Archive for the ‘ Aktiviti ’ Category

Bandwidth Limit Exceed – inilah yang terjadi bila saya buka laman web ini siang tadi.Kemudian,apabila saya buka email,ramai yang memaklumkan perkara ini kepada saya.Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua kerana memaklumkan perkara ini.Terus saya hubungi penyedia hosting untuk proses upgrade bandwidth dan mereka lakukannya dengan pantas.Nampaknya ramai yang mempromosi dan mendownload pakej percuma yang saya tawarkan kepada umum sejak 2 hari yang lepas yang menjadi punca kepada kehabisan bandwidth ini.

Dengan hanya mempromosikan link affiliate PPL anda,dan setiap download yang diterima melalui link anda akan dibayar sebanyak RM 1.00,tetapi perlu diingat bahawa anda perlu mencapai minimum referral iaitu 50 leads untuk melayakkan anda menerima pembayaran.Jadi cepat-cepatlah lakukan promosi untuk mencapai had minimum untuk mendapatkan pembayaran kerana saya akan tutup pada bila-bila masa sekiranya bajet yang saya tetapkan telah dicapai.Buat masa ini saya bercadang untuk membukanya selama seminggu dan mungkin akan lebih lama sekiranya tidak melebihi bajet yang ditetapkan dalam tempoh ini,atau mungkin juga akan tamat lebih awal.

Read the rest of this entry »

Semasa gathering WC tempoh hari,tanpa diduga,saya telah berjumpa kembali dengan rakan lama sewaktu di sekolah menengah dulu.Katanya dia baru saja nak bermula.Kalau yang pergi gathering hari tu,mesti ingat kot pada jejaka macho yang memperkenalkan diri sebagai Master Yus dan mendakwa dirinya newbie sewaktu bertanya soalan pertama kepada ahli panel selepas Osman Affan memberi peluang kepada peserta bertanyakan soalan.

Semalam Master Yus telah call saya,dan minta tolong kepada saya untuk carikan sesiapa yang mahir dalam pembangunan web berdasarkan hartanah untuk mengubah suai website beliau menjadi awek cun lebih cantik dan lebih user friendly.Website Master Yus ialah http://hartanahlelong.com ,dan kalau boleh dia nakkan website ala-ala http://www.hartanah2u.com ni.Jadi kepada sesiapa yang boleh buat website begini dengan harga berpatutan silalah hubungi Master Yus ni k.

Read the rest of this entry »

Kepada semua para pengiklan bersama kami di Berita Harian Online dan Malaysiakini,pengiklanan akan dilakukan dalam minggu ni juga.Don’t worry k.Untuk iklan di Malaysiakini akan diaktifkan pada hari rabu nanti,manakala iklan berita harian agak leceh sikit,sebab tak boleh nak bank in secara online dan kena faks maklumat pembayaran dan kena tunggu 2 hari.Harap-harap hari khamis atau jumaat,iklan di berita harian akan setel.

Seperti yang dijanjikan,saya update lagi beberapa gambar sempena gathering Wangcyber semalam..skali lagi thanks pada photographer yang rajin berkejar ke sana ke mari semalam,catzer.Thanks juga pada shuth sebab bagi cenderahati berupa t-shirt,beg dan sticker Wangcyber semalam.Best2..boleh buat kenang-kenangan.

Read the rest of this entry »

Gathering WC yang meriah

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Albany Isle of Man Airport
Find Deals Find Deals

Meriah!!! Havoc!!!!

Itulah yang dapat digambarkan pada majlis perjumpaan pertama ahli forum wangcyber.com siang tadi.Memang syok dapat jumpa rakan-rakan cyber yang hanya dikenali melalui forum sebelum ini.Memang karakter di alam cyber dengan dunia realiti sangat berbeza.Apepun,kepada warga WC semua,anda semua memang cool’.Tahniah kepada shuth,selaku founder WC kerana dapat menganjurkan majlis perjumpaan ini dengan jayanya.

Sesi forum yang dikendalikan oleh Osman Affan dan dengan ahli panel yang terdiri daripada Sabri Saifulsham,Gobala Krishnan dan Yusry memang padat dengan informasi dan motivasi.Ceramah yang disampaikan oleh Dr.Irfan pula memang menarik dan bernas.Beliau memberikan tips dan strategi bagaimana untuk menjadi jutawan dengan idea yang cukup realistik.

*kudos pada catzer selaku photographer
Lebih banyak gambar sekitar majlis perjumpaan ini akan diupload pada post akan datang…

“Winner Never Quits”

WC Gathering

Semalam saya telah melakukan pembayaran untuk mengesahkan kehadiran saya ke majlis gathering forum Wangcyber.com yang pertama.Gathering ini akan berlangsung esok(Ahad) bermula dari pukul 2 petang hingga ke pukul 6 petang.

Ramai juga otai-otai internet akan turun termasuklah Dr. Irfan Khairi sendiri yang diundang sebagai tetamu istimewa dan akan turut memberi ceramah kepada peserta yang hadir.Yang paling jauh pula yang saya tau,ialah saudara Zamri Nanyan dari Pulau Pinang.Begitulah hebatnya aura forum yang menghimpunkan komuniti usahawan internet Malaysia ini.

Maklumat Berkenaan Gathering: http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc-gathering

Harap-harap,dapatlah saya menimba ilmu tentang perniagaan internet daripada mereka semua serta meluaskan networking.Mana tau ada projek baik nanti.. :D