Pada minggu lepas saya telah menutup program PPL kedua yang dianjurkan aspirasicyber.com,iaitu Program PPL – MRR Percuma.Program ini hanya saya jalankan dalam seminggu sahaja kerana bajet yang saya tetapkan iaitu lebih kurang rm 1000 telah dicapai.
Berbeza dengan kempen yang pertama,program PPL kali ini saya menawarkan rm 1.00 untuk setiap lead hasil promosi agen affiliate.Memang ini kempen paling mahal untuk pasaran tempatan setakat ini kerana sebelum ini,kebanyakkan kempen PPL tempatan biasanya menawarkan rm 0.25 untuk setiap lead.
Untuk kempen kali ini juga saya mengira secara manual untuk setiap lead yang dibawa seperti cara pengiraan yang dilakukan oleh din beramboi dalam program affiliate ppl beliau.Din beramboi juga nampaknya telah menjadi top affiliate untuk kempen kali ini.Melalui pengiraan ini saya akan menyemak ip yang berulang daripada lead yang dibawa,dan untuk setiap ip yang berulang akan ditolak daripada jumlah keseluruhan komisyen.Bagaimanapun proses pengiraan ini hanya untuk tarikh 17–23 november 2008 sahaja.








