Cerita Saya(My Story) Lim Goh Tong – Membaca buku autobiografi daripada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong ini memang sungguh memberi inspirasi kepada diri saya.Memang ramai yang kagum dengan kehebatan beliau sebagai pengasas Genting Highland,yang pada asalnya hanyalah kawasan hutan tebal di sempadan pergunungan Selangor dan Pahang,tetapi kini gah sebagai pusat pelancongan yang terhebat di Asia.Sejarah Lim Goh Tong sebagai pengasas Genting Highland memang cukup hebat dan kisah autobiografi ini memang patut dibaca oleh sesiapa yang berjiwa usahawan dan juga kepada sesiapa yang bercita-cita ingin menjadi jutawan.
Selain kisah Lim Goh Tong,sebelum ini saya juga pernah membaca kisah Tengku Farith Rithauddeen.Kisahnya juga berkaitan dunia korporat,cuma ia lebih fokus kepada dunia IT.Jikalau anda ingin tahu tentang kisah Tengku Farith ini,anda boleh bacanya di sini: http://skalilagi.net/index.php?ch=download
Di saat saya memerlukan motivasi untuk meningkatkan produktivi kerja sebagai usahawan internet atau di kala dilanda kemurungan(down),memang saya akan singgah di blog-blog motivasi seperti http://www.imotivasi.com atau blog yang memaparkan kisah kejayaan selain membaca buku-buku yang memberikan inspirasi kepada diri saya.Selain itu,saya juga akan mendengar lagu-lagu yang memberi semangat dan motivasi kepada diri saya seperti lagu Gemilang nyanyian Jaclyn Victor.
Entah kenapa minggu ni menjadi minggu yang paling sukar buat saya.Saya gagal untuk fokus terhadap kerja dan tidak boleh menghadap komputer terlalu lama.Tak sampai setengah jam menghadap komputer kepala sudah rasa pening.
Maka,minggu ini masa saya lebih banyak dihabiskan di luar dengan pergi ke kedai buku seperti MPH untuk melapangkan fikiran dengan membaca dan membeli buku-buku yang bermanfaat.Saya tertarik dengan buku hasil tulisan Amar Mahmood berkenaan kuasa minda.Sebelum ini pun saya pernah membuat review berkenaan evolusi minda,tapi tak berkesempatan untuk menghadiri seminar tersebut.
Jika minda anda mengatakan anda boleh terbang..adakah anda mampu melakukannya?
Oh…don’t try this at home…
Baiklah..Sejauh manakah kepercayaan anda terhadap kawalan minda untuk melakukan sesuatu yang dirasakan agak sukar atau mustahil tetapi pada secara realistiknya ia mampu dilaksanakan.Saya beri satu contoh yang saya ambil daripada sebuah forum berkenaan seorang pemuda yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan internet mahu menghasilkan RM 60,000 untuk melangsaikan pinjaman pelajaran beliau dalam tempoh sebulan kerana jika tidak,beliau akan dikenakan interest yang cukup tinggi.
Lantas pelbagai pendapat diberi dan diutarakan oleh ahli forum tersebut dan beliau telah mengambil tindakan yang positif untuk melaksanakan misi tersebut.Saya tidak pasti sama ada beliau berjaya atau tidak dalam misi tersebut tetapi apa yang saya dapat lihat beliau berjaya mempelajari dan memahami selok belok berkenaan pernigaan internet dalam masa yang cukup singkat.Di sini menunjukkan bagaimana kuatnya pengaruh evolusi minda dalam mempengaruhi sesuatu perkara terutamanya apabila sedang berada dalam keadaan yang terdesak.
Kita sudah memasuki pertengahan bulan julai sekarang.Ini bermakna sudah lebih separuh daripada perjalanan tahun 2008 ini kita lalui.Jadi bagaimana dengan matlamat yang anda tetapkan pada awal 2008 untuk perniagaan internet anda kerana separuh perjalanan sudah ditempuhi dan saya pasti anda dapat menilai sendiri sejauh mana matlamat yang anda tetapkan itu sama ada tidak,mungkin,hampir atau pasti tercapai ketika ini.
Bagi saya sendiri,ada matlamat yang telah saya capai dan ada juga yang masih samar.Namun begitu,separuh perjalanan masih ada,dan jika matlamat itu masih jauh daripada sasaran,nampaknya kita kena berusaha 200% daripada sekarang.