ASPIRASI CYBER.COM » Paypal

Mengeluarkan wang di dalam akaun paypal melalui kad debit Al Rajhi Bank
Pada hari rabu lepas(7 Januari),saya telah pergi ke bank al rajhi untuk mendapatkan kad debit daripada bank tersebut.Sebelum ini saya telah memiliki kad debit mastercard ambank dan juga kad debit mastercard public bank.

Sebenarnya tujuan saya mendapatkan kad debit daripada al rajhi adalah kerana saya tidak tahu yang kad debit public bank mempunyai 2 jenis iaitu visa dan master card.Selepas saya mendapat kad debit public bank yang saya pohon sebelum ini baru saya perasan ia adalah mastercard.Kekurangan kad debit mastercard ini ialah ianya hanya boleh verify akaun paypal(mengesahkan akaun paypal) tetapi tidak boleh mengeluarkan wang dari dalam akaun paypal.

Hanya kad debit visa sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang terdapat di dalam akaun paypal ke dalam akaun kad debit anda.Setakat ini hanya 3 kad debit visa ini sahaja yang saya jumpa boleh mengeluarkan wang di dalam akaun paypal,iaitu:

1. Kad Debit Visa Public Bank

2. Kad Debit Visa Al Rajhi Bank

3. Kad Debit Visa Tune Money

Urusan untuk mendapatkan kad debit al rajhi agak mudah pada hari tersebut kerana tidak ramai pelanggan yang berurusan di bank ini walaupun cawangan yang saya pergi tersebut berhampiran klcc.Mungkin kerana bank ini masih baru di negara kita.Walaubagaimanapun,langkah pro aktif yang mereka ambil dengan memperkenalkan kad debit visa ini untuk kemudahan internet adalah satu langkah yang sangat bijak untuk menarik lebih ramai pelanggan membuka akaun di bank mereka.Selain itu,kakitangan mereka juga sangat ramah dan cun melecun murah dengan senyuman.

Berbeza dengan dengan kad debit ambank dan public bank yang saya pohon sebelum ini yang tidak memerlukan untuk membuka akaun bank,untuk mendapatkan kad debit al rajhi nampaknya saya kena membuka akaun dengan jumlah RM 20 sahaja.Bagaimanapun saya kira ini sangat bagus kerana mereka terus daftarkan perkhidmatan online banking selain kad tersebut terus boleh digunakan selepas selesai urusan pendaftaran dan pengesahan kad di mesin ATM.

Selepas sampai di rumah,saya terus daftarkan kad debit ini ke akaun paypal saya dan juga terus cuba untuk melakukan pengeluaran dari akaun paypal saya.Alhamdulillah,hari ini wang tersebut telah masuk ke akaun al rajhi saya.Agak pantas juga,cuma lebih kurang 4 hari waktu bekerja sahaja.Semalam saya juga lakukan satu transaksi pengeluaran lagi,dan saya jangkakan hari jumaat ini,wang tersebut akan masuk ke akaun al rajhi saya.Untuk setiap pengeluaran,paypal akan caj $5.00 sebagai fee mereka.

Berikut adalah kaedah untuk mengintegrasikan akaun paypal dengan kad debit serta kaedah untuk mengeluarkan wang di dalam akaun paypal ke dalam kad debit tersebut:

-Pergi ke menu Profile dan klik Add/Edit Credit Card

-Klik button Add a Card dan masukkan butiran yang diminta seperti nama,nombor & tarikh luput kad.Kemudian setkan kad tersebut sebagai primary dan akan dipaparkan pada ruang maklumat kad tersebut “Accepts Paypal withdrawal”

-Untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal tersebut,klik withdraw dan pilih withdraw funds to your card.

-Masukkan jumlah yang anda ingin keluarkan dan hantar permohonan anda.Selesai.