Archive for the ‘ Ebook ’ Category


Kenapa?Tak percaya boleh dapat rm 30,000 setahun dengan hanya menjual ebook?bukan ebook berharga rm 100 atau rm 50,tapi hanya dengan menjual sebuah ebook berharga rm 20.Ebook tersebut bukanlah berkenaan rahsia cari duit,tapi berkenaan bagaimana untuk merancang kewangan dengan baik untuk medirikan rumah tangga.

Dan kini setelah empat tahun,ebook tersebut telah pun mencapai jualan melebihi 6000 unit ataupun lebih kurang rm 120,000.Erm..dahsyatkan.Itulah kehebatan ebook hasil tulisan Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai shuth dalam dunia online yang berjudul ‘Maskahwin Yang Hilang’

Read the rest of this entry »

Pada saya,untuk menjadikan sesebuah ebook itu dapat dihasilkan dengan baik ialah dengan menulisnya melalui pengalaman sendiri ataupun dengan mempunyai pengalaman yang luas tentang apa yang ditulis.Kebanyakkan ebook yang mencatat jualan yang memberangsangkan adalah ebook-ebook yang dihasilkan daripada pengalaman penulis ebook itu sendiri.

Ini kerana,selain daripada mudah untuk dihasilkan oleh si penulis,ebook tersebut juga akan menjadi dekat dengan pembacanya umpama melakukan pengajaran secara terus.Jika si penulis ebook mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan,cara penyampaian pastinya akan menjadi lebih menarik dan mudah untuk difahami sekiranya ia tidak terlalu teknikal.

Jika kita lihat di pasaran antarabangsa,skop dan niche ebook yang dipasarkan adalah sangat meluas berbanding di Malaysia yang masih dikuasai oleh ebook yang berteraskan niche cari duit.Sebagai contoh,niche berkenaan bagaimana untuk menguruskan badan telah menjadi satu industri yang cukup besar dengan pelbagai pecahan daripada niche tersebut kerana sambutan yang cukup luar biasa daripada orang ramai yang obses untuk memiliki tubuh yang cantik dan menawan.

Read the rest of this entry »

Ebook Panduan VCC

Salah satu kaedah paling mudah untuk melakukan verifikasi ke atas akaun paypal dan ebay adalah dengan menggunakan Virtual Credit Card(VCC).VCC adalah kad kredit maya yang hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk sesuatu proses atau transaksi online seperti pengesahan paypal dan juga pengesahan akaun ebay.Dalam bahasa mudahnya bolehlah ia dinamakan sebagai kad kredit maya lampin pakai buang dan adalah selamat untuk transaksi online berbanding kad kredit yang sebenar.

Jika sebelum ini,ramai yang bermasalah untuk mendapatkan kad kredit dan juga kad debit,menggunakan VCC adalah alternatif yang terpantas untuk mengesahkan akaun paypal,malah kadang-kadang prosesnya hanya mengambil masa kurang daripada 24 jam.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan VCC ini terhadap urusan online selain daripada mengesahkan akaun paypal dan ebay dan antaranya ialah boleh digunakan untuk mendaftar akaun Facebook Ads dan akaun pengiklanan di Google Adwords,malah ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan sekiranya anda serius kerana dewasa ini,permintaan terhadap VCC semakin hari kian menggalakkan lantaran ramai yang sudah mula melihat kepentingan paypal sebagai medium pembayaran dan penerimaan wang di peringkat global.Jadi,sekiranya anda berminat untuk mendapatkan panduan berkenaan VCC,sila dapatkannya sekarang…


PANDUAN VCC