5 Kriteria Untuk Menjadi Pakar Close Sale Terhebat

Saya nak buat pengakuan.

Saya sangat jealous dengan seorang kawan saya ni.

Dia ada super power yang boleh memukau pelanggan untuk menyerahkan duit mereka secara sukarela kepada kawan saya ni setiap hari.Sehingga kini, dia dah dapat buat lebih daripada 300 sales setiap bulan!

Wow, hebat!

Kalau anda jumpa kawan saya ini, anda mungkin tak percaya yang dia ni boleh buat jualan sekacang tu.Ye lah, kalau kami lepak-lepak dengan geng kami, dia ni jenis pendiam. Nak tegur awek pun pun takut!Jadi saya cuba korek rahsia bagaimana dia boleh buat close sales.Mula-mula, dia tak nak share sebab dia belum bersedia nak share tentang rahsia ini kepada orang ramai.Setelah puas saya pujuk, dia pun beritahulah. Saya cakap benda ni adalah sangat penting kerana…

Tanpa Sales, Matilah Bisnes Online Anda

Sebagai peniaga online, objektif utama anda adalah untuk mendapatkan jualan.Tak kiralah seagung mana copywriting anda dan sehebat cara pemasaran online yang anda buat, jika anda tak dapat jualan, maka berkuburlah bisnes anda.Hancur lebur semua impian dan harapan untuk bebas hutang dan bebas kewangan.Tak dapat nak menunaikan janji untuk bawa anak-anak berjalan atau bawa ibu dan ayah untuk mengerjakan umrah.Tapi jangan risau kerana kemahiran close sales sebenarnya boleh dipelajari.Ia boleh diasah sehingga baik jika anda anda 5 kualiti ini:

5 Kriteria Untuk Menjadi Pakar Close Sale Terhebat Dalam Alam Semesta

1. Ada mindset ‘sale or die’

Jangan gatal-gatal tangan untuk mendail nombor telefon pelanggan sebelum anda betul-betul ada 2 benda ni dalam kepala – ‘SALE or DIE’.Maksudnya di sini ialah setkan dalam kepala yang anda hanya nak dapat close sales sahaja. Anggap hidup anda bergantung kepada sales yang anda buat pada hari itu.Bila anda ada mindset ini, anda akan lebih fokus mencapai matlamat anda.Anda tiada pilihan lain melainkan hanya mahu buat jualan sahaja.

2. Bertindak sebagai konsultan, bukan salesman

Kebanyakan peniaga online sering menganggap diri mereka adalah salesman yang menjual sahaja.Kalau anda ada mindset ini, anda akan cepat gagal membuat jualan yang banyak.Bayangkan diri anda adalah seorang pakar atau konsultan yang sering dicari-cari orang. Anda memberikan khidmat rundingan, nasihat dan cadangan kepada prospek yang anda hubungi.Kuasai maklumat, manfaat dan apa-apa yang berkait dengan produk sebelum anda mula mendail nombor telefon prospek.

3. Kuasai “Buyer Motives”

“Pelanggan tak suka dipaksa membeli.”

Itu adalah kata-kata hikmat daripada pakar jualan, Jeffrey Gitomer. Sematkan di dalam kepala anda.Maksudnya anda kena faham bahawa aspek sebenar dalam jualan adalah motif pelanggan untuk membeli.Tak kisah seberapa hebat teknik menjual anda, selagi anda tidak mengetahui motivasi utama pelanggan beli daripada anda, selagi itu anda tidak boleh membuat jualan.

Cara yang mudah ialah tanya pelanggan anda. Hubungi atau Whatsapp 5-6 orang, tanya kenapa mereka beli dan anda akan terkejut dengan jawapan mereka – mereka membeli disebabkan emosi dan justifikasikan jawapan mereka dengan logik.

Gunakan jawapan pelanggan yang sedia ada itu untuk skrip jualan anda pula.

4. Ego mesti lebih tinggi daripada pelanggan

Orang yang ada ego tinggi biasanya tidak disukai oleh orang lain.Tapi tidak bagi konsultan jualan macam anda.

Kenapa?

Jika prospek dah PM anda, dia sebenarnya mahukan seseorang yang pakar untuk membantunya.Prospek dah merelakan dirinya untuk mendengar bait-bait pertuturan dan ‘presentation’ anda.Jika anda jual tudung, anda cakap yang anda membantu prospek untuk mendapatkan tudung yang cantik dengan rekaan yang cantik.

Jika anda jual produk kesihatan, anda cakap yang anda menolong prospek untuk menghilangkan kesengsaraan yang dihadapinya.Jika anda jual servis, anda cakap yang anda pakar untuk menyelesaikan masalah yang menghantui oleh prospek.Jangan khuatir sekiranya prospek menunjukkan egonya yang tinggi. Anda ‘up’kan lagi ego anda.Baru dia hormat anda.

5. Sentiasa teruja dan bersemangat

Pernahkah anda tengok reaksi dan gelagat jurujual jalanan?

Macam mana riak muka dia? Intonasi suaranya? Gaya tangannya?

Saya tak pernah lagi tengok muka salesman yang mencuka dengan suara membosankan buat jualan.Kalau ada pun, dia mesti jurujual yang gagal!Untuk menjadi pakar close sale, anda perlu sentiasa ceria.Naikkan suara anda semasa membuat panggilan telefon prospek.Gunakan smiley masa jawab mesej dalam Whatsapp atau Messenger.Tunjukkan yang anda seorang yang bersemangat untuk menjual.Barulah pelanggan percaya nak membeli daripada anda 🙂

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program & Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *