Pada hari rabu lepas(7 Januari),saya telah pergi ke bank al rajhi untuk mendapatkan kad debit daripada bank tersebut.Sebelum ini saya telah memiliki kad debit mastercard ambank dan juga kad debit mastercard public bank.

Sebenarnya tujuan saya mendapatkan kad debit daripada al rajhi adalah kerana saya tidak tahu yang kad debit public bank mempunyai 2 jenis iaitu visa dan master card.Selepas saya mendapat kad debit public bank yang saya pohon sebelum ini baru saya perasan ia adalah mastercard.Kekurangan kad debit mastercard ini ialah ianya hanya boleh verify akaun paypal(mengesahkan akaun paypal) tetapi tidak boleh mengeluarkan wang dari dalam akaun paypal.

Hanya kad debit visa sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang terdapat di dalam akaun paypal ke dalam akaun kad debit anda.Setakat ini hanya 3 kad debit visa ini sahaja yang saya jumpa boleh mengeluarkan wang di dalam akaun paypal,iaitu:
1. Kad Debit Visa Public Bank
2. Kad Debit Visa Al Rajhi Bank
3. Kad Debit Visa Tune Money

Read the rest of this entry »