Pada saya,untuk menjadikan sesebuah ebook itu dapat dihasilkan dengan baik ialah dengan menulisnya melalui pengalaman sendiri ataupun dengan mempunyai pengalaman yang luas tentang apa yang ditulis.Kebanyakkan ebook yang mencatat jualan yang memberangsangkan adalah ebook-ebook yang dihasilkan daripada pengalaman penulis ebook itu sendiri.
Ini kerana,selain daripada mudah untuk dihasilkan oleh si penulis,ebook tersebut juga akan menjadi dekat dengan pembacanya umpama melakukan pengajaran secara terus.Jika si penulis ebook mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan,cara penyampaian pastinya akan menjadi lebih menarik dan mudah untuk difahami sekiranya ia tidak terlalu teknikal.
Jika kita lihat di pasaran antarabangsa,skop dan niche ebook yang dipasarkan adalah sangat meluas berbanding di Malaysia yang masih dikuasai oleh ebook yang berteraskan niche cari duit.Sebagai contoh,niche berkenaan bagaimana untuk menguruskan badan telah menjadi satu industri yang cukup besar dengan pelbagai pecahan daripada niche tersebut kerana sambutan yang cukup luar biasa daripada orang ramai yang obses untuk memiliki tubuh yang cantik dan menawan.








