9 Adab Penting Ketika Sesi Temuduga

Adab temuduga merupakan sesuatu yang amat penting ketika sesi temuduga, adab ini boleh merangkumi luas skopnya. Antaranya adalah seperti adab dalam percakapan, perbuatan, berpakaian, bahasa tubuh dan sebagainya.

Terlalu banyak yang perlu dititik beratkan mengenai adab ini, kerana ia merupakan refleksi kepada diri kita sendiri .

Perlu perhatian, panel temuduga adalah orang tidak mengenal anda. Ingat, pertemuan pertama ini perlulah berhati-hati untuk elakan kegagalan dalam sesi temuduga anda.

9 adab-adab  yang perlu dilakukan ketika sesi temuduga :

1. Mendengar dan menjawab soalan dengan betul.

Apabila panel temuduga memberikan pandangan atau apa-apa pandangan, sila dengan dengan baik supaya anda dapat menjawab soalan-soalan mereka dengan jawapan yang betul dan tidak keluar daripada topik yang ditanya. Ramai calon kadang kala tidak faham soalan dan memberikan jawapan yang tidak mahu didengar oleh panel temuduga.

2. Memberi salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga.

Memberikan salam merupakan perkara asas sebelum memulakan sesi temuduga, Ia juga merupakan doa pertama antara anda dan panel temeduga. Tanpa anda sedar, memberikan salam sambil memberikan senyuman dapat mewujudkan suasana dan aura yang positif.

3. Tunjukan keyakinan di dalam setiap jawapan.

Keyakinan dalam jawapan anda membuatkan panel akan lebih mempercayai anda. Jika anda gugup ataupun tidak yakin dalam memberikan jawapan. Ia akan menunjukkan seolah-olah anda cuba untuk berkata sesuatu yang tidak benar . Ini akan membawa kesan buruk kepada suasana ketika temuduga.

4. Tenang dan tidak gementar.

Ambil nafas dan lepaskan. Amalkan aktiviti ini jika anda berasa gementar ataupun tidak selesa. Anda kena pastikan bahawa anda dalam keadaan yang tenang sepanjang sesi temuduga. Ketanangan akan membuatkan anda dan panel dalam keadaan selesa dan mudah untuk berkomunikasi.

5. Dengar dengan penuh minat dengan keadaan postur badan yang betul.

Hanya dengan postur badan dapat memberikan impression sama ada anda benar berminat untuk mendengar ataupun tidak. Postur badan yang baik memberikan impak yang besar kepada panel. Apabila anda memberikan reaksi yang baik, panel akan beri anda perhatian 100% ketika sesi temuduga berkenaan.


Adab Ketika Sesi Akhir Temuduga :

6. Berilah ucapan terima kasih dan senyuman yang ikhlas.

Ramai yang rasa perkara ini tidak membantu tetapi hakikatnya, ia memberikan kesan yang baik kepada panel. Ia adalah sebuah mesej bahawa anda menghargai masa mereka untuk mengadakan sesi temuduga bersama anda.

7. Pastikan diakhiri oleh panel temduga, bukan anda.

Jangan sesekali anda cuba untuk mengawal situasi temuduga berkenaan dengan mengakhiri sesi temuduga berkenaan. Biarkan panel yang menyudahi sesi berkenaan. Tugas anda hanya berikan komitmen sepanjang sesi temuduga dijalankan.

8. Keluar dengan keadaan yang sopan dan tidak tergopoh-gapah.

Jangan menunjukan sikap tergesa-gesa anda ketika tamatnya sesi temuduga. Kadang kala calon bersikap begini kerana terlalu gementar, ia memberikan refleksi kepada diri anda yang kurang keyakinan ataupun sikap “tidak berminat” melalui sesi temduga.

9. Berjabat tangan.

Berjabat tangan dengan gengaman yang baik merupakan satu tanda hormat daripada anda. Ia juga merupakan simbol tanda kemesraan, perkenalan dan persahabatan. Berajabat tangan memainkan peranan yang penting  kerana tanpa anda sedar, ia adalah perlakuan yang dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua pihak.

Pastikan anda menjaga adab-adab ketika sesi temuduga ini, jangan anda terkejut, walaupun seseorang itu mempunyai qualification yang tepat untuk job position tersebut tetapi tidak mempunyai sikap yang baik. Ia kemungkinan yang besar untuk anda TIDAK terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *