5 Soalan Killer Ketika Sesi Temuduga Yang Perlu Anda Tahu

Sebagai seorang calon untuk ke sesi temuduga. Mengenal pasti soalan-soalan temuduga merupakan satu persediaan yang perlu dilakukan. Soalan temuduga ini berbeza-beza mengikut syarikat kerana mereka menguji mengikut keperluan syarikat mereka sendiri.

Tetapi kita boleh simpulkan beberapa soalan yang biasa ditanyakan oleh pasukan HR :

1. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini ?

Pengetahuan anda yang luas tentang tugas pekerjaan dan syarikat itu sendiri akan memberi gambaran kepada penemuduga bahawa anda adalah seorang yang mempunyai energy, motivation dan mempunyai minat dalam syarikat mereka.

Jika anda tidak mempunyai pengetahuan tentang latar belakang syarikat, anda akan ketinggalan berbanding calon lain.*Gunakan internet, website syarikat, pandangan rakan rakan, produk.

Lawat website syarikat dan baca liputan media tentang syarikat tersebut dan key executives dan juga berita umum atau isu yang memberikan kesan kepada industri syarikat tersebut.

Tips: Berikan sedikit pujian kepada syarikat, tunjukkan admiration kepada hasil kerja syarikat. Jika setuju dengan pendapat temuduga, senyum dan setuju. Jika tidak, senyum dan anggukkan saja. Kalah disini, menang disana.

2. Kenapa anda mahu meninggalkan pekerjaan lama ?

Jangan risau, penemuduga cuma mahu memahami kronologi dan sebab perpindahan kareer anda. Bila ditanya soalan ini, buat 2 statement ini, pengalaman apa yang telah anda pelajari, kerana ini akan mengindikasikan value yang anda mampu bawa kepada syarikat mereka.

Sebab kenapa anda tinggalkan pekerjaan lama.Anda harus mempunyai sebab yang munasabah. Formula LAMPS ini akan membantu anda merangka sebab yang professional (kerana meninggalkan pekerjaan lama) :

Location
Jarak yang tempat kerja yang tidak strategik.

Advancement
Kareer anda tidak mempunyai ruang untuk grow kerana _____ (nyatakan sebab anda)

Money
Anda dibayar rendah tidak setimpal dengan kemahiran dan sumbangan anda.

Pride/Prestige
Anda mahu menyumbang kemahiran anda kepada syarikat yang lebih baik dari segi work culture, vision dan tugasan

Security
Syarikat tersebut tidak stabil dari segi kewangan

*Jangan mengutuk individu/syarikat tersebut. Kerana ini akan meninggalkan kesan kepada minda penemuduga. Adakah dia akan bercakap perkara yang sama bila meninggalkan syarikat ini?

3. Apakah kekuatan anda yang utama?

Pertama sekali sebutkan tentang, kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal adalah kemahiran yang memerlukan ilmu dan teknik yang betul untuk melaksanakan tugas.

Kemudian, sebutkan sikap profesional yang anda miliki dalam menjayakan tugasan anda.Sikap profesional ini adalah seperti, kemahiran komunikasi, multitasking, analytical thinking, critical thinking, kemahiran memimpin.

Yakinkan mereka dengan kemahiran teknikal + sikap profesional yang anda ada, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada syarikat.

4. Apakah kelemahan anda yang utama?

Sebutkan perkara yang anda sedang cuba untuk kuasai. Seperti contoh, saya gugup apabila bercakap di hadapan terutama di hadapan orang yang saya tidak kenal dan saya menyedari kelemahan ini, jadi saya kerap menonton video dan membaca tips tips pengucapan awam untuk memperbaiki aspek ini.

Walaupun anda menyebutkan kelemahan anda, anda juga telah menonjolkan sisi suka memperbaiki diri. Dalam usaha penemuduga mencungkil kelemahan anda, apa yang anda berikan padanya adalah sisi positif.

5. Apa yang anda boleh tawarkan apa yang calon lain tiada?

Kita tak tahu apa kebolehan yang dimiliki calon lain, tapi taktik yang boleh diguna adalah

Apa yang saya boleh tawarkan ______. Anda harus menerangkan bagaimana anda memahami tanggungjawab jawatan tersebut, masalah yang selalu timbul dan bagaimana anda telah bersedia untuk menghadapinya dengan ilmu yang anda ada.

Akhiri jawapan anda dengan menyebut sikap profesional yang anda sumbangkan.

Saya orang yang akan memberikan sepenuh perhatian kepada projek syarikat. Saya mendengar dan melaksanakannya mengikut perbincangan. Saya juga memahami yang kita di dalam perniagaan untuk membuat keuntungan, jadi saya orang yang akan sentiasa mengambil kira kos dan pulangan.

Kesimpulan

Jika anda seorang yang belum mempunyai pengalaman dalam sesi temuduga, anda dinasihatkan untuk membiasakan diri dengan soalan-soalan temuduga sebanyak mungkin supaya apabila anda ditanya, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk anda menjawabnya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *