Author Archives: admin

Kaedah Rahsia Bagaimana Untuk Mendapatkan 5000 Targeted Likes Tanpa FB Ads

Berapa kos untuk dapatkan 5000 targetd likes menggunakan fb ads?Kos per like di fb ads adalah sangat mahal biasanya sekitar 50 sen ke satu ringgit atau lebih.Jika satu like kosnya 50 sen untuk 5000 like anggaran dalam RM 2500.

Kaedah ini adalah kaedah yang sebenarnya biasa,tapi boleh dikatakan luar biasa untuk dilakukan secara manual.Saya harap anda baca sehingga selesai kaedah ini kerana ada cara yang sangat mudah untuk melakukannya menggunakan sistem yang bagus dan berkesan untuk mendapatkan targeted audience dengan zero kos fbads.Dengan sistem ini ada pelbagai cara boleh dilakukan,tapi saya nak kongsikan satu saja terlebih dulu.

Dibawah ini adalah kaedah manual yang saya nak kongsikan kepada anda supaya anda boleh nampak flow kaedah ini :

1. Pilih satu niche yang ingin anda promosikan.Contohnya niche kosmetik

2. Buat 3 akaun facebook,update status,kongsi info,update gambar yang ada kaitan dengan niche yang ingin promosikan.Buat permulaan kongsikanlah tips-tips dan info menarik dalam niche tersebut.Untuk niche kecantikan contohnya,kongsikanlah tips-tips,petua,bahan semulajadi untuk kecantikan dan sebagainya.

3. Cari 3 fanpage/owner yang mempunyai ramai follower dalam niche yang ingin dipromosikan.Contoh untuk 3 kosmetik yang dipilih : Nurraysa,Dnars Skincare & Aliff Syukri Terlajak Laris (Dherbs)

4. Add 100 orang rakan baru bagi setiap akaun tersebut setiap hari.Jadi jumlah keseluruhan untuk 3 akaun tersebut adalah 300 friend request sehari.Facebook hanya benarkan anda add 100 rakan sehari,jika tidak akaun anda berisiko untuk diblock buat sementara waktu.Add mereka yang komen didalam fanpage tersebut sahaja kerana biasanya mereka yang komen ni sudah pasti adalah follower kepada fanpage tersebut dan mereka ini sudah pastinya adalah targeted audience.

5.  Andaikan daripada 100 hanya 20 yang approve friend request.Ini andaian yang paling rendah yang diberikan.Jika profile FB yang anda buat menarik beserta gambar dengan info dan status di wall pasti jumlah yang approve akan lebih tinggi dan lebih cepat daripada 3 bulan untuk mendapatkan 5000 rakan.Jadi jika untuk 20 rakan yang approve sehari,jumlah keseluruhan untuk 3 akaun tersebut adalah 60 orang sehari yang anda akan dapat.Jadi sekali lagi saya tekankan,faktor gambar,status yang diupdate biasanya akan beri impak yang lebih cepat untuk kawan baru approve friend request anda.

6. Jika 60 rakan baru approve sehari,dalam masa sebulan akan dapat 1800 rakan yang friends untuk ketiga-tiga akaun.

7. Dalam masa 3 bulan jumlah keseluruhan rakan yang adalah 1800 x 3 = 5400 rakan.Jika anda ingin lebih ramai rakan dalam ketiga-tiga akaun tersebut,mungkin boleh tunggu lebih lama hingga 5 ke 6 bulan dan anda boleh dapat hingga 10 ribu orang rakan.

8. Untuk tempoh 3 bulan dengan 5400 rakan ataupun 1800 rakan untuk setiap akaun,tukar facebook profile tersebut kepada fanpage.Maksudnya daripada facebook personal ia akan bertukar kepada fanpage.

9. Setelah menjadi fanpage gabungkan ketiga-tiga page tersebut menjadi satu dan jumlah keseluruhan rakan anda yang berjumlah 5400 tersebut secara automatik akan ditukar menjadi likers fanpage tersebut.Dan kesemua yang like fanpage tersebut adalah targeted fans yang anda telah add daripada page kosmetik.

10. Sekiranya anda tidak mahu jadikan fanpage anda boleh kekalkan saja facebook personal tersebut dan promosikan produk kosmetik anda sekiranya performance untuk profile facebook tersebut bagus,cuma limit untuk akaun personal hanya 5000 orang rakan sahaja.

Macamana?pasti sangat susah dan agaknya mustahilkan kan nak scroll satu2 fanpage tersebut mencari follower yang komen dalam fanpage tersebut dan add 300 orang rakan setiap hari.

Baiklah,saya kongsikan rahsia bagaimana untuk lakukan perkara yang mustahil ini dengan mudah setiap hari dengan hanya luangkan masa setengah jam sehari dan dengan hanya beberapa klik menggunakan software hebat ini :

>>>> KLIK UNTUK SOFTWARE MUDAH TARGETED AUDIENS FB <<<

 

 

 

 

Jualan Minyak Hitam Lelaki Ini Meningkat Kepada RM 171,277 Dengan Teknik Pengiklanan Yang Betul

Ramai yang tertanya-tanya dengan saya, Bisnes apa yang sesuai dekat Fb ni sebenarnya?

Semua bisnes sesuai, asal kan produk tu ada permintaan, bukan syok sendiri sahaja. Sebab apa? Facebook merupakan “GIANT BIG DATABASE OF HUMAN ACTIVITIES”.

Facebook tahu semua orang, facebook memiliki data tentang pola kehidupan manusia, facebook tahu apa yang kita minat dan konten yang kita suka, facebook juga tempat orang berkongsi semua cerita.

Sebenarnya tanpa kita sedari pun, kita telah mendedahkan semua aktiviti harian kita di facebook, betul?

Ini lah peluang yang harus anda gunakan sebagai seorang usahawan internet.

Contoh sahabat saya ni, Wan Is. beliau peniaga minyak hitam di facebook.

Pada tahun 2016, ialah tahun suka dan duka bagi beliau. Apa tak nya, dalam masa 3 bulan, bisnes bankrap dan hidup hanya bergantung gaji bini sahaja. Sebulan pun mampu jual 5 unit botol minyak hitam. Mana boleh nak bagi makan anak bini kalau jualan hanya setakat tu sahaja.

Masa tu beliau masih berniaga menggunakan kaedah lama, iaitu offline seperti Car Boot Sales di tepi-tepi jalan. Cuba anda bayangkan, dengan kaedah ini, bagaimana mungkin dia boleh bersaing dengan bengkel yang punya jenama-jenama besar, mana boleh melawan kedai Shell, petronas tu semua, kan?

So, Salah satu cara  lain untuk bersaing dengan jenama-jenama besar ialah membina branding dan menguasai pasaran Online seperti facebook.

Pada april 2016, beliau mencuba kaedah pemasaran FB Ads untuk memasarkan minyak hitam yang dia ada.

5 Minggu selepas tu, jualan sudah cecah 5 angka! Sales minyak hitam terus MENINGKAT!Yang sebelum ni hanya mampu jual 5 bottle 1 bulan, sekarang dah mampu jual 5 bottle 1 hari menggunakan FB Ads !!

========

Mei 2016

Total sales : RM 19773

Adspend : RM 1658

========

SALES tolak KOS IKLAN = RM 19,773 – RM 1,658 = RM 18,115

Andaikan jika profit yang beliau dapatkan ialah 30% dari jualan.

Maka keuntungan Wan Is dari berniaga minyak hitam menggunakan FB Ads ialah RM 18,115 x 30% = RM 5,434 !

Macam gaji Engineer !

Bagaimana FB Ads dapat membantu saya meningkatkan jualan Minyak Hitam?

Cerita nya macam ni. Masa berniaga secara offline dulu, page saya 700 likers saja, sale 5 botol SEBULAN.

Selepas menggunakan teknik pemasaran online FB Ads, jualan saya dah boleh cecah 5 angka dalam 5 minggu. Sebab dengan teknik ini, saya boleh target iklan jualan kepada orang – orang yang berkualiti sahaja.

Contoh didalam FB Ads, saya boleh setting mengikut demographic tertentu. Untuk minyak hitam ini, pertama sekali saya akan pilih lelaki, yang dah berkahwin, dan minat dengan kereta.

Kemudian saya cari 10 jenama minyak hitam yang paling top dekat malaysia dan letak sebagai interest dalam Facebook Ads Kemudian di split test untuk mendapatkan iklan yang terbaik, selepas menemukan iklan terbaik baru di scale up untuk hasil pulangan yang maksima.

Saya suka kaedah ini, kerana nya saya tak perlu lagi keluar rumah, banyak masa yang saya habiskan bersama anak bini.

“5 ANGKA 5 MINGGU?”

Mungkin sebahagian orang rasa sikit. “Alah. 5 angka je, Berapa sangat lah kan”.

Tapi bagi aku dapat sales banyak tu seronok gila. Sebab 3 bulan sebelum tu aku dah memang broke. Bisnes aku melingkup dan makan duit bini je.

Dengan tuan Khairi Ariff, aku banyak belajar tentang pemasaran online facebook ads. Beliau ni la mentor aku, banyak ilmu dia yang aku belajar. Aku test, pivot. Test, pivot, Test, pivot.

Sampai sekarang, 6 bulan dah follow teknik jualan likemethod dari tuan Khairi Ariff, aku dah cecah 6 figure sales. Tak pernah expect akan dapat 6 angka dalam berniaga minyak hitam sebelum ni.

“Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas untuk orang yang berilmu dan berusaha. Saya percaya, nak berjaya dunia akhirat, kene menuntut ilmu. Nak merubah keadaan hidup, kene berusaha.”

Buat masa ni, Tak mampu lagi nak buat sebulan 6 angka..

Insha Allah masih dalam proses.Aku bukan owner produk. Aku takde loan bank, paperwork dan bussiness plan dan duit juta2 dalam bank.

Aku cuma reseller cabuk je. Rolling pun dulu beli sebotol, jual sebotol. Tak berani ambik banyak, takut tak laku jual. Sekarang berani la ambik banyak sikit. Hahahaha.

Point aku kat sini adalah, kalau aku duduk je dulu dari bulan 4, register gi seminar je ambik motivasi, aku tak akan kemana-mana. Selagi aku tak take action, selagi tu la aku tak akan meningkat.

Yes, aku banyak buat silap. Tapi silap aku tu memang utk belajar. Kalau tak test, mana tahu mana betul mana tak. So, untuk yang baru bak belajar online bisnes, belajar lah kat mana-mana pun tempat belajar. Follow lah mana-mana cikgu dan mentor. Cuma satu je syarat dia, iaitu “TAKE ACTION”.

Kenapa kene berguru dan cari mentor? Sebab aku tak nak terlalu banyak melanggar dinding utk berniaga. Aku tahu rezeki tu 9/10 datang dari bisnes, tapi aku tahu juga kegagalan tu 9/10 datang dari bisnes.

So sebab tu kene follow seorang mentor yang dah berjaya, minta ilmu nya supaya kita pun berjaya lebih cepat dari mentor kita.

Oh ya, Likers aku 7.7k je akhir disember 2016. Sekarang pun dah 13K.Aku bermula dengan 700 likers. Tak perlu likers beratus ribu pun.Yang penting kualiti. Jangan ingat nak tarik like banyak je.

Kualiti tu penting. So tunggu apa lagi?

“TAKE ACTION SEBELUM PESAING ANDA YANG BERADA DI HADAPAN ANDA”

Jangan tunggu sampai modal cukup. Kalau aku tunggu, memang tak akan dapat la. Buat utk cukupkan modal, bukan tunggu cukup modal baru buat.

