rights iaitu:

- Boleh terangkan lebih lanjut berkenaan apa itu Resale Rights?

Resale Rights bermaksud hak dan kebenaran yang membolehkan si pembeli produk untukĀ  menjual semula produk tersebut kepada pembeli yang lain.Dan bersama dengan produk Resale Rights ini akan dibekalkan dengan lesen dan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh penjual produk.Maka pembeli harus patuh kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan tersebut.

Apabila anda membeli produk yang mempunyai lesen Resale Rights ini,anda akan dipanggil sebagai Reseller iaitu penjual yang telah dipilih untuk diberikan autoriti atau kebenaran untuk menjual semula sesuatu produk Resale Rights tersebut.

Terdapat 4 jenis lesen Resale Rights yang anda perlu ketahui dan bezakannya apabila membeli produk jenis ini.Sebagai pembeli anda perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan terhadap produk tersebut dengan membaca syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tahu membezakan jenis lesen yang anda beli itu sama ada:

1. Lesen Resale Rights (RR)

2. Lesen Master Resale Rights (MRR)

3. Lesen Private Label Rights (PLR)

4. Lesen Unrestricted Private Label Rights (UPLR)

Untuk memudahkan anda membezakannya apabila membeli 4 jenis lesen ini,boleh rujuk kepada table dibawah ini.

(Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar dan jelas)

Diharap dengan penerangan yang diberikan ini dapat membantu anda dengan lebih jelas tentang produk resale rights serta perbezaan jenis dan lesen yang terdapat pada produk Resale Rights.Persoalan bagaimana nak promosi produk Resale Rights akan disambung pada post akan datang.

Saya mendapat beberapa soalan melalui email berkenaan produk Resale Rights.Antara soalan tersebut ialah:

1. Bagaimana nak buat laman web jualan untuk produk Resale Rights

Untuk membuat laman web jualan untuk produk Resale Rights,anda perlu mengetahui perkara asas dalam pembinaan laman web jualan.Biasanya laman web mini(minisite) digunakan untuk membuat jualan.Jadi perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah dengan membeli domain dan hosting.Domain dan hosting yang saya sarankan adalah daripada syarikat datakl.Jika anda tidak tahu bagaimana cara untuk membeli domain dan hosting,boleh download panduan percuma berikut:

http://ceo-cyber.com/hostingdomain.rar

Setelah mempunyai domain dan hosting,anda boleh mulakan pembinaan laman web mini.Cara paling mudah ialah gunakan template minisite percuma yang anda boleh dapatkan daripada internet.Tetapi biasanya produk Resale Rights disertakan sekali dengan minisite.Jadi tugas anda hanya perlu upload semula minisite tersebut ke hosting anda.Biasanya anda cuma perlu editdi beberapa bahagian sahaja seperti memasukkan nama anda pada halaman utama minisite dan juga masukkan nama dan nombor akaun anda pada bahagian tempahan produk.Tapi jika anda tiada asas langsung dalam permbinaan minisite,saya amat syorkan panduan video ini kepada anda:

http://ceo-cyber.com/videominisite

Ataupun anda juga boleh rujuk daripada ebook percuma berikut:

http://ceo-cyber.com/ebookminisite.rar

Kedua-dua panduan ini adalah panduan yang cukup lengkap dari A to Z untuk membina minisite.Pada saya bahagian yang perlu dikuasai ialah bahagian untuk melakukan editing pada minisite serta proses upload sahaja,maka anda sudah boleh mula menjual produk Resale Rights ini.

2 lagi soalan berikut akan disambung pada post akan datang.

- Boleh terangkan lebih lanjut berkenaan apa itu Resale Rights?

- Bagaimana nak promosi produk Resale Rights