Sudah 2 hari kita berada di tahun 2009 tapi rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru untuk anda.Sempena tahun baru 2009 ini,saya ingin tahu 3 perkara berikut daripada anda:

1. Apakah azam 2009 anda dalam perniagaan internet?

2. Tercapaikah azam 2008 anda dalam perniagaan internet?

3. Apakah perniagaan/program internet yang anda rasa akan paling ramai disertai oleh rakyat malaysia untuk tahun 2009.

Untuk berlaku adil,saya mulakan dulu..

1. Azam saya untuk tahun 2009 ialah untuk mendapatkan pendapatan 6K setiap bulan hasil daripada internet ataupun 72K setahun.

2. Pada awal 2008,saya tidak menetapkan sasaran yang spesifik,jadi saya tak boleh nak berikan komen sama ada azam 2008 saya tercapai ataupun tidak.

3. Saya rasakan program affiliate akan menjadi bidang yang paling ramai menyertainya diikuti dengan program google adsense dan berniaga di ebay.

Ulasan 2008
Semenjak menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet sejak 2006,tahun lepas(2008) adalah tahun yang paling saya nampak perbezaannya berbanding dengan tahun sebelumnya(2007).Jika pada tahun 2007,jarang sekali produk baru dikeluarkan oleh IM tempatan setiap bulan,tapi tahun 2008 menyaksikan setiap bulan pasti ada lebih daripada 2 produk baru dikeluarkan oleh IM.

Jika pada tahun 2007 amat sukar untuk melihat produk IM terjual dengan angka jualan melebihi 5 angka tapi pada tahun 2008,sangat mudah untuk melihat IM mencapai tahap jualan produk dengan jualan melebihi 5 angka.

Jika pada tahun 2007 amat sukar untuk melihat agen affiliate di Malaysia mencapai komisyen sehingga 4 angka,tapi pada tahun 2008,sangat mudah untuk melihat agen affiliate mencapai komisyen sehingga 4 angka.

Jika pada tahun 2007 amat jarang blog yang muncul dengan niche perniagaan internet,tapi pada tahun 2008 blog yang ber’ nichekan perniagaan internet tumbuh bagaikan cendawan dan pasti terselit kisah kejayan mereka buat duit daripada internet.

Jika pada tahun 2007 amat jarang untuk melihat IM yang bekerja sepenuh masa daripada rumah,tapi pada tahun 2008,ramai IM tempatan yang sudah berhenti kerja dan menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa hanya dari rumah.

Selain daripada itu,rakyat di negara ini juga sudah diberikan banyak kemudahan yang kita tidak dapat kecapi sebelum ini seperti boleh mendaftar sebagai ahli untuk program-program affiliate daripada pihak clickbank dan juga boleh mengeluarkan wang yang ada daripada akaun paypal terus kepada kad debit anda.

Itulah antara perbezaan paling ketara yang saya dapat lihat sepanjang tahun 2008 untuk perniagaan internet yang semakin berkembang seiring dengan perkembangan ICT di negara ini.

Saya bukan ingin memomokkan perkara yang indah sahaja sepanjang 2008,walaupun hakikatnya ramai juga yang gagal.Pada saya kegagalan itu adalah pengalaman dan pembelajaran yang sangat berharga pada diri.Jadi kepada yang gagal,kenal pasti kelemahan anda dan bangkit semula sebagai juara.Seorang juara tidak mengenal erti kekalahan dan putus asa.

Perjuangan untuk tahun 2008 telah selesai,jadi mulakan tahun 2009 untuk berjuang dan mencapai kejayaan seperti yang anda harap dan impikan.

Salam kejayan buat kita bersama untuk tahun 2009.