Alhamdulillah, this week i have surpassed 6 figure sales. Next stage, nak compress jadi 3 bulan dan dari 3 bulan, nak compress jadi 1 bulan.

Pilih mentor yang anda rasa boleh di ikut, senang nak kongsi ilmu, salah satu nya Tuan Khairi Ariff, tak payah nak susah buat appointment utk belajar, just daftar kelas beliau melalui program Likemethod.

Korang hanya perlu spend RM106 untuk ilmu beliau 10 tahun dalam online marketing. Apa yang Khairi kongsi tu semua ialah benda yang proven, dah memang pernah di test oleh beliau sendiri semasa membina paridah beauty dulu menjana 7 angka dalam masa 7 bulan dengan pengiklanan FB Ads.

Sekarang yang dah jadi student tuan Khairi ialah 14K orang, mungkin saja pesaing-pesaing anda dah belajar dulu dari anda, dah buat pemasaran FB Ads lebih dulu dari anda.

Jadi, jangan biarkan pesaing-pesaing anda makin jauh kehadapan. Take action segera! Cari mentor, upgrade ilmu, ubah teknik pemasaran yang terkini agar dapat bersaing dalam masa ekonomi gawat macam ni.

Itulah case study dari pada sahabat saya Wan Is.

untuk pengetahuan anda, Wan Is ialah student pertama yang mendapat jualan tertinggi semasa likemethod di lancarkan. Beliau mendapat hadiah special berupa Iphone 6 daripada Khairi Ariff

Anda boleh aplikasikan teknik yang di gunakan oleh Tuan Wan Is untuk produk yang serupa seperti, Accessories kereta, minyak hitam motor atau barangan-barangan lainnya yang memiliki banyak permintaan.

JIka anda berminat untuk tahu lebih mendalam tentang Formula Likemethod dalam meningkatkan jualan menggunakan pemasaran Online Fb Ads. seperti yang saya bagitahu dalam artikel sebelum ni, bahawa Tuan Khairi Ariff telah menyediakan satu program untuk anda belajar tentang pemasaran online Fb Ads dari basic hingga advance!

Didalam program tu, beliau jelaskan segala proses dari A – Z secara step by step bagaimana meletupkan jualan menggunakan FB Ads, yang mana program tu terdiri dari 20% teori dan 80% praktikal.

BAB 1: Video Utama Facebook Ads (Semua Video Dalam Bahasa Melayu)

  1. Flow untuk Pembelajaran
  2. Prospect Research Overall
  3. Using Amazon for Prospect Research
  4. Using Blogs for Prospect Research
  5. Using Competitors for Prospect Research
  6. Avatar Creation for Prospect Research
  7. Competitive Research for Differentiation
  8. Like Phase Overview
  9. Campaign Structure
  10. Ads Structure
  11. Launch Ads
  12. Like Phase Tips
  13. Post Like Phase: Overall
  14. Post Like Phase: Optimization & Split Test Ads
  15. Split Test Result
  16. Video Slides Ads
  17. Page Post Engagement For Likes
  18. Video Views Campaign to Get Likes
  19. Bagaimana Nak Close Buat Sales
  20. Formula Jual 3+1
  21. Launch Campaign Close Sales
  22. New Updates 2017: Setup Page
  23. New Updates 2017: Iklan Dapatkan Likes
  24. New Updates 2017: Split Test Iklan Likes
  25. Advanced Video 2017: Intro
  26. Advanced Video 2017: Iklan Post Engagement
  27. Advanced Video 2017: Post Engagement Audience 2
  28. Advanced Video 2017: Video Ads
  29. Advanced Video 2017: Video Ads Retargeting
  30. Advanced Video 2017: Lookalike Audience
  31. Advanced Video 2017: Power Editor
  32. Advanced Video 2017: Audience Insights

BAB 2: Modul dan Video Tambahan

  1. 30 Video Burger Method
  2. Avatar / Customer Research
  3. Copywriting
  4. Marketing
  5. Advertisement
  6. All about Sales / Close Selling
  7. Costing For Ads
  8. Facebook Features / Technical
  9. Apps / Tools / Service
  10. Discussions / Inspirations

Bagi anda yang berminat untuk meletupkan jualan menggunakan FB Ads bersama Khairi Ariff melalui Program Likemethod. Pada asalnya program ini ditawarkan dengan harga RM3,000.Namun, kami berikan diskaun istimewa sebab kami tak nak jadikan harga sebagai penghalang 

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program & Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Strategi Nasi Baryani Sold Out Dalam Masa 2 Jam & RM 100,000++ Sales Sebulan

Pemilik kedai makan Nasi Baryani di Johor ini adalah Zul Ariffin (bukan pelakon tu ye) salah seorang antara ahli terawal yang join program like method ketika ia baru ditubuhkan.

Apa yang menariknya, dalam masa 2 jam sahaja nasi baryani sold out! ketika hari pembukaan.Anda pasti tertanya2 apa teknik dan strategi yang ia gunakan, Betul?

Mari kita baca perkongsiannya : 

 

======

Bagaimana? Menarik bukan?

Tahukah anda, perkongsian seperti ini tidak akan pernah anda dapat kan di mana-mana group. Ini lah kenapa Likemethod sangat EKSKLUSSIF

Ahli-ahli atau pun sifu-sifu yang berjaya dalam meningkatkan jualan mereka, akan berkongsi teknik, strategi dan tips yang mereka gunakan agar semua ahli dapat merasakan faedah ilmu dan sama-sama belajar

Ahli-ahli yang tidak faham, boleh bertanya

Ahli-ahli yang berjaya, akan berkongsi idea

Ini hanyalah salah satu dari pada banyak – banyak perkongsian yang saya share kepada anda. Ada lagi perkongsian seorang peniaga minyak hitam di facebook yang cecah 6 angka dalam 6 bulan, ada juga yang berkongsi ilmu closing dari founder kecantikan yang jana 7 angka dalam 7 bulan, ada juga perkongsian dari sifu2 internet marketing seperti firdaus azizi tentang teknik terbaru dari fb ads, dan banyaaaak lagi

Jadi anda bagaimana? sudah bersedia untuk bergabung dengan komuniti likemethod hari ini?

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program & Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Cara Target Iklan Kepada Orang Yang Berduit

Kali ini saya akan berkongsi kisah dari ahli Group Like Method, iaitu saudara Hilmi

=================

Saya nak kongsikan cara bagaimana sebelum ini saya setting FB ads untuk mendapatkan target audience yg berkualiti

Berkualiti maksudnya saya akan filter semua audience yg saya anggap tidak @ kurang berpotensi utk memberikan pulangan ke atas iklan saya

Contoh audience yg tidak berkualiti pada saya ialah seperti :

1. Warga asing ; Indonesia,Bangladesh,Myanmar,Kemboja dll

2. Budak-budak

3. Penganggur

Audience yg saya mahukan ialah rakyat Malaysia yg bekerja dan yg berminat dgn produk saya

Jadi ini cara setting yg saya buat:

1. Detailed Targeting

Di dalam kotak Detailed Targeting, kotak yg biasa orang letakkan interest saya akan pilih DEMOGRAPHICS kemudian saya pilih WORK dan lepas tu saya pilih EMPLOYERS

 

2. Kotak Employers

Di dalam kotak EMPLOYERS saya akan masukkan nama² majikan yg ada di Malaysia dan saya akan pilih mengikut apa yg FB akan suggest

 

3. Gunakan Feature Suggestion

Contoh saya taip Kementerian nanti FB akan suggest banyak nama Kementerian sebagai employer (majikan). Untuk swasta pula saya akan masukkan majikan seperti Petronas,Astro,bank² di Malaysia dll

 

4. Sabar dan Tekun

Cara ini memerlukan kesabaran & ketekunan tahap tinggi dan jika rajin akan dapat lebih dari 100 senarai majikan di Malaysia dan lebih 500,000 audience.. Di sini saya tunjukkan beberapa majikan sahaja, telah mencapai saiz audience 210,000 (umur 20-45)

 

5. Placement “Mobile”

Jika ingin lebih targeted, anda boleh edit placement hanya untuk mobile sahaja, kajian mendapati bahawa pengguna Facebook lebih aktif di mobile phone berbanding desktop, (sebab majikan block server facebook dalam office kot hehe :p)

 

Senang saja sebenarnya. Dan saya dah dapat target audience orang yang betul² bekerja.

Jadi saya tak perlu risau kalau² ada mat bangla ke engage dgn iklan saya atau budak² Kpop ke atau cewek² seberang ke…Setel!

Kemudian

Saya nak lebih targetted kan lagi audience saya, saya nak cari audience yg berminat dgn produk saya

Saya akan klik NARROW AUDIENCE di bawah kotak tadi

Di situ baru saya masukkan Interest pula yg berkaitan dgn produk yg saya nak jual

Contoh, jika saya sekarang mempromosikan likemethod

Di dalam kotak itu saya akan taip keyword berkaitan bisnes dan online bisnes dan pilih mengikut apa yg FB suggest.

Sekarang saya ada highly targetted audience iaitu ‘Orang malaysia yg bekerja kerajaan & swasta yg berminat dgn Bisnes, Mudah kan?

Teknik ini rasanya ramai yg dah mahir terutama org² lama, tapi utk mereka² yg masih baru dgn FB ads dan selalu pening tengok cewek² & cowok² meng’like’ iklan anda…. cubalah cara ini

=================

Ini adalah salah satu dari ribuan TIPS dan STRATEGI Pemasaran di Likemethod. Menarik bukan? Sila SHARE Tips ini 

Jika anda berminat untuk sertai program ini lebih mendalam..

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program & Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Jom Baca Apa Yang Pemilik Mee Udang Banjir Ini Kongsikan Sampai Bisnes Beliau Huru Hara

Ini Arif Faruqi, pemilik Mee Udang Banjir di Klang.Yang sebelah nak melantak tu Jamal tetsu (sila abaikan beliau..hehe)
.
Lihat perkongsian Arif Faruqi yg dibuat khas bagi menghargai ilmu yg diberikan dalam video Group Like Method.
.
.
Okey, jom baca sampai habis

.
Posting ni khas untk say tenkiu kpd Tuan Khairi & all the tribes !
.
Siapa sangka restoran yg ceruk2 Klang ni tiba2 kmbali ramai hnya guna FḆ Ads 
.
Nak SHARE skit apa yg saya apply,mungkin bleh bantu anda suma yg ada PREMIS
.
.
(+) KHATAM – tiap2 hari saya khatamkan video #LIKEMETHOD..Everyday sblum tido..huhu
.
(+) LIKE MARKETING – stiap hari run LIKE MARKETING, letak budget just RM10-RM30 sehari..jnji continuos nk bgi org ingat 
.
(+) USP – nk ikutkan rmai yg jual mee udang,even bleh masak sendiri..Tpi sy tmbahkan nama mee udang sy kpd MEE UDANG BANJIR..Mgkin pasni TSUNAMI..hee
.
(+) COPYWRITING – dlam copywriting sy tekankan LOKASI & USP restoran.kt situ dh tapis customer2..
.
(+) GAMBAR – Biar gmbar bercerita..Stiap gmbar yg sy nk upload always mesti betul2 target nk bagi org ckap SEDAPNYAAAA..
.
(+) INTEREST – dlam setting FḆ Ads bhgian INTEREST, sy just biar kosong.. Sbb suma org suka makan..Pling2 tidak sy just msukkan interest SEAFOOD..tu jer.. 😂
.
(+) PUBLIC FIGURE – bila PUBLIC FIGURE dtg kedai secara mengejut tnpa diundang..Cpat2 sy ambik gmbar dorg..Ini bleh naikkan SOCIAL PROOF..and FOLLOWER mereka akn brminat dtg kedai ..


