Sudah lama blog ini terbiar tanpa post terbaru dek kerana sambutan hari raya.Kemudian sekembalinya daripada percutian,kerja-kerja yang tertangguh serta beberapa projek yang perlu diselesaikan mengambil giliran untuk disiapkan,maka tertangguhlah seketika blog ini tanpa sebarang post yang terkini.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan sebuah laman sosial network yang baru ditubuhkan oleh sis catzer(bukan nama sebenar & bukan juga seekor kucing peliharaan) kepada umum.Kalau sebut laman web seperti friendster dan myspace mesti anda tahu kan.Konsep komuniti ini lebih kurang begitu,cuma niche atau pengkhususannya ialah kepada para IM seluruh Malaysia.

Komuniti ini baru saja ditubuhkan oleh saudari catzer(sorry lupa nama sebenar) pada minggu lepas.Walaupun baru saja ditubuhkan,tetapi sudah ramai yang menyertainya,termasuk otai-otai internet di seluruh Malaysia.Jadi,memang rugilah kalau anda tak sertai mereka.

Read the rest of this entry »