Kepada yang masih belum tahu kaedah bagaimana untuk memasukkan kod adsense ke dalam blog,sila ikuti tutorial di bawah.Sebenarnya kaedah yang saya tunjukkan ini bukan terhad semata-mata untuk adsense sahaja,tetapi boleh digunakan juga untuk apa-apa kod html yang anda ingin masukkan ke dalam blog anda.

Sebelum memasukkan kod adsense tersebut,pastikan size kod adsense yang anda create adalah bersesuaian dengan tempat yang anda ingin letakkan sama ada kecil atau besar mahupun menegak atau melintang.

Interface untuk tutorial ini adalah menggunakan interface wordpress 2.7

Kaedah satu: Memasukkan kod adsense melalui widget
Kaedah ini adalah yang paling mudah,walaubagaimanapun ia terhad untuk sidebar sahaja.

Langkah 1 – Pergi pada menu appearance dan kemudian klik ‘Widgets’

Langkah 2 – Pilih Text,dan tekan button add

Langkah 3 – Pilih Sidebar mana yang anda ingin letakkan kod adsense anda tersebut.Sama ada disebelah kiri atau kanan

Langkah 4 – Klik Edit,masukkan kod adsense anda pada ruangan kotak yang disediakan.Kemudian tekan button Done dan akhir sekali,klik button Save Changes

Tunggu lebih kurang 10 minit atau lebih sebelum kod adsense tersebut dipaparkan di dalam blog anda.

Kaedah Dua : Memasukkan kod adsense melalui theme editor
Untuk yang baru mungkin kaedah ini agak rumit sedikit,tetapi ia memberikan kita pilihan untuk meletakkan kod adsense di tempat yang kita inginkan.Untuk kaedah ini,saya nasihatkan anda supaya save dahulu kod file yang anda hendak edit ke dalam notepad untuk mengelakkan masalah pada blog anda.

Langkah 1 – Pergi pada menu appearance dan kemudian klik ‘Editor’

Langkah 2 – Pilih file/bahagian yang hendak di edit.

Langkah 3- Masukkan kod adsense anda pada kedudukan yang anda mahukan.Melalui kaedah ini anda perlu lakukan try and error untuk memastikan kod adsense anda tersebut sesuai dengan theme yang anda pilih.Oleh itu sebelum anda lakukan editing pastikan anda save dahulu kod asal ke dalam notepad sebagai backup.

Sebagai contoh,saya ingin meletakkan kod adsense pada bahagian main index template(file : index.php).Setelah mengenal pasti kedudukan yang saya ingin letakkan,saya bercadang untuk meletakkan kod adsense tersebut pada kedudukan di bawah header dan juga di atas content blog(rujuk gambar di bawah)

Setelah selesai.Klik button update di bawah sekali.Jika button ini tiada,anda hendaklah login ke control panel atau ftp anda dan cari file tersebut(contoh di sini file tersebut ialah index.php) dan kemudian tukarkan chmod daripada 644 kepada 777 pada file attribute.

Kemudian refresh semula pada page yang diedit tadi untuk memastikan button update file muncul.Setelah selesai proses ini,anda boleh tukarkan semula chmod kepada 644 untuk tujuan security pada blog anda.Jika kedudukan kod adsense tersebut tidak sesuai,anda hendaklah melakukan try and error sehingga anda puas hati dengan kedudukan kod adsense tersebut di blog anda.

Tunggu lebih kurang 10 minit atau lebih sebelum kod adsense tersebut dipaparkan di dalam blog anda.

Selamat mencuba….