.
That’s all yg saya buat..Sy pun msih belum KHATAM..but stiap hari sy akn msuk group like method baca post2 dri TRIBE LEADERS suma !
.
THANK YOU SNGAT2..
.

Thanks Arif Faruqi atas perkongsian! Restoran kat ceruk pon boleh popular beb! So, lepas ni boleh buat restoran kat hutan dan bantai FḆ Ads guna kaedah LikeMethod! Online + Offline = Letopan Bermula!

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program & Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Casestudy : Buat Iklan Boost Post RM 3,Dapat Sales RM 520

Jom baca perkongsian salah seorang ahli group Like Method berkenaan target pelanggan yang tepat!
.
.
Just nak share pentingnya targetted LIKES (avatar kena tepat)
.
Saya baru sahaja run iklan LIKE cara like method 2 hari lepas.
.
Dah lama saya tak buat iklan untuk tarik LIKE sbb kalau buat post engagament , website pun boleh dpt LIKE untuk page.
.
So saya follow sahaja mazhab like method ni.
.
Saya buat post ni dekat fanpage. Simple je.. Lepas buat post, saya tekan boost post jer terus pada audience – target pada avatar.
.
Boost RM3 testing dulu. ( x sempat nak adjust kat power editor ).. hahah…tengok RM3 pun x habis lagi. Dalam masa 2-3 jam, terus terjual untuk 2 perfume ni – RM260x2- RM520..
.
Jadila kan..
.
Copywriting/ayat iklan penting tapi x semestinya kena gempak dan bombastik sangat..be creative..
.
Keep It Simple & Sweet….
.
okey…sharing is caring
.
Bagi yang dah join LikeMethod, kaji avatar anda! It’s all about prospect research.
.
Hadam ilmu dalam 21 video tu banyak kali. Bukan sekali!
.
Dah hadam and test, baru post kat group result anda and minta pendapat kawan2 kat group.
.
Bagi yang belum join dan tak tau apa itu avatar, tunggu apa lagi…

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program Like Method <<<

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

8 Langkah Untuk Menjana Keuntungan 5 Angka Sebulan Melalui Facebook

1. CARI PRODUK ATAU SERVICE YANG BANYAK PERMINTAAN
.
Cari produk atau service dengan margin yang besar, iaitu berkisar RM30-RM80. Anda boleh mula dengan menjadi dropship atau agent ke atas produk orang lain dulu. Produk yang ramai permintaan ialah dalam niche Lifestyle, Kesihatan, Pendidikan ,Pelaburan atau apa sahaja yang anda rasakan yang mempunyai permintaan yang tinggi.
.
Contoh yang tengah hot sekarang ni:
– Baju (Fashions), Gadgets.
– E-Book, Video
– Service cuci karpet, buat website, buat artikel, katering dan lain2
.
.
2. CREATE FANSPAGE
.
Fanspage ni ibarat kedai online di FB, kelebihannya anda boleh dapat unlimited likers dan boleh buat FB Ads. Berbeza dengan FB Personal yang terhad kepada 5000 Friends dan tak boleh buat FB Ads.
.
Letak nama fanspage dengan brand bisnes anda atau benefits produk anda. Contoh:
– Nama untuk brand: Likemethod
– Nama untuk benefit: Letupkan Sales Menggunakan FB Ads
.
.
3. ISI MAKLUMAT DI FANSPAGE
.
Klik butang about, dan isi semua maklumat yang diperlukan seperi detail bisnes anda, link website, no phone, alamat emel, alamat syarikat, No SSM dan lain-lain. Sebab apa? supaya prospek yang datang ke fanspage anda tahu bisnes apa yang anda buat, dan terlihat professional
.
.
4. BUYING TRIGGER
.
Update minima 10 post berkaitan bisnes yang anda buat. bukan post untuk menjual.
.
Contoh:
– Testimoni
– Aktiviti Bisnes
– Stok produk
– Gambar bersama staff dan Client
– Artikel tentang bisnes anda seperti Tips-tips, Strategi, Teknik, Case Study, dan lain-lain
.
.
5. BUAT POST JUALAN
.
Buat satu Post Jualan dengan Copywriting lengkap dan Gambar / Video yang menarik.
.
– Copywriting guna formula IPT2A iaitu Intro (Headline), Problem (Masalah yang ingin di selesaikan), Tips (Solution), Testimoni (Feedback / review dari pengguna), Action (Arahan untuk klik, pm atau whatsapp)
– Guna gambar / Video manusia kerana manusia lebih suka atau tertarik untuk berinteraksi dengan manusia
.
.
6. BUAT FB ADS
.
Research Avatar Customers, Market, Competitors, dan lain-lain untuk mencari detail targeting interest dan demographic audence iklan anda.
.
– Letak bajet RM10 sehari 
– Pilih “People Who Live in This Location”
– Letak language “Malay dan English ALL”
– Placement Newsfeed “Android Smartphone”
– Reply PM prospek kurang dari 24 Jam
.
Baca >>> [Tutorial] Cara Buat FB Ads Yang Mudah Untuk Newbie

.
.
7. MONITOR ROI
.
Abaikan CPC, CPM, CTR jika anda masih pemula. Anda harus fokus kepada ROI (Return of Investment) dulu. tetapkan matlamat untuk dapatkan ROI minima 300%.
.
Contoh, Jika dengan iklan FB Ads RM10 anda dapat jual 3 unit product dengan margin satu unit RM30. So total margin 3 unit produk ialah RM90
.
Maka pengiraan ROI 
=> ((Margin – Kos Iklan) / Kos Iklan) x 100
=> ((RM90 – RM10) / RM10) x 100
=> ROI = +800%
.
.
8. FOLLOW UP PROSPEK
.
Tidak semua penjualan akan terjadi pada hari pertama, hal ini disebabkan kerana keraguan dari prospek terhadap bisnes anda:
.
– Apakah produk anda dapat membantu menyelesaikan masalah prospek?
– Kenapa prospek harus membeli dengan anda berbanding dengan seller yang lain? Apa kelebihan anda?
– Kenapa harus beli sekarang? kenapa tidak nanti sahaja?
– Siapa anda? haruskan prospek percaya dengan anda pada pertemuan pertama?
.
Jadi, jangan abaikan prospek yang tidak membeli, Anda kene sentiasa Follow Up prospek dengan konten yang mampu menjawab keraguan prospek.
.
Ini sahaja 8 LANGKAH yang ingin saya sampaikan.Nampak macam senang kan? Tapi kalau baca je tapi tak buat dan tak praktis,tak jadi juga.
.
Kalau anda nak dibimbing supaya boleh buat 8 langkah yg disenaraikan,jemput sertai program Like Method dengan klik link dibawah :

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Casestudy : Bagaimana Lelaki Ini Buat Jualan RM 19,000 Dengan Kos Iklan RM 1,350

Ini adalah perkongsian menarik salah seorang ahli Group Like Method :
.
Sy nk share teknik yg sy gunakan utk 2 Jenis produk yg sy jual.
.
1) produk self care( iron rambut)
2) produk safety
.
1) produk self care
.
Produk self care kos iklan fb ads saya setakat ni hampir RM1350 & alhamdulillah sy berjaya dapat sales RM 19k. Untung bersih 75% daripada RM19k😊
.
Teknik killer yg sy gunakan:
.
PPE
Saya gunakan video + gambar
1campaign, 6 ad set
.
Step 1:
Saya searching utk Customer avatar:

👉jantina: perempuan
👉umur: 20-45 tahun
👉interest :Beauty
👉lokasi: malaysia
.
Dah tahu pasal targeted customer buyer produk baru senang nk jual😁
.
2nd step:
Sesi split test 3-5hari
.
Saya open iklan PPE dan buka 1campaign, 1adset (20-45tahun). Saya biarkan selama 3-5hari. Selepas itu, saya akan dapat data yg diperlukan. Dalam lingkungan umur 25-45tahun. Yg mne dapat respond paling tinggi?
Bila dh dpt bacaan. Sesi utk tambah bajet dan kurangkan bajet pada lingkungan umur pulak.
.
Next step sesi pecahan adset
25-27
28-30
31-33
34-36
37-40
41-43
44-45
.
Disni sy dh dpt customer yg membeli produk😊 tetapi perlu diingat saya akan fokus pula pada teknik close sales!
.
Perlu tahu jumlah lead(prospek whatsapp kita paling ok 30% daripadanya membeli produk anda! So mcm mne nk buat?
.
Teknik close sale padu!
.
1)layanan yg mesra
2) adakan offer
3) adakan curiosity
4)perlu ada soalan
.
Dan saya juga gunakan teknik follow up yg padu!
.
Guna teknik broadcast😊
.
Alhamdulillah sales sy meningkat hampir 200% daripada sales sebelum ini. Terpaksa pakai ramai org utk handle org yg pm/whatsapp yg berminat nk beli produk😊
.

Menarik kan perkongsian beliau.Ini baru satu antara pelbagai perkongsian yang ada dalam Group Like Method ni sebenarnya.Ada macam-macam lagi perkongsian dan teknik-teknik yang dishare dalam group tersebut.

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program & Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Formula Simple Copywriting Yang Perlu Anda Tahu Untuk Buat Ayat Iklan Facebook

“Saya dah buat iklan, target pon dah betul, interest dah letak… Tapi, takder orang komen pon…Maybe copywriting saya tak power kot”
.
Orait, meh abang payung sikit salah satu formula penulisan iklan yang paling banyak digunakan oleh tukang² buat iklan kat luar sana!
.
.
Formula copywriting ni dinamakan PAS! Bukan parti yang hijau tu, tapi formula PAS ni bermaksud…
.
PROBLEM – AGITATE – SOLVE
.
Problem@Masalah – Kenalpasti masalah
Agitate@Besarkan – Besarkan masalah
Solve@Selesaikan – Selesaikan masalah
.
Masalah sape?
.
Masalah prospeklah! Kan nak jual dengan prospek!
.
.
Ooo.. Okay.. Now saya dah tau apa tu formula PAS, tapi… ermm… saya masih tak faham lah, camna nak buat copywriting dengan 3 benda tu?
.
Chill bro, step by steplah… don’t be gelojoh
.
.
Now abang bagi contoh biar korang paham.Katakanlah kita jual pencuci jeragat jenama Qutih
.
CONTOH IKLAN

[ Problem ] Dah try macam² pencuci jeragat? Duit dah banyak habis, tapi takder kesan? Makin banyak adalah…
.
[ Agitate ] Masalah jeragat ni sis, tak bole buat main²… Kalau dibiarkan, boleh merosakkan struktur kulit muka dan lama kelamaan boleh membawa kepada kanser kulit tau!
.
[ Solve ] Tapi… Takyah risau, kan ada Qutih.
.
– 2 minggu jeragat mula berkurangan dan mengering
– Sesuai untuk semua jenis kulit sensitif atau normal
– Diformulasikan tuk jeragat yang super duper degil
– bla..bla..bla..
– Testimoni, jaminan, Urgency, CTA

Ini cuma sebagai contoh tau! WAJIB buat kajian untuk kenal pasti masalah pelanggan anda!
.
Cuba lihat pada formula PAS, apa yg ada kat setiap formula tersebut?
.
Jawapannya ialah “Masalah Prospek”
.
Untuk menyentuh emosi prospek, anda WAJIB buat kajian untuk kenal pasti masalah (pain) prospek dan WAJIB kenal siapakah prospek anda!
.
Sebenarnya, ini merupakan fasa yang paling penting dan ramai peniaga online & offline tak buat, selagi anda tak kenal masalah prospek. Anda tak kan dapat buat jualan kat FB sampai bila-bila!

