Author Archives: admin

7 Strategi Interview Yang Mampu Mengalahkan Pesaing Anda

Percaya ataupun tidak, ramai yang tidak buat 7 perkara ini semasa sesi temuduga. Ketika semua orang melalui jalan lurus anda perlu mengambil inisiatif untuk menongkah arus. Tips interview dibawah akan membantu anda menonjol ketika atau selepas interview!

Lihat 7 perkara ini :

1. Hantar ucapan terima kasih

Jika dapat satu sesi temuduga ada 200 orang calon, bagaimana anda berfikir dengan kreatif untuk menonjolkan diri anda ?

Setelah anda ditemuduga, hantarkan email atau surat yang ringkas tapi padat dengan ucapan terima kasih dan jangan lupa sertakan nama anda, no telefon dan link portfolio online anda di penghujung email tersebut.

Ini akan meningkatkan peluang hiring manager atau bahagian HR mereka untuk mengingati anda, jika mereka mengingati anda peluang untuk diterima pun lebih tinggi!

2. Bina online portfolio  

Bina online portfolio dengan memuat naik hasil hasil kerja anda di internet, jika anda seorang pereka grafik anda boleh menggunakan behance ataupun blog.

Bagaimana jika anda dalam bidang lain ? anda boleh bina blog anda dan kongsikan pengetahuan bidang anda. Tulis tips tips ataupun info info kerjaya/bidang anda, bakal majikan pasti kagum, anda akan kelihatan seperti seorang yang memang tahu tentang bidang yang anda ceburi.

Ini juga akan membina personal branding anda sendiri, adakah usahawan sahaja yang memerlukan personal branding ? sama sekali tidak, key player seperti anda juga harus ada personal branding!

3. Selesaikan masalah syarikat yang menemuduga anda

Ketika sedang ditemuduga, ambil peluang untuk menunjukkan kemahiran yang anda ada. Ambil contoh jika pereka grafik dipanggil untuk temuduga, beliau boleh datang dengan design logo untuk syarikat yang sesuai dengan brand image mereka atau bantu untuk visualkan produk mereka dengan cara yang menarik.

Tak kisah apa bidang yang anda ceburi sekalipun, jika anda memang mempunyai kemahiran yang tinggi anda pasti dapat membuktikan nilai yang anda akan bawa jika syarikat itu memilih anda. Do your homework!

4. Biarkan personaliti anda menonjol

Kekal dengan gaya dan tutur yang professional tapi bagi ruang untuk anda menunjukkan personaliti anda yang sebenar. Jika anda seorang yang kelakar dan ceria, jangan simpan karakter anda itu. Ia juga membantu anda untuk tidak gugup kerana anda menjadi diri anda sendiri!

5. Berikan statistik

Jika anda pernah terlibat dengan aktiviti pemasaran misalnya, nyatakan bagaimana kerja anda menyumbang kepada statistik jualan syarikat. Ambil tahu statistik ini walaupun anda masih bekerja di tempat lain dan tiada perancangan untuk pindah ke syarikat lain.

Statistik ini juga akan mengindikasikan progress anda, sejauh mana kebolehan anda memberi kesan. Secara tidak langsung, anda akan memberi ruang kepada diri anda untukimprove.

6. Rancang penghantaran resume

Kajian mendapati 3 daripada 5 orang yang dipanggil menghantar resume mereka pada hari isnin, ia bukan idea yang baik untuk menghantar pada hari jumaat kerana ia adalah hari untuk menutup urusan mingguan tersebut. Tunggu sehingga awal minggu datang dan hantar!

7. Gunakan Resume yang STAND OUT !

Cari template resume yang terkini, anda harus mula berfikir di luar kotak dari sekarang. Anda tidak boleh expect anda akan menonjol dengan template resume yang ketinggalan zaman dan membosankan. Cetak resume anda pada kertas berkualiti yang nampak ekslusif atau lain dari yang lain, ini akan menambah booster untuk resume anda.

Dan set kan warna resume anda sama dengan warna tema/logo syarikat yang anda inginkan, ini kerana secara psikologi, anda menunjukkan seolah anda adalah salah satu dari tribe mereka. Best kan ?

Selamat mencuba!