Seringkali saya menerima email tentang putus harapan,kecewa dan luahan kegagalan terutamanya daripada mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam perniagaan internet(newbie).Malahan ada yang baru hanya gagal sekali,terus berputus asa dan berhenti berharap untuk terus menjadi survival yang sukses dalam perniagaan internet.

Lantas terbit 1001 alasan negatif dalam diri yang pastinya akan menjadi hijab kepada diri mereka untuk berjaya dalam perniagaan internet.Jika anda pernah membaca tentang kuasa minda,minda negatif yang terhasil daripada pemikiran seseorang itu akan menghasilkan aura negatif di dalam dirinya dan inilah yang akan menjadi penyebab utama kegagalan tersebut kerana awal-awal lagi minda mereka sudah disetkan bahawa mereka akan gagal.

Saya boleh simpulkan 2 faktor ini sebagai penghalang utama terhadap survival mereka dalam perniagaan internet berdasarkan keluhan yang diluahkan:
1. Terlalu bergantung harap kepada orang lain
2. Kecewa dengan kegagalan yang dihadapi

Terlalu bergantung harap kepada orang lain
Bergantung harap kepada orang lain tidak ada salahnya.Cuma yang salah adalah sikap terlampau bergantung harap kepada orang atau dalam bahasa mudahnya semua benda hendak disuap tanpa sedikit pun mahu berusaha.Ini kerana mereka yang mempunyai sikap sebegini akan mudah melatah dan sangat mudah mengalah apabila orang yang mereka harapkan itu tidak dapat membantu mereka 100%.

Buangkanlah sikap negatif ini dalam diri dan jika dalam diri anda terdapat sikap sebegini,mulai dari sekarang cubalah berubah dengan mula berusaha sendiri untuk melakukan sesuatu perkara yang ingin dipelajari tentang perniagaan internet kerana dengan adanya sambungan internet sebenarnya anda selangkah lebih ke hadapan dan maju daripada orang lain kerana segala maklumat adalah di hujung jari anda.Tinggal nak atau tak nak sahaja.

Cuba anda bayangkan betapa sukarnya orang yang terhad,sukar atau tidak mendapat sambungan internet untuk mencari sebarang maklumat yang mereka kehendaki.Oleh kerana itulah kita boleh lihat betapa internet sangat penting sekali di sekolah dan pusat pengajian tinggi kerana ia adalah sebagai medium yang sangat penting untuk mencari maklumat.Maka,jika anda yang sudah mempunyai talian internet di depan mata,kenapa masih lagi terlalu bergantung harap kepada orang lain.

Gunakanlah enjin carian seperti Google.com dan Yahoo.com dan segala kelebihan untuk mencari maklumat daripada internet dengan sebaik mungkin.Jika anda sudah usahakan segalanya tetapi masih buntu,maka barulah molek untuk anda mengharapkan kepada orang yang lebih arif untuk membantu anda.Ini adalah sikap yang sangat terpuji,malah biasanya akan disenangi oleh orang yang akan membantu anda tersebut.

Namun begitu,mungkin ada sesetengah maklumat yang anda sangat inginkan itu dikenakan kos,janganlah terlalu berkira kerana jika anda ikhlas dan bersungguh-sungguh pastinya ia akan mendatangkan hasil kepada anda.Jikalau ianya mungkin tidak dalam bentuk wang ringgit sekalipun,mungkin ianya dalam bentuk masa contohnya seperti dapat memendekkan tempoh pembelajaran anda.

Saya petik kata-kata Azizi Ali ini sebagai panduan bersama:
“Jika anda takut melabur untuk ilmu,maka anda tidak akan berubah.”

Kecewa dengan kegagalan yang dihadapi
Anda kecewa dengan kegagalan yang anda hadapi?.Ingat,kegagalan yang anda lalui itu sebenarnya adalah jalan atau pembuka ruang untuk kejayaan yang bakal anda kecapi kelak.Melalui kegagalan tersebutlah anda akan dapat mematangkan diri serta menimba pengalaman dan dapat membuat keputusan yang bijak dalam menuju perjalanan ke arah kejayaan tersebut.

Gagal sekali,2 kali,beratus kali malah beribu kali sebenarnya bukan bermakna anda akan terus gagal.Pasti anda sudah biasa membaca atau mendengar kisah Thomas Alva Edison dan Alexander Graham Bell tentang kisah kegagalan demi kegagalan yang mereka alami dan juga kutukan dan ejekan yang dilemparkan terhadap mereka sebelum mereka berjaya mengubah sejarah teknologi hari ini.Jika anda tidak tahu siapakah mereka rajin-rajinlah search ye..:D

Untuk mereka yang sering mengalami kegagalan serta mudah putus asa dan juga kepada mereka yang terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya,cuba bandingkan diri anda dengan insan yang bernama Nick Vujicic ini:

Pertama kali menonton video ini,saya sebak dan begitu terkesan sekali dengan motivasi yang diberikannya.Malah jika saya mengalami kegagalan atau hilang semangat dan motivasi,saya akan mainkan video ini berulang kali serta menghayati dengan sepenuh hati kata-katanya.Video ini memang luar biasa bagi diri saya kerana ia pasti akan membangkitkan semula naluri seorang juara dalam diri saya.Anda juga boleh download video Nick Vujicic ini sebagai pembakar semangat dan motivasi diri:
Video: Nick Vujicic – Are You Going to Finish Strong

Jika anda mahu mendengar lebih banyak video motivasi daripada Nick Vujicic,anda boleh pergi ke laman web youtube dan taipkan namanya di ruangan carian.Untuk makluman,gambar di awal artikel ini ialah gambar Nick ketika kecil.Sekian dan salam kejayaan untuk semua.