Tak tau camna nak cari masalah pelanggan, kacang jer tu.Di Group Like Method ajar dengan detail camna nak korek masalah prospek anda!
.
Jangan tunggu lama², nanti sales makin susut!

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program & Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

4 Langkah Bagaimana Buat Jualan 5 Angka Dalam Masa Sebulan Menggunakan FB Ads

+ PERTAMA, cari produk yang margin nya berbaloi seperti produk digital, produk kosmetik atau produk lainnya. Kira satu produk harga berapa? 
.
Katakanlah Rm100 satu produk, So kalau untuk buat 5 ANGKA (50,000), Anda kena jual 500 unit
.
.
+ KEDUA, buat plan.. kalau 1 minggu ada 7 hari, So 1 hari anda kena jual 18 unit. Tak boleh kurang, kalau lebih, boleh.
.
.
+ KETIGA, buat iklan FB Ads dan target audience anda, Katakanlah conversion rate anda adalah 10%. Maksudnya daripada 100 org yg KLIK iklan anda ada 10 orang beli
.
Kalau anda nak 18 orang beli sehari, anda perlu 180 orang yang KLIK iklan anda
.
Katakanlah anda buat FB Ads boleh dapatkan 1 KLIK = RM0.50,
.
Untuk 180 klik anda perlu keluarkan pelaburan utk iklan RM90 sehari (180 x RM0.50 = RM90)
.
Kenapa harus FB Ads? sebab melalui FB Ads kita boleh target kepada orang-orang yang berkualiti sahaja yg nampak iklan tadi, dan ianya mudah. tak perlu post iklan setiap hari.
.
.
+ KEEMPAT, Kira kos penjualan anda. Jika RM90 anda keluarkan mampu hasilkan sales berjumlah 18 unit
.
Harga 1 unit tadi RM100
So sales anda ialah RM1,800 sehari
.
Jualan anda RM1,800 kali 30 hari ialah RM54,000
Kos iklan anda pula RM90 kali 30 hari ialah RM2,700
.
SALES – KOS IKLAN = RM54,000 – RM2,700
=> RM51,300
.
.
Okay kalau anda nak belajar lebih mendalam lagi tentang FB Ads, dalam Group Like Method ada disediakan ratusan tips & teknik jualan FB Ads step by step yang akan anda pelajari.

>> Klik Di Sini Untuk Letupkan Jualan Dengan Fb Ads <<<

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Kegunaan Dan Fungsi Interest FB Ads Yang Perlu Anda Tahu

Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang macam mana nak cari Interest untuk buat FB Ads.

Saya tahu ramai yang ada masalah tak tau nak letak Interest apa dalam Ads Manager.

Ada juga yang cari nama page untuk Interest tapi tak jumpa, betul?

Anda perlu letakkan Interest dalam tab “Detailed Targeting” tapi kadang-kadang interest yang berkaitan dengan iklan anda tidak dijumpai

Ok, sebelum anda mencari interest apa yang nak diletak di dalam FB Ads, ini yang anda perlu buat dulu:
.
Kaji siapa Avatar Pelanggan anda!

Ya, selepas anda tahu, barulah anda tahu apa targeting dan interest yang anda perlu letak.

Sebenarnya, anda kena faham 3 konsep interest di dalam FB Ads:

Interest tidak sama dengan Page

Di dalam Facebook, bila anda taip “Interest” di carian Facebook, maka akan keluar senarai-senarai interest di Facebook yang boleh dijadikan targeting untuk FB ads.

Jenis-jenis interest yang anda akan jumpa apabila anda taip “Interest” di carian Facebook.

Kalau anda klik salah satu interest dalam senarai tu, contohnya “Hiking”, maka dia akan keluar macam ni:

Ia akan memaparkan Interest tentang Hiking dan conten-conten yang berkaitan.

Tapi Interest ini bukan Page.

Maksudnya di sini, Interest tidak semestinya Page, tapi ianya tentang minat, hobi dan terma-terma tertentu yang pengguna-pengguna Facebook cari.

Tidak semua Page boleh dijadikan Interest

Saya lihat ramai yang bertanyakan soalan ni di dalam Group Like Method :

“Kenapa page pesaing tak boleh dijadikan “Interest” dalam Detailed Targeting?”

Sebabnya, tak semua page boleh dijadikan Interest walaupun page tu ada beribu-ribu Like.

Ini kerana hanya sebahagian page sahaja yang dibenarkan oleh Facebook untuk dijadikan interest untuk FB ads.

Sebagai contoh, ada page yang followers seramai 60 ribu, tapi ia tak boleh dijadikan interest dalam Detailed Targeting.

Tapi ada page lain yang ada followers seramai 30 ribu orang boleh dijadikan interest dalam Detailed Targeting.

 

Kenapa ya?

Jujurnya, saya sendiri pun tak tau kenapa dan apa kriteria sesebuah page boleh dijadikan interest dalam Detailed Targeting FB Ads.

Jadi, kalau ada page yang mempunyai niche yang sama dengan anda dan boleh dijadikan interest, tahniah!

Kalau tiada, jangan panik.

Ada banyak cara lagi. (FB ads bukan tentang interest sahaja).

Interest FB Ads terdiri daripada “Associated Audience”


Ada juga yang bertanyakan soalan ini kepada saya:

“Zaki, kenapa bila saya dah letak targeting interest, tapi iklan tak dapat sambutan atau takde yang beli produk saya?”

Hampir semua Interest untuk FB ads terdiri daripada “Associated Audience”.

Maksudnya Facebook akan mengumpulkan orang-orang yang ada kaitan dengan interest itu.

Sebagai contoh, kalau anda buat bisnes tentang Pet Consultant dan anda ingin menawarkan perkhidmatan anda kepada orang-orang yang mempunyai kucing.

Bila anda buat interest dekat FB Ads iaitu “Cats”, maka akan muncul jumlah audience sebanyak 4.9 Juta.

 

 

Anda rasa seronok gila dan happy sebab audience ni besar, so boleh dapat jualan besar.

No, no, no.. bukan macam tu.

Dalam 4.9 Juta orang yang terkumpul dalam audience interest Cats, tidak semua audience itu memiliki kucing.

Boleh jadi, audience yang terkumpul di dalam interest tu ialah orang yang suka tengok hal-hal berkaitan kucing di Facebook.

Orang yang pernah Like, komen atau share post tentang kucing.

Orang yang selalu search gambar-gambar atau video-video kucing di Facebook.

Maka, Facebook beranggapan bahawa orang-orang macam ni suka kucing, maka orang ni la yang termasuk dalam audience “Cats”.

Sekarang cuba jawab soalan saya, “Adakah orang yang suka share-share gambar kucing yang comel di Facebook, ialah orang yang memelihara kucing?”

Boleh jadi ya, boleh jadi tidak, kan?

Sama juga dengan saya, saya suka kucing, suka tengok video-video kucing tapi saya tak pelihara kucing.

Sekadar suka-suka sahaja.

Jadi, kalau iklan Pet Consultant lalu dekat newsfeed saya, saya tak akan respon sebab iklan tu tak relevan dengan saya.

Iklan tu tuju kepada orang yang pelihara kucing, sedangkan saya tak pelihara kucing.

Jadi saya bukanlah orang yang tepat untuk iklan tu.

Faham?

Anda dah nampak konsep Interest dalam Detailed Targeting di FB Ads?

Kalau faham, alhamdulillah.

Kalau tak, anda ulang 2-3 kali sampai faham ya 🙂 hehe.

 

Suka saya ingatkan di sini; jangan syok sendiri dalam mencari Interest untuk FB Ads.

Buat kajian tentang Avatar Pelanggan terlebih dahulu seperti yang ditunjukkan dalam Group Like Method.

Nanti senang kerja anda untuk mencari interest yang sesuai bagi audience anda.

Ok, sebenarnya banyak cara yang boleh anda lakukan untuk cari Interest untuk dijadikan Detailed Targeting Facebook Ads:

  1. Audience Insight
  2. Cadangan daripada Facebook
  3. Google Search
  4. Research Passionate Fans / Buyers

Audience Insight

Audience Insight ialah sebuah tools yang disediakan oleh Facebook untuk pengiklan (advertiser) yang mahu mengkaji targeting audience untuk sesuatu kempen FB Ads.

Sebagai contoh, jika anda ingin mengetahui demografik rakyat Malaysia yang berumur di antara 20 hingga 45 tahun, maka Audience Insight akan memberikan data-data seperti ini:

Audience Insight – Data Demographic

Facebook akan memberikan data-data yang relevan dengan audience yang anda pilih.

Anda akan mengetahui peratusan lelaki dan perempuan, status hubungan, taraf pendidikan dan pekerjaan.

Menarik bukan?

Facebook juga akan memberikan maklumat tentang Page-page yang paling diminati oleh audience berdasarkan kategori-kategori tertentu seperti Media, Makanan, Stesyen Radio dan lain-lain.

Audience Insight – Data Page Likes

Dalam senarai page-page di atas, ada sebahagian page boleh dijadikan Interest untuk kempen FB Ads.

Ada juga yang tidak dapat dijadikan Interest.

Untuk tahu samada page tu boleh dijadikan interest atau tak, anda perlu check satu-satu yer 🙂

Selain itu, anda boleh menggunakan Audience Insight mengetahui di mana lokasi audience anda tinggal.

Data ini sangat berguna untuk pemilihan “Location Targeting”.

Audience Insight – Location

Seterusnya, Facebook juga memberikan data berupa aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh audience yang anda pilih.

Mulai dari kekerapan audience untuk klik iklan, komen, shared, like page dan redeem purchase.

Anda juga boleh tahu peranti-peranti yang digunakan oleh audience semasa melayari Facebook.

Data ini berguna untuk menetapkan placement dalam pengiklanan Facebook.

Audience Insight – Activity 

Untuk kolum Household dan Purchase, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, Facebook hanya memberikan data-data untuk audience di Amerika Syarikat.

Seandainya anda tahu lokasi-lokasi lain yang disediakan oleh Facebook untuk bahagian Household dan Purchase, beritahu di ruang komen ya 🙂

Setakat ni faham? Kalau faham, alhamdulillah.

Kalau kurang faham, sila baca semula sampai faham sebelum anda teruskan ke bahagian Research Audience Insight.

Research Audience Insight

Dalam research, part yang paling penting ialah data dan angka.

Kalau ada yang cakap macam ni macam tu, jangan percaya jika mereka tak tunjukkan data dan angka. Perlu bukti.

Maksud saya, walau apa yang saya tulis di sini, jangan percaya 100%.

Anda kena buat, tengok dan analisis sendiri.

Manfaatkan Audience Insight ini kerana maklumat yang diberikan amat berguna untuk kempen FB Ads anda.

Ok, saya sambung lagi tentang apa angka yang anda perlu tahu dalam Audience Insight:

5 Angka Penting Dalam Audience Insight

1. Monthly Active People (MAP)


Monthly Active People
 ialah jumlah anggaran audience yang aktif setiap bulan berdasarkan targeting yang anda pilih.

Sebagai contoh, jika saya target audience seperti ini:

 

Maka data Monthly Active People ialah seperti berikut:

Data Monthly Active People

Anggaran audience yang active setiap bulan ialah di antara 800 ribu – 900 ribu orang.

