Oleh kerana banyak persoalan yang diajukan pada artikel yang lepas mengenai program Freebies4Webmasters,saya terpaksa membuat entri sambungannya lagi pada kali ini.Secara umumnya,2 soalan utama ini sahaja yang ditanya kepada saya:

1. Adakah program ini sudah membayar anda?
2. Adakah saya perlu mempunyai akaun paypal?

Untuk soalan pertama:
Saya minta maaf ,saya tidak dapat menjawab soalan ini buat masa sekarang,kerana seperti yang saya katakan sebelum ini bahawa saya baru sahaja mendaftar bersama program ini semalam dan ketika entri ini ditulis,akaun saya masih baru berusia kurang daripada 48 jam.
Saya cuma memberi satu peluang untuk buat duit dengan blog yang anda ada.Keputusan sama ada saya akan dibayar atau tidak,hanya boleh diketahui pada hari pembayaran program ini,iaitu pada setiap awal bulan.

Jika anda rasa dengan masa selama kurang 5 minit untuk proses signup dan kurang 5 minit untuk proses meletakkan kod pada blog itu membuang masa,jangan sertai program ini dan tumpukan sepenuhnya pada pekerjaan yang anda fokus.
Tapi,jika anda rasa,tidak ada masalah untuk meluangkan masa kurang daripada 10 minit untuk menyertai program ini dengan harapan mendapat bayaran seperti dijanjikan seperti akaun paypal Hazel Lin ini..Sila teruskan niat murni anda itu..bukannya kena bayar pun..


Saya tak mahu janjikan sesuatu yang indah kepada anda mengenai program ini kerana takut nanti saya pula disalahkan jika mereka tidak membayar.Tujuan saya..cuma mahu kongsikan satu peluang buat duit kepada anda tanpa sebarang risiko.

Untuk soalan kedua:
Wajib.Jika anda hendak buat duit secara global melalui internet,anda mesti memiliki akaun paypal.Jika anda tidak mempunyai akaun paypal,anda tidak boleh berurusan dengan orang luar,sama ada proses membeli atau menerima bayaran.Saya tak mahu mengulas lanjut berkenan paypal ini di sini,kerana sudah banyak penerangan dan laporan percuma mengenai paypal ini dikeluarkan.Jika anda nak tahu berkenaan paypal,sila dapatkan 40++ ebook percuma versi Bahasa Melayu,di sebelah kanan sidebar blog ini.Ada beberapa laporan percuma mengenai paypal di sana..