Cabaran 10K Sebulan.Bagaimana merealisasikannya?
Posted by HairiAug 29
Entah kenapa minggu ni menjadi minggu yang paling sukar buat saya.Saya gagal untuk fokus terhadap kerja dan tidak boleh menghadap komputer terlalu lama.Tak sampai setengah jam menghadap komputer kepala sudah rasa pening.
Maka,minggu ini masa saya lebih banyak dihabiskan di luar dengan pergi ke kedai buku seperti MPH untuk melapangkan fikiran dengan membaca dan membeli buku-buku yang bermanfaat.Saya tertarik dengan buku hasil tulisan Amar Mahmood berkenaan kuasa minda.Sebelum ini pun saya pernah membuat review berkenaan evolusi minda,tapi tak berkesempatan untuk menghadiri seminar tersebut.
Sedikit petikan daripada buku beliau,Rahsia Minda Jutawan:
Minda adalah ciptaan yang besar dalam kejadian manusia.Tanpa minda,manusia itu hanya setaraf haiwan tanpa dapat memilih kehidupannya sendiri
Minda manusia adalah kejadian Tuhan yang hebat.Semenjak dahulu lagi,ramai pakar psikologi sentiasa mencari rahsia-rahsia yang terdapat dalam minda manusia.Mereka tahu apabila manusia dapat menggunakan otak dan minda secara optimum,manusia menjadi hebat.
Mengikut kajian ahli neurologi,manusia secara puratanya hanya menggunakan 10 peratus sahaja daripada otak mereka.Jadi cuba anda bayangkan,apabila anda menggunakan dan memanipulasikan otak dengan lebih baik,sudah tentu anda dapat memperbaiki kehidupan dengan lebih mudah.
Dalam memulakan langkah memburu kejayaan ataupun kekayaan,pembentukan minda yang betul adalah langkah yang penting.Kegagalan membentuk mindset yang betul menyebabkan banyak usaha anda menemui kegagalan ataupun terputus separuh jalan.
Tahukah anda apa yang menentukan sama ada anda berjaya ataupun gagal,miskin ataupun kaya,bahagia ataupun duka?Ia sebenarnya kesan daripada pilihan yang anda sendiri buat.Anda adalah penentu nasib anda sendiri,bukannya ibu bapa,kawan-kawan ataupun masyarakat sekeliling.Orang lain tidak berhak menentukan nasib diri anda.Cuma anda sahaja yang dapat memilih sama ada ingin mencapai matlamat ataupun tidak.
Anda berhak ke atas nasib diri anda
Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah menukar minda dan pemikiran.Bebaskan dan buang segala kepercayaan minda ataupun mentaliti yang salah berkenaan kehidupan yang menjadi penghalang perjalanan bagi anda berjaya dalam kewangan,kerjaya,pendidikan dan sebagainya.
Ubah pemikiran dan cara berfikir.Ia bakal mengubah sikap serta cara anda bertindak dalam setiap aspek kehidupan.
Imaginasi itu lebih penting daripada pengetahuan.Pengetahuan itu ada batasan tetapi imaginasi tidak terbatas di dunia
-Einstein
Apabila otak tidak digunakan bagi memikirkan hal yang positif,otak automatik bekerja memikirkan hal yang negatif.Kerana otak tidak pernah berhenti berfikir.
-Hendra Setiawan
Budaya kita menggalakkan kita mempelajari suatu profesion supaya kita dapat bekerja untuk wang,tetapi ia gagal mengajar kita menjadikan wang bekerja untuk kita.
-Robert Kiyosaki
Manusia dapat mengubah kehidupannya dengan cara mengubah caranya berfikir
-Dr. William James
Apakah kaitan artikel dengan tajuk kali ini?Owhh..sebenarnya saya cuba menggunakan kuasa minda untuk membuang pemikiran negatif yang terdapat dalam diri yang membisikkan bahawa masalah sakit kepala yang saya hadapi ini tidak mengizinkan saya untuk menaip dan menyiapkan artikel ini pada hari ini.Ya..akhirnya saya berjaya mengatasinya..
.Terima kasih kuasa minda…
Cabaran 10K Sebulan.Bagaimana merealisasikannya?Cubalah gunakan kuasa minda kita untuk memikirkan dan mencapainya…









cabaran 1ok sebulan ye???hmm.maybe boleh mintak tunjuk ajar daripada labanon.hehehe
Fokus salah satu faktor penting.
no comment
Kosongkan pemikiran pada yg lain. Target dan fokus sesuatu itu ditengah tengah satu pusat hala tuju dalam keadaan tenang
hmm..sy nak kata blum buat internet biz. tp niat tu ada. sudah lama memendam rasa nak try. tp dok dang. mcm kata 10k sebulan kire hebat la tu. tp hati belum terbuka lagi. mudah2an ramadhan akan membuka ruang nak cube dgn penuh semangat.
semua tu bergantung pada individu.