Inilah jumlah had maksimum yang boleh anda target kepada audience yang anda pilih.

Sekiranya audience dan targeting anda tukar, maka jumlah Monthly Active People pun akan berubah.

Anda mungkin bertanya…

“Zaki, berapa jumlah audience yang sesuai untuk buat FB Ads sebenarnya?”

Sangat subjektif. Tidak ada jawapan yang betul untuk soalan yang seperti ini.

Boleh jadi audience yang kecil sahaja boleh dapat menghasilkan jualan yang banyak sekiranya:

  • Targeting yang tepat
  • Produk / servis yang anda tawarkan memang dicari-cari oleh prospek.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai konsultan pemasaran dan jualan Like Method, audience yang selalu saya gunakan ialah di antara 70 ribu – 300 ribu orang.

Untuk produk lain, saya tidak tahu.

Anda perlu buat research dan uji sendiri.

Jangan lupa untuk mencatat setiap result iklan yang telah anda buat sampai anda menemukan jumlah audience yang sesuai untuk bisnes anda.

2. Audience

Pada bahagian “Page Likes”, anda akan dapat lihat senarai page-page yang paling ramai diikuti oleh targeting anda.

Jika anda tukar targeting, maka senarai page-page yang muncul pun akan bertukar.

Jumlah Audience berdasarkan Detailed Targeting

Saya akan gunakan contoh targeting yang saya berikan sebelum ini iaitu:

Location: Malaysia, Umur: 25-45, Interest: Sifufbads, BRC, Majalah Niaga, Azizan Osman.

Dalam Page Likes, saya akan diberikan senarai page-page yang relevan dengan targeting yang telah saya letakkan tadi.

Untuk Page Azizan Osman, terdapat 614700 audience di Facebook.

Yang kedua pula, page Siakap keli memiliki audience sebanyak 478500 audience.

Sekarang, kita nak analisa data daripada Audience ini.

Insight Data

Cuba tengok data yang menarik di bawah:

Jumlah Monthly Active People dan Page Likes Azizan Osman hampir sama banyak

Saya letakkan Azizan Osman sebagai interest targeting dalam Audience Insight.

Cuba anda perhatikan bahawa jumlah Monthly Active People dengan Audience menunjukkan 97% sama.

Tapi lain pula dengan Interest lain.

Sebagai contoh, jika saya letak Interest AirAsia:

Jumlah Monthly Active People dan Page Likes AirAsia tidak sama banyak

Terdapat perbezaan ketara di antara Monthly Active People dan Page Likes AirAsia.

Jumlah Audience untuk orang Malaysia yang Likes AirAsia ialah 1.6 juta, sedangkan Monthly Active People ialah 4 – 4.5 juta orang.

4 juta – 1.6 juta = 2.4 juta audience ghaib!

Kenapa jadi sebegitu?

Dalam permulaan artikel, saya ada jelaskan mengenai Interest FB Ads yang terdiri daripada “Associated Audience”.

2.4 juta audience ghaib tu bukanlah betul – betul audience ghaib.

Berkemungkinan besar mereka tidak Like Facebook Page AirAsia, tetapi mereka cuma pernah komen atau tag kawan mereka pada posting AirAsia.

Mungkin juga pada setiap promosi tiket AirAsia, mereka pernah share di Facebook group tertentu.

Mungkin juga ada orang yang travel dengan AirAsia, kemudian ambil gambar dan hashtag AirAsia.

Boleh jadi juga saudara mara kepada orang yang bekerja di AirAsia.

Orang-orang macam ni la yang diletakkan dalam kumpulan 2.4 juta orang tadi (Audience Ghaib).

Facebook meletakkan mereka di dalam kumpulan audience AirAsia disebabkan mereka pernah engaged dan ada kaitan dengan interest AirAsia walaupun mereka tidak Like page AirAsia.

3. Facebook

Sekarang, cuba perhatikan jumlah followers AirAsia di Facebook iaitu seramai 10 juta orang.

Tetapi, jika anda tengok kembali Audience Insight pada bahagian “Facebook” , terdapat 2.7 juta orang audience di Facebook.

Kenapa ada perbezaan jumlah Likes dalam Audience Insight dan dalam Facebook page?

Saya pun tidak tahu kenapa.

Berdasarkan pemerhatian saya, 2.7 juta audience itu ialah jumlah audience Facebook yang berada di Malaysia dan berumur 18 hingga 65+ tahun.

Lagi 7 juta followers pula ialah orang-orang yang berada di luar Malaysia seperti Indonesia, Thailand, China, Australia, Korea dan negara-negara lain. (Ini hanya andaian saya sahaja, jika salah, mohon beritahu agar sama-sama dapat belajar)

Tak mengapa, kita tengok data seterusnya.

4. Affinity

Facebook Affinity ialah satu daripada faktor algoritma Facebook News Feed yang menunjukkan seberapa banyak interaksi di antara admin/moderator Page dengan audience.

Jika content yang dihasilkan dapat membuatkan audience untuk Like, Share dan komen, ia akan mempengaruhi skor Affinity page tersebut.

Ia juga memberikan “signal” kepada Facebook untuk memaparkan jenis content kepada audience yang sering berinteraksi tadi pada masa akan datang.

Biasanya di dalam Audience Insight, Facebook memberikan skor Affinity.

Tetapi kali ini, skor tersebut telah dipadam oleh Facebook atas sebab yang saya tidak tahu (cuba chek skor Affinity dekat Audience Insight anda samada masih ada atau tidak)

Sebagai contoh, ini adalah screenshot yang lain yang saya dapatkan dari tempat lain.

Andaikan saya letakkan Interest BehindTheChair.com dalam Detailed Targeting.

Jadi, cara membaca Skor Affinity bagi Modern Salon ialah:

“Audience BehindTheChair.com 45 kali lebih menyukai Modern Salon berbanding Semua Audience yang ada di Facebook”

Lebih tinggi affinity terhadap sesuatu page, lebih bagus.

Jika page tersebut dijadikan Interest, maka anda boleh jadikannya interest-interest tambahan dalam Detailed Targeting FB ads.

5. Relevance

Relevance ialah gabungan di antara skor Audience, Facebook dan Afffinity.

Makin kecil relevance skor suatu page, makin relevance page tersebut dengan audience yang kita pilih.

Sebagai contoh, Facebook Page Walmart mempunyai relevance score 1, sedangkan Facebook mempunyai relevance score 5.

Ini bermaksud Walmart lebih relevance dengan audience yang anda target dalam Detailed Targeting berbanding interest Facebook.

Faham?

Artikel ini adalah hasil perkongsian Zaki A. Adinda salah seorang ahli Group Like Method.Ada lebih banyak tips dan perkongsian di group tersebut.

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Macam Mana Nak Elak Akaun FB Ads Kena Flagged

Copywriting dah siap. Gambar produk pun ada. Setting dan targeting iklan pun sedia untuk digunakan.

Sekarang tibalah masanya untuk melancarkan iklan pertama dengan Facebook Ads.

Anda ikut semua langkah untuk buat FB Ads. Tekan butang “Order” dan anda tak sabar-sabar nak lihat berapa banyak komen PM yang anda dapat.

Anda dah berangan limpahan komen yang menderu masuk ke iklan anda. Anda tersenyum kegirangan sambil membayangkan berapa banyak prospek yang anda dapat close nanti.

Tup, tup, anda mendapat notifikasi daripada Facebook. “Wah, Facebook hantar pemberitahuan. Ini mesti iklan dah launch ni,” bisik hati anda.

Tapi mesej yang anda terima adalah sebaliknya – “You account has been flagged for policy violations….”

Rupa-rupanya iklan anda tak lepas. Mulakah anda berfikir apakah yang menyebabkan anda tak dapat melancarkan iklan FB Ads anda.

Memahami Polisi Pengiklanan Facebook

Setiap iklan yang dilancarkan akan disemak oleh Facebook agar ianya tidak melanggar polisi pengiklanan mereka.

Tempoh masa semakan adalah dalam 24 jam atau lebih lama, bergantung kepada kandungan iklan tersebut.

Antara perkara yang disemak adalah:

  • Gambar iklan
  • Copywriting
  • Cara memposisikan iklan – adakah iklan ditujukan kepada audien yang sebenar atau tidak?

Sekiranya iklan tidak diluluskan, Facebook akan menghantar emel notifikasi dan mereka akan memberikan sebab kenapa iklan tidak diluluskan.

Kenapa Iklan Tak Diluluskan?

Ada banyak sebab kenapa iklan tidak diluluskan oleh Facebook, antaranya ialah:

1. Guna perkataan terlarang

Menurut polisi pengiklanan Facebook, mereka tidak membenarkan penggunaan perkataan atau frasa yang merujuk kepada sifat peribadi seseorang.

Perkataan seperti gemuk, sakit jantung, darah tinggi dan lain-lain adalah terang-terang perkataan yang melanggar polisi pengiklanan Facebook.

Maksudnya, kandungan iklan tidak boleh membayangkan atau cuba menghasilkan persepsi diri negatif untuk mempromosikan sesuatu produk seperti produk kesihatan dan kecantikan.

Kami cadangkan laman web ini untuk anda semak perkataan yang mungkin dilarang dalam ayat iklan anda : katalarang.com

2. Letak gambar produk berjenama/hakcipta eg: LV, Prada, Gucci dan sebagainya

Produk-produk jenama besar memang tidak membenarkan penggunaan hak cipta, tanda dagang dan iklan mereka digunakan oleh mana-mana pihak ketiga.

Jika anda ejen produk, pastikan anda mendapat kebenaran daripada pemilik produk untuk menggunakan gambar, copywriting dan jenama mereka di dalam iklan FB Ads.

3. Tulis ayat iklan yang hype

Iklan anda menjanjikan harapan? Anda perlu berhati-hati di dalam hal ini.

Facebook amat tegas dalam iklan yang agak hype dan mengelirukan.

Iklan seperti “boleh kurus dalam 30 hari atau jana RM40,000 dalam 4 bulan” adalah contoh-contoh iklan yang tidak akan diluluskan oleh Facebook.

Iklan sepatutnya tidak boleh mengandungi kandungan yang menipu, salah atau mengelirukan pengguna.

4. Relevan iklan dengan kandungan

Selain daripada kandungan yang perlu disemak, iklan juga perlu relevan dengan apa yang disampaikan.

Maksudnya teks, gambar atau video yang digunakan mesti ada kaitan dan relevan dengan produk yang ditawarkan dan prospek.

Anda tak boleh buat iklan viral tentang sesuatu yang kontroversi tapi dalam CTA anda letak pasal produk kesihatan.

Iklan sebegitu memang tiada kaitan langsung dengan tawaran dan tidak akan diluluskan oleh Facebook.

Langkah-langkah untuk Buat Semula Iklan Yang Tak Diluluskan

Jika iklan anda tidak diluluskan, anda boleh edit iklan dan hantar kembali kepada Facebook untuk semakan.

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa:

  • Anda tak boleh tukar kempen objektif bila anda edit iklan. Jika anda nak pilih objektif berlainan, anda perlu buat iklan baru.
  • Jika anda pilih kempen iklan engagement, anda tak boleh edit iklan.
  • Anda tak boleh edit iklan video. Perlu buat iklan video terbaru sekiranya anda mahu edit.

Untuk edit iklan, boleh pergi ke ruangan Ads Manager. Klik pada Campaign, Ad Sets atau Ads.

Selepas itu, klik pada iklan yang anda mahu edit. Setelah edit, tekan Review Changes.

Macam Mana Tulis Iklan Yang Kalis Ban atau Flagged?

