Archive for November, 2011

Mungkin ramai internet marketer yang banyak menghabiskan masa di hadapan laptop atau komputer setiap hari sehingga masa untuk bersenam terabai.Leka dengan kerja-kerja internet yang dilakukan boleh menyebabkan kesihatan terabai.Jadi hari ini saya ingin kongsikan info kesihatan yang mungkin bermanfaat.Info ini saya peroleh dari Facebook.Kesahihannya tidak dapat dipastikan.Tapi tidak salah untuk dicuba.

Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

KAEDAH2NYA

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:
1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum …
Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini ‘enapcemar’ bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.

Aku Seorang CEO…. & kue tiaw goreng
Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru. Alhamdulillah.. aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan… dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun. Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia.

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alhamdulillah… aku dilantik sebagai Pengarah Urusan. Aku bekerja siang dan malam… bertungkus lumus… dunia aku hanyalah di pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku mendirikan rumahtangga. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai dari Allah SWT. Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirnya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL.

Hasil penat lelah selama ini akhirnya berbaloi. Aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah… Syukur Alhamdulillah. Dalam usia 46 tahun sebagai CEO….aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!! Kebahagian keluarga….. Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus… yang sulung dah tak macam orang… rambut warna merah… bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi. Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana…

Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting…. main golf pun bincang pasal kerja…. dinner pun meeting lagi!!!!… sampai tiada masa untuk bersolat!! Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku… sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik…. kekadang buat… kekadang terlupa… Masyaallah!!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun. Aku mungkin kaya… tetapi jiwa aku kosong… kadang kala jiwa aku tertekan!!! Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat…. aku menangis… aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali. Selang seminggu aku bernekad…!!!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis…. tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO… tetapi menangis kerana gembira… mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!! Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Tiaw Goreng..!!!! Aku diketawakan oleh mereka…. tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!! Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang… bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku. Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari.

Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari…. Alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari. Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras… dari 2 gerai aku membuka 3.. dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60,000.00 SEBULAN. Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Tiaw sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku.

Setiap bulan kami bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang ‘hilang’. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau… atau lebih kurang jadi ‘chairman’…. dan anak-anak aku sebagai Directornya. Dan sekarang baru ku sedar yang Nabi Muhammad SAW pernah bersabda….9/10 dari kekayaan itu datangnya dari berniaga. Alhamdulillah…

Asas perancangan kewangan adalah simpanan, dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk platform dengan mudah.Penubuhan platform ini merupakan tonggak utama kepada perancangan kewangan.Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan dalam urusan perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda. Antaranya :-

1. Suka berhutang dan gagal memahami konsep pengurusan kredit (hutang)

2. Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda.

3. Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

4. Gagal menyimpan kerana kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

5. Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

6. Perlindungan insuran yang tidak mencukupi.

7. Pelaburan yang salah kerana kurangnya pengetahuan.

8. Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi.

9. Keengganan menggunakan perkhidmatan kewangan/penasihat pelaburan yang bertauliah