  • Pastikan iklan anda tepat kepada avatar pelanggan anda

Dalam pemasaran, segmen pelanggan adalah di antara aspek yang paling ditekankan sebelum sesuatu kempen iklan atau pemasaran dijalankan.

Oleh sebab itu anda perlu kenal betul-betul siapa bakal pelanggan anda. Baru buat iklan.

  • Baca polisi pengiklanan Facebook Ads sampai faham

Oleh kerana Facebook telah menyediakan platform pengiklanan untuk peniaga online, maka kita perlu mematuhi syarat dan polisi mereka.

Anda boleh baca polisi pengiklanan Facebook di sini.

  • Guna simbol atau tanda baca (.+?/$& dll.) tapi jangan terlalu banyak simbol.

Salah satu trik yang anda boleh guna dalam copywriting iklan anda ialah dengan menggunakan simbol.

Tambahkan simbol di dalam perkataan-perkataan sensitif seperti berat, kurus, jeragat:

Berat > Bèrat

Kurus > Kúrús

Cantik > Cántik

Jeragat > Jeragát

Sekiranya facebook tetap dapat detect perkataan sensitif ini walaupun anda dah gunakan simbol,jangan ambil risiko,jangan guna terus perkataan ini,tukar pada perkataan lain

  • Berikan tips, petua atau cara-cara guna produk dalam bentuk video iklan

Tukarkan kandungan iklan anda kepada informasi seperti tip, petua atau cara-cara guna produk.

Dengan ini, iklan anda akan mudah diluluskan oleh Facebook.

cara elak akaun fb flag

  • Tulis iklan (copywriting dan gambar) yang menunjukkan manfaat atau menggambarkan gaya hidup yang positif

Cara ini sesuai sekiranya anda menjual produk supplemen kesihatan yang berpotensi tidak diluluskan oleh Facebook.

Tukar ‘angle’ iklan supaya lebih kepada manfaat dan kesan positif daripada penggunaan produk (badan sentiasa cergas, bertenaga, bahagia bersama keluarga dan sebagainya).

Sekiranya iklan kena flag, anda boleh buat rayuan kepada Facebook dengan mengisi borang yang mereka sediakan.

Di sini disediakan contoh ayat bagaimana untuk buat rayuan kepada Facebook.Pandai-pandai la ubah ikut kesesuaian kesalahan anda ye :

” I believe my ad account has been disable by mistake.
.
The notice came about that my ad account has been flagged for policy violations. which indicate adult picture. however it was a man pumping as according to policy to promote healthy lifestyle.
.
If this is violation which i am not aware of it, we apologize and will never repeat it again.
.
We will be really pleased and happy if we can receives another chances since we have many campaign on route which will raise up to hundred of dollars daily.
.
we will try our best to follow all the policies. we still believe that Facebook platform is the best medium to get to our customer.
.
please assist to enable my account.
.
Thank you. “

Sekiranya sudah merayu tapi masih tidak ada jawapan, anda terpaksa buat page baru dan akaun Facebook yang baru.

Kesimpulan

Akaun FB Ads kena flagged malah sampai kena ban adalah cabaran kepada peniaga online yang menggunakan Facebook sebagai platform pengiklanan.

Namun, ianya bukan satu masalah yang boleh mempengaruhi jualan produk anda.

Anda perlu faham bahawa Facebook adalah media sosial. Jadi ia adalah tempat untuk berhubung dengan orang ramai dan juga tempat untuk berkongsi minat, maklumat dan idea.

Jadi, cara pengiklanan di Facebook lebih menjurus kepada pengalaman pengguna dan mekanisme Facebook itu sendiri.

>> Klik Di Sini Untuk Letupkan Jualan Dengan Fb Ads <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

5 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Apabila Beriklan di Facebook

Adakah anda pernah alami salah satu kes seperti ini bila beriklan di FB?
.
– yang LIKE dan COMMENT bukan orang tempatan
– Iklan tiada respon, Like sahaja yang banyak
– Dah labur setiap hari, tapi pulangan sedikit
– ROI negatif
– PM yang masuk susah nak close
.
Kalau pernah alami kes-kes macam ni, TAHNIAH sebab bukan anda seorang yang alami.
.
Biasanya kes-kes seperti ini disebabkan kualiti daripada audience FB Ads tersebut kurang targeted. Nak tau sebab ape?
.

1. TAK BUAT CUSTOMER AVATAR:

Dalam FB Ads, perkara paling asas sebelum beriklan ialah anda mengetahui ciri-ciri bakal pelanggan anda. mulai dari ciri demographic, psychographic, behavioral dan geography.

– Data Demoghraphic seperti : jantina, umur, pendidikan, pendapatan, Tempat Tinggal
– Data Geography: Lokasi, Bandar, Luar Bandar, Negeri, Negara
– Data Psychographic: Gaya Hidup, Nilai, Minat, Hobby
– Data Behavior: pengetahuan,sikap,reaksi

Kenapa penting nya Customer Avatar ialah sebab memudahkan kita utk target iklan kepada orang yang betul-betul berkualiti sahaja.

Bila orang yang kita pilih tu betul-betul targeted, copywriting pun tak perlu fancy sangat, ianya juga akan memudahkan proses close di kemudian hari, sebab orang yang kita pilih memang orang yang bersedia untuk menggunakan products atau service kita.

2. TAK LETAK LANGUAGE

Nak tau sebab apa ramai orang luar komen dekat iklan anda? salah satu puncanya ialah anda tak letak language untuk iklan tu.
JIka anda nak iklan kan dalam market Malaysia, language yang wajib anda letak ialah:

– Malay
– English (US)
– English (UK)

Berbeza jika market anda di United States, maka anda tak perlu letak bahasa “MALAY” dalam setting FB Ads.

3. TAK PILIH PLACEMENT YANG BETUL

Anda kene tahu siapa target market anda, lepastu buat research dekat audience insight. Di sana anda akan nampak target market anda kebiasaannya market anda online menggunakan mobile atau desktop.

Tapi kebiasaanya, berdasarkan pengalaman saya dalam membuat iklan untuk market tempatan, Orang Malaysia lagi banyak online menggunakan smartphone. terutama untuk pengguna Android.

Jadi, dalam placement, anda setting untuk Android Smartphone untuk hasil yang lebih baik.

4. TAK “PILIH PEOPLE WHO LIVE IN”

Jika product anda untuk orang malaysia, anda wajib pilih “people who live in”, untuk mengelakkan orang-orang luar yang komen di iklan anda.

Jika anda pilih “Everyone in this location” maka semua orang yang ada kat situ akan like iklan anda, termasuk mat salleh yang tengah melancong pun akan nampak iklan anda, jadi iklan anda tidak berkualiti dan orang yang PM pun juga tak berkualiti.

Berbeza kiranya jika anda memang target pelancong luar, anda boleh pilih “people travelling in this location”

5. TAK BELAJAR TEKNIK FB ADS DENGAN BETUL

Kebanyakan peniaga online yang saya jumpa, Buat FB Ads tanpa berguru, main tekan boost post sahaja, tak tau nak research audience macam mana, tak tau nak setting yang betul macam mana, tak tau nak split test dan optimise macam mana, kebanyakannya tidak mau invest dekat ilmu.

Bila buat Fb Ads, main hentam ikut perasaan sendiri. Dia andaikan buat iklan hari ini, esok terus kaya.

Tak boleh macam tu. Facebook ads ini akan selalu berubah, tak semestinya teknik bulan lepas akan mempunyai result yang sama jika buat hari ini.

Maka anda kene mentor untuk bertanya, berguru dan mengulangkaji ilmu pemasaran FB Ads dari masa kesemasa 🙂

Bila anda dah faham dan sudah ada strategi, anda sendiri boleh buat kira kira berapa kos yang anda akan laburkan untuk dpatkan pulangan berkali kali ganda.

Nasihat sy adalah belajar dari sumber yang betul, yang proven !

>> Klik Di Sini Untuk Letupkan Jualan Dengan Fb Ads <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

[Tutorial] Cara Buat FB Ads Yang Mudah Untuk Newbie

Anda baru nak beriklan di FB tapi tak tahu nak bermula di mana?

Berikut adalah cara-cara buat FB Ads bermula dari buat Page baru sampai Place Order.

1. Buat Page baru. Pilih Brand or Product

cara buat fb ads pilih produk

 

2. Pilih Website dalam senarai “Choose a Product”

cara buat fb ads website

 

3. Namakan page anda. Cara tulis macam tulis headline; [benefit utama] dengan [Produk]

cara buat fb ads nama page

 

4. Tuliskan description tentang Page anda. Kemudian tuliskan username Page

cara buat fb ads description page

 

5. Muat naik gambar profil Page anda. Gunakan gambar yang menarik perhatian prospek

cara buat fb ads upload photo

profile photo fb ads

 

6. Di bahagian tab “Preferred Page Audience”, pilih “People who live in this location”  (khusus untuk Page yang baru dibuat sahaja)

cara buat fb ads interest

 

7. Anda boleh muat naik Cover Photo yang ada kaitan dengan bisnes anda

cover photo fb ads

 

8. Sekarang masa untuk post iklan. Tuliskan ayat iklan yang mudah serta CTA yang jelas

cara buat fb ads iklan

 

9. Muat naik gambar yang berkaitan dengan post

cara buat fb ads hot products

 

10. Setelah upload gambar, pergi ke bahagian “Create Adverts”

create fb ads

 

11. Tekan ‘Engagement” dan namakan kempen anda

marketing objective fb ads

engagement fb ads

 

12. Pada Location, pilih “People who live in this location” dan bandar-bandar besar (berdasarkan kajian avatar pelanggan anda)

fb ads location settings

 

13. Tentukan umur, jantina, bahasa dan interest

pilih umur, jantina, bahasa fb ads

 

14. Pada bahagian Placements, pilih “Edit Placements”, kemudian pilih “Mobile Only”, untick Instagram dan pilih “Android Devices Only”

fb ads setting placements

 

15. Pada bahagian Budget & Schedule, tentukan Daily Budget anda. Tekan “Continue”

budgeting fb ads

 

16.Pada “Page and Post”, gunakan Page yang anda telah buat tadi. Cari post yang anda telah tulis tadi.

Kalau semua ok, klik Place Order.

place order fb ads

>> Klik Di Sini Untuk Letupkan Jualan Dengan Fb Ads <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Tips Percuma Fb Ads <<<

 

Kisah Bagaimana Pelajar Yang Dibuang Universiti Ini Berjaya Buat RM148,604 Dalam 6 Bulan

muhammad hakeem husainal

Nama saya Hakeem. Saya merupakan bekas pelajar kejuruteraan di sebuah universiti Pantai Timur. Di universiti, saya seorang yang popular dan aktif di dalam persatuan pelajar dan aktiviti-aktiviti universiti.

Tapi dalam akademik, saya bukanlah terbaik sangat pun. Disebabkan nak jaga reputasi, saya tekun belajar walaupun tak faham apa yang saya belajar. Saya suka belajar. Mentaliti rajin dan usaha telah lama diterapkan ke dalam diri saya sejak mendapat pendidikan awal di sekolah cina lagi.

Pada masa yang sama, saya juga buat bisnes kecil-kecilan untuk tampung kehidupan saya sebagai pelajar.

poi hakeem

Saya (berdiri, kiri sekali) ketika bersama rakan sekuliah.

Walaupun untung sedikit, bolehlah juga saya beli gajet dan belanja makan besar-besar setiap minggu.

Seronok rasanya sebab muda-muda lagi dah boleh buat duit. Tengah belajar lagi tu.

Kawan-kawan engineering saya semuanya dah berangan nak jadi engineer lepas graduate nanti. Dah terbayang kerja yang ada klas, gaji besar dan tayang kereta GTR. Semua mengutuk dengan bisnes cabuk yang saya buat.

Tapi saya tak pedulikan apa mereka kata. Bagi saya, biarlah saya buat benda yang saya suka buat. Kalau diikutkan, saya pun tak tahu apa sebenarnya yang saya nak buat dalam hidup.

Saya ambil engineering pun disebabkan ayah saya suruh. Punyalah beriya-iya dia mahu saya jadi engineer sampai dah siap ofis dan syarikat menunggu saya bila dah grad nanti.

Memang engineering ini susah bagi saya. Ada sekali tu semasa di kelas Mechanical Design, saya duduk di depan sekali sebab nak faham apa yang dia ajar.

Tapi disebabkan pensyarah itu garang dan kuliahnya satu benda pun tak boleh faham, saya jadi bingung.

Pada masa yang sama, saya pun tengah susah hati dengan kempen iklan yang saya dah buat sebelum saya hadiri kuliah tu. Dalam kepala terbayang iklan yang saya buat samada lepas atau tidak oleh Facebook.

Kesemua formula yang diajar di dalam kelas itu membuatkan fikiran saya melayang-layang memikirkan data-data pixel yang saya selalu guna untuk marketing.

Ketika itu juga saya berperang dengan perasaan dan kehendak bapa saya yang mahu saya jadi jurutera. Saya fikir “kenapalah aku patut bersusah payah belajar benda yang aku tak faham selama 4 tahun di sini.”

Dengan perasaan yang berkecamuk, saya pun buka Facebook untuk melupakan masalah. Sedang skrol feed saya, saya ternampak satu post tentang seorang lelaki ini.

Panjang berjela karangan dia. Rupa-rupanya dia ni seorang pakar pengiklanan di sebuah syarikat antarabangsa.

Bersepah pakar pengiklanan yang saya dah jumpa. Tapi dia ni lain sikit. Gaya tulis dan cara berfikirnya memang menarik.

Dalam postnya, dia tulis tentang satu perjumpaan yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Dia jemput siapa yang berminat untuk datang berjumpanya.

hakeem husainal

Bergambar ketika menerima jemputan daripada Google Malaysia

Tanpa berfikir banyak, saya pun turun ke Kuala Lumpur untuk perjumpaan tersebut.

Saya ingat perjumpaan biasa-biasa sahaja, rupa-rupanya ia adalah…

Peristiwa Paling Penting Dalam hidup Saya

 

Banyak yang saya belajar daripada lelaki yang saya jumpa itu. Dia kongsikan ilmu tentang bisnes, marketing dan jualan yang saya tak pernah dengar sebelum ini.

Memang lain daripada lain.

Selepas habis event itu, saya jumpa lelaki itu untuk menuntut ilmu dengan dia. Saya nak jadi mentee dia.

Dia kata dia tak buat kelas atau coaching. Cuma dia sedang mencari team untuk syarikat baru dia.

Oleh sebab terlalu teruja nak belajar dengan dia, saya pun terus setuju untuk bekerja dengan dia.

Agak ragu-ragu juga sebab bila saya memilih untuk bekerja dengan dia, saya mungkin terpaksa meninggalkan pelajaran saya. Saya tahu ini adalah satu-satunya peluang yang saya ada. Tak mungkin jumpa lagi tawaran ini kalau saya datang balik lepas graduasi.

Saya tak pedulikan masalah saya dan mahu terus kerja.

Saya tidak dibayar gaji.

Oleh kerana syarikat masih baru lagi, saya tidak dijamin sebagai pekerja tetap.

Cuma apa yang saya boleh buat ialah buat jualan untuk syarikat.

Dengan berbekalkan laptop dan sedikit duit simpanan, saya merantau ke Shah Alam untuk bekerja dengan pakar pengiklanan itu.

Kira macam dia ambil saya jadi anak murid dia. Belajar terus daripada dia tentang bisnes, pengiklanan dan marketing.

Oleh kerana tiada duit nak bayar sewa, saya duduk pulak di ofis yang cuma ada kusyen terpakai untuk duduk.

poi dan nail

Buat kerja dengan kain pelikat!

Setiap hari, saya kerja buat jualan. Telefon prospek yang tinggalkan nombor telefon. Whatsapps orang yang berminat. Aktiviti ini membantu saya untuk lebih faham kehendak dan masalah pelanggan.

Memang saya tak tahu semua ini. Tapi disebabkan nak belajar, saya buat juga seperti apa yang lelaki itu suruh.

Memang waktu ni saya tak senang duduk sebab saya dibayangi oleh kegagalan mendapatkan ijazah! Saya perlu kuat bekerja untuk tampung balik 3 tahun yang saya dah bazir ni.

Waktu malam pula saya berjaga sampai pukul 3 pagi untuk belajar memantapkan skil jualan saya dan juga ilmu marketing. Saya belajar macam mana nak buat iklan dengan Facebook, macam mana nak tarik pelanggan yang tepat dengan Facebook dan sebagainya. Memang tiada “life” masa tu.

Saya belajar daripada video sahaja. Senang ikut sebab ajar langkah demi langkah sampai dapat buat iklan yang ada respond prospek.

Jualan untuk bulan saya bekerja di situ tak banyaklah sangat. Cukup untuk makan dan duit telefon.

Bulan kedua terus melonjak sehingga lebih RM47,000!

sales online

 

sales online disember

 

 

Tapi sedang seronok buat duit tu, saya dapat berita buruk.

Saya dibuang universiti

Pada mulanya, saya memang ada plan nak balik sambung belajar yang tinggal 2 semester lagi.

Saya memang tersepit. Saya tahu mendapat ijazah penting. Untuk menggembirakan keluarga saya. Dapat kerja lumayan sebagai engineer.

Tapi saya dah tak nampak semua itu. Sebab saya tahu saya tak boleh buat engineering!

Bos saya yang juga mentor saya cakap kita tak perlu perbaiki kelemahan kita dalam sesuatu bidang, cukup hanya fokus kepada kelebihan yang kita ada.

Saya dah pandai buat sales dan buat FB Ads, baik saya fokus kepada skil ini sahaja.

Jadi, saya berhenti belajar tanpa ijazah.

Mak saya pun terkejut dengan keputusan saya. Lepas saya jelaskan panjang lebar dalam telefon, barulah dia faham. Malah, dia sokong keputusan gila saya.

Yang jadi masalah ialah pemberhentian saya ini tidak diketahui oleh bapa saya. Cuma dia dapat tahu bila surat pemberhentian universiti sampai ke rumah saya.

Puas dia telefon saya tapi saya tak angkat.

Saya tukar nombor baru takut-takut dia mengamuk dengan saya. Takut juga saya sebab bapa saya ni garang dan sado. Sekali dia libas, habis saya!

Saya tahu saya silap. Saya kecewa. Bapa saya demam 2 hari bila anak harapan keluarga gagal membawa pulang
segulung ijazah dan buat keputusan sendiri tanpa berbincang dahulu.

Saya tahu saya dah buat keputusan yang melukakan hati ibu bapa saya kerana saya merupakan harapan besar untuk mereka.

Tapi saya terpaksa buat keputusan drastik ini untuk masa depan saya. Saya tak nak jadi robot yang hanya datang kerja setiap hari, kutip duit gaji hujung bulan, joli-joli dan ulang semula.

Saya nak hidup yang lebih daripada itu. Saya mahu buat sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada orang ramai.

Saya ada skil menjual dan marketing, jadi baik saya gunakan skil itu untuk ajar orang lain yang nak berniaga pula.

Dan sebab itulah saya sanggup menjadi mentee kepada bos saya sebab saya percaya dengan visi dan misi dia – menjadi penghubung di antara pengetahuan dan orang ramai dengan ilmu dan kepakaran masing-masing.

Bulan-bulan seterusnya, sales saya terus naik…

Walaupun secara partime je.

Yang lagi best, saya cuma perlukan laptop sahaja, itulah mesin pencetak duit saya!

 

 

 

Pencapaian saya yang menakjubkan ini menarik perhatian orang-orang bisnes online.

Ada yang tanya macam mana saya boleh buat sales sebanyak itu. Ada yang minta nasihat daripada saya.

Ini tip daripada saya.

1. Mindset beriklan di Facebook

Sejak jualan saya meningkat setiap bulan, pandangan saya terhadap FB Ads berubah. Dulu saya ingat iklan berbayar ni rugi. Rupa-rupanya, dengan mindset beriklan yang betul, saya boleh dapat jualan yang lagi banyak dan menguntungkan. Kenapa? Bila anda beriklan dengan FB Ads, anda bayar Facebook untuk mengetahui iklan mana yang convert. Sebab tu anda kena buat split test beberapa iklan untuk tahu yang mana satu boleh dapat pelanggan.

2. Berani bakar duit

Ramai orang takut nak bakar duit guna FB Ads sebab tak dapat pulangan. Kalau anda masih baru, boleh guna RM10 sehari untuk beriklan. Jika iklan dah senang dapat jualan, naikkan budget iklan sedikit demi sedikit. Setakat ini, saya dah boleh labur RM200-RM300 sehari untuk beriklan kerana saya tahu saya dapat pulangan yang lebih banyak.

3. Buat bisnes online senang jika kena caranya

Saya tahu ramai di luar sana yang skeptikal dengan bisnes online; tak perlu ada kedai, tak nampak produk, mengadap depan laptop dan sebagainya.

Bisnes online adalah bisnes yang sebenar. Ada produk dan pembeli. Zaman sekarang memang zaman Internet jadi anda perlu sekurang-kurangnya ada website untuk perniagaan anda.

Kalau anda tiada produk nak jual pun, anda boleh jual produk orang lain. Memang nampak senang tapi banyak perkara perlu dibuat pada awalnya.

Bila kena caranya, anda pun boleh dapat jualan sehingga 6 angka macam saya.

4. Jadi dropout universiti tak seindah yang disangka

Mungkin ramai yang tak setuju dengan tindakan saya berhenti universiti walaupun masih ada 2 semester lagi. Saya mungkin gembira menjadi dropout tetapi saya terpaksa mengharungi pelbagai masalah dan cabaran untuk berjaya sampai sekarang.

Bila berjumpa kawan satu universiti, semua sindir saya. Ada yang tanya berapa buah rumah saya dah beli, berapa buah kereta mewah saya dah beli dan macam-macam lagi. Saya cuma senyum dan berlalu pergi.

Anda mungkin mencemuh saya dengan kerugian ini. Anda mungkin menganggap saya telah menghancurkan harapan ibu bapa yang menggunung.

Tapi saya tidak berfikir itu. Apa yang saya buat selama hampir setahun ini pun lagi banyak daripada apa yang saya dapat kalau saya jadi engineer. Saya lebih yakin yang saya boleh banggakan mereka dengan kejayaan yang lebih besar dalam tempoh masa akan datang.

Saya pun semakin cekap dengan apa yang saya buat. Mindset saya betul dan saya berada bersama-sama rakan yang positif dan berkualiti.

Malah, saya dah boleh bagi duit kepada ibu saya setiap bulan. 4 angka pulak tu. Alhamdulilah 🙂

 

hakeem poi

Nasihat saya kepada anda yang masih belajar lagi supaya tidak terlalu taksub nak jadi dropout, seandainya anda tidak tahu apa matlamat hidup anda selepas universiti.

Tanya diri anda…

Adakah aku berani menghadapi pelbagai kesukaran dan cemuhan orang sekiranya jadi dropout?

Adakah aku sanggup berkorban masa, wang dan tenaga untuk mengejar impian sendiri ketika orang lain sibuk menghadiri kuliah di universiti?

Adakah aku sedang menjalani hidup dengan buat benda yang aku minat?

Saya sanggup melawan arus sebab saya dah jumpa passion saya. Dan saya yakin dengan keputusan saya. Insya-Allah, jika saya melalui banyak cabaran dan rintangan selepas ini, saya bersedia menghadapinya.

Saya tak boleh patah belakang lagi. Hanya “Do or Die”. Kalau tak, terpaksalah saya menjawab di depan bapa saya yang garang nanti!

Macamana?..Menarik kan kisah yang dikongsikan Hakeem ni.Bukan senang nak senang

Oke…kalau anda nak tau dan belajar macamana Hakeem buat RM148,604 dalam masa 6 bulan,tapi anda tiada masa nak pergi seminar dan boleh belajar secara online saja..

>>> Klik Di Sini Untuk Belajar Macamana Hakeem Buat Sales RM 148,608 Daripada Gurunya <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma Daripada Group Yang Hakeem Sertai <<<

 

5 Tips Tingkatkan Sales Setiap Hari Menggunakan FB Ads Dengan Kos Yang Rendah

1. Pilih Locations “People who lived in this location” Sahaja
.
Kalau iklan anda ramai yang like, tapi tak de satu pun yang PM, itu kerana iklan anda tidak targeted dengan betul. Sekiranya location yang anda pilih “Everyone in this location”, maka iklan anda akan nampak dekat semua orang yang ada di situ, termasuk orang yang melancong ke tempat tu, atau pekerja-pekerja asing pun akan nampak iklan anda.
.
2. Placement “Mobile Newsfeed – Android Smartphone”
.
Mengikut pengalaman saya, iklan di ‘Android Smartphone’ adalah yang paling murah. Ianya juga senang untuk close sales disebabkan pengguna android lebih gemar membeli. Lagi satu, pengguna Android lagi ramai berbanding device yang lain.
.
3. Letak Bajet RM10 dan Split Test 2 Iklan Dalam Satu Masa
.
Buat 2 iklan dengan interest berbeza, biarkan selama 3 hari untuk mencari tahu lubuk emas iklan anda. Jika iklan anda betul-betul targeted dengan interest yang dipilih, maka Relevancy Score iklan anda akan makin tinggi, jika Relevancy Score tinggi akan menyebabkan kos iklan anda makin murah
.
4. Naikkan Daily Bajet Slow-Slow atau Duplicate Iklan
.
Berdasarkan pengalaman saya, bila saya naikkan bajet iklan secara mendadak terhadap iklan yang berkesan tadi, maka kos iklan saya pun akan naik secara mendadak. Jadi anda mesti naikkan bajet iklan 50% selepas 3 hari agar kos iklan anda tetap stabil, atau anda boleh duplicate iklan tersebut.
.
5. Reply dan Message Prospek dengan Pantas
.
Jika anda reply PM prospek kurang dari 1 Jam, Maka FB akan kurang kan kos iklan anda disebabkan “Respons Rate” anda tinggi dan FB akan deliver iklan anda kepada lebih ramai orang lagi seperti audience yang anda pilih.
.
Ini hanyalah beberapa TIPS dari Ribuan TIPS & STRATEGI pengiklanan yang dikongsikan di program Like Method oleh saudara Khairi.Belum campur lagi dengan perkongsian daripada hampir 20,000 ahli Group Like Method yang ada didalamnya.Anda berminat nak belajar tips-tips advance lainnya?

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

41 Headline Ini Boleh Membantu Anda Untuk Buat Iklan Dengan Mudah

Berkerut-kerut dahi nak tulis headline sampai berpuluh-puluh kali tekan DELETE pada keyboard?

Saya faham, tulis copywriting ni memang menyeksakan.

Boleh ambil masa berhari-hari nak tulis beberapa perkataan sahaja.

Dan saya tak sanggup tengok anda menderita nak tulis iklan macam pro. Sob sob sob…

Jadi, saya dah sediakan 41 contoh headline untuk menghilangkan kesengsaraan mengarang headline.

Hanya copy and paste sahaja. Tukar apa yang dalam [ ].

Setel.

Ini dia.

1 . Nak [keputusan yang dikehendaki]?

2. Perlukan [benefit utama] untuk [keputusan yang dikehendaki]?

3. Macam Mana Nak [keputusan yang dikehendaki]?

4. Cara Untuk [keputusan yang dikehendaki] – Ditemui!

5. Terbaru! [Produk] Untuk [target market] Yang Nak [keputusan yang dikehendaki]

6. Adakah Ini Jawapan Kepada [keputusan yang dikehendaki]?

7. Inilah Cara Untuk [keputusan yang dikehendaki] Yang Tidak Diketahui Orang

8. Adakah Anda Buat Kesalahan-kesalahan Ini Semasa [cara untuk menyelesaikan masalah]

9. Dapatkan [benefit utama] Sampai [kesan daripada benefit]

10. Dapatkan [keputusan yang dikehendaki] Tanpa [hasil yang tak diingini]

11. [Produk] Ini Boleh [keputusan yang dikehendaki]

12. Adakah Anda Risau Dengan [hasil yang tak diingini]?

13. Anda Boleh Dapat [keputusan yang dikehendaki] Dengan Mudah

14. Di mana [keinginan yang dikehendaki] Dan Bagaimana Untuk Mendapatkannya?

15. Ketahui Rahsia [keputusan yang dikehendaki]

16. [Nombor] Cara Untuk Anda [keputusan yang dikehendaki]

17. Untuk [target prospek] Yang Mahu [keputusan yang dikehendaki] Tetapi Tidak Tahu Nak Bermula

18. Hentikan [hasil yang tidak diingini]

19. Anda Juga Boleh [keputusan yang dikehendaki] dalam [tempoh masa]

20. Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan [keputusan yang dikehendaki] Apabila Anda [elak sesuatu yang mencabar]

21. Ada [keputusan yang dikehendaki] Dalam [Produk]

22. Anda Tidak Perlu [sesuatu yang mencabar] untuk menjadi [keputusan yang dikehendaki]

23. Inilah Cara Untuk [keputusan yang dikehendaki] Yang Ramai Tak Tahu

24. Bagaimana Untuk Menukarkan [masalah] kepada [keputusan yang dikehendaki]

25. Bagaimana nak [keputusan yang dikehendaki] Yang Anda Boleh Banggakan

26. Dapatkan [keputusan yang dikehendaki] Tanpa [hasil yang tak diingini]

27. Hilangkan [masalah] Sekali dan Selamanya

28. Dapatkan [keputusan yang dikehendaki] Anda Dalam [tempoh masa]

29. Bayangkan [keputusan yang dikehendaki] Yang Anda Suka Setiap Masa

30. Adakah Ini Cara Untuk [menyelesaikan masalah]?

31. Siapa Lagi Mahu [keputusan yang dikehendaki]?

32. Lihat Bagaimana Mudahnya Anda Boleh [hasil] (video)

33. Anda Boleh Dapat [keputusan yang dikehendaki] Bila Anda Buat Ini

34. Biar Benar! Inikah [keputusan yang dikehendaki]

35. Untuk [target market] Yang Inginkan [keputusan yang dikehendaki]

36. [nombor] Tanda [hasil yang tak diingini]. Adakah Anda Mengalaminya?

37. Selamat Tinggal [Masalah]. Hai [keputusan yang dikehendaki]

38. Amaran! Anda Akan Dapat [keputusan yang dikehendaki] Lebih Cepat Daripada Anda Jangkakan

39. Stok terhad. Sedia untuk dipos. [nama produk]

40. Jangan Cuba [Produk] Tanpa Buat [tindakan yang dikehendaki]

41. Akhirnya, Rahsia [keputusan yang dikehendaki] Kini Didedahkan

Ini adalah sebahagian tips daripada Like Method

Jika anda ingin lebih banyak lagi perkongsian,jangan segan untuk join program dan group Like Method,klik link dibawah segera :

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program & Group Like Method <<<

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

 

Ada Apa Dengan 786 Dan Copywriting Yang Boleh Menjana Sales Yang Gempak?


Ramai orang tanya, macam mana nak dapatkan lebih banyak leads atau orang whatsapp anda
.
Nak tau caranya?
.
Caranya ialah anda punya CTA atau dalam bahasa java ‘Call to Action’ perlulah JELAS & NYATA
.
Contoh dalam post saya, saya nyatakan secara JELAS & NYATA apa yang perlu anda buat iaitu “… tolong belanja likes sikit…”
.
.
Bila anda nak tulis copywriting, pastikan bila budak umur 12 tahun baca pun dia boleh faham arahan yang anda nak dia buat
.
Contoh lain:
.
“Sila masukkan duit ke dalam akaun saya dengan rasa yang gembira”
.
Simple dan concise!
.
.
.
Kemudian, saya pun ada tulis pasal ‘786’…
.
.
Ingat saya tulis tu sebab suka-suka je ke?
.
Kalau anda ingat saya tulis tu sebab suka-suka
.
Anda silap besar…
.
Kenapa?
.
Ada 3 tujuan saya letak 786 tu:
.
Sebab 1: Sebab untuk jadi spesifik
.
Sebab 2: Untuk buat orang jadi curious
.
Sebab 3: Saya kenal avatar saya
.
.
Jom saya explain satu-satu
.
Sebab 1: Sebab untuk jadi spesifik
.
– Copywriting anda akan jadi lebih meyakinkan apabila anda tulis secara specific
.
Instead of anda tulis ‘Dah 5,000 orang beli produk ini’
.
Tulislah macam ni ‘Dah 5,726 orang beli produk ini’
.
Nampak tak permainan copywriting di situ?
.
.
Sebab 2: Untuk buat orang jadi curious
.
Saya dengan sengaja letak 786 tu sebab nak buat orang jadi curious
.
Kenapa?
.
Curiosity atau dalam bahasa java ‘rasa ingin tahu’ yang membuatkan orang akan baca
.
Copywriting anda tak akan dapat berikan hasil jika orang tak baca
.
Dan cara untuk buat orang baca ialah dengan membuat mereka rasa ‘nak tahu’…
.
Faham?
.
Keliru?
.
Teruskan pembacaan anda di bawah..
.
Sebab 3: Saya kenal avatar saya
.
Avatar saya ialah anda
.
Anda yang sedang membaca post ni
.
Dan sebab itu jugalah anda sedang baca post ini sehingga habis kerana dipengaruhi oleh tajuk,intro,isi kandungan dan penutup yang berjaya mempengaruhi fikiran anda..
.
Perasan tak juga yang anda dah baca post saya yang berjela-jela ni?
.
Kenapa?
.
Ye…saya ulang sekali lagi…kerana anda adalah avatar saya
.
Kalau anda masih keliru dan tak faham bagaimana saya berjaya mempengaruhi anda untuk membaca sehingga ke saat ini…
.
Belajarlah secara lebih mendalam tentang avatar dan kemudian aplikasikan teknik ini kepada niche anda.
.
Customer avatar adalah salah satu method paling penting dan kritikal yang dibincangkan dalam circle Like Method
.
Kalau anda berminat untuk sertai circle yang sudah ada lebih 14,721 member ini..

>> Klik Di Sini Untuk Sertai Program & Group Like Method <<<

 

>> Klik Di Sini Untuk Dapatkan Lebih Banyak Tips Percuma <<<

Proudly powered by WordPress

Theme designed by Webempresa

error: Content is protected !!