Archive for the ‘ Pemasaran Email ’ Category

Entri kali ini saya tulis untuk mengakhiri persoalan yang ditanyakan sebelum ini iaitu:

- Bagaimana nak promosi produk Resale Rights?

Mungkin selama ini ramai yang beli produk Resale Rights,tetapi masalahnya tak tahu bagaimana nak jual semula produk yang dah dibeli tersebut.Sebenarnya menjual produk Resale Rights adalah cara buat keuntungan yang paling mudah diinternet kerana:

- Tidak perlu fikir pasal produk
- Menjimatkan masa
- Harga berpatutan
- Untung berlipat kali ganda

Kalau dapat satu atau dua jualan pun dah pulang modal kebiasaannya.Baiklah saya ingin tegaskan di sini,senjata pemasaran paling efektif dalam dunia pemasaran internet tak lain,tak bukan:

–> Pemasaran Email(Email Marketing)

Jadi,kalau anda tidak ada mailing list sekurang-kurangnya 500 sebagai permulaan, memang agak sukar juga untuk melakukan jualan,tidak kiralah apa jua produk yang anda ingin jual di internet.Maka anda wajib mula mengumpul mailing list sekarang juga.Cara paling pantas untuk mengumpul mailing list adalah melalui program PPL.

Kalau anda malas nak fikir produk percuma apa yang nak diberikan kepada prospek anda, saya ada 2 produk hot yang anda boleh berikan percuma untuk menjayakan program PPL anda:

–>http://ceo-cyber.com/plr1

atau

–> http://ceo-cyber.com/plr2

Namun,laporan yang paling baik untuk diberikan kepada bakal prospek anda ialah berkenaan produk Resale Rights.Ini adalah targeted list yang tepat untuk menjual produk-produk Resale Rights ini.

Medium pemasaran yang seterusnya ialah forum.Forum yang bersesuaian dengan produk jual semula tersebut.Jika produk tersebut adalah ebook,forum perniagaan internet seperti wangcyber.com adalah forum yang sesuai.

Selain itu,sudah pastilah pemasaran di web rangkaian sosial paling popular iaitu Facebook.Jika anda dapat buat satu fan page berkenaan produk Resale Rights dan kumpulkan seberapa ramai orang untuk sertainya,pasti mudah untuk mendapat jualan.Nak tau panduan facebook fan page?

–> http://www.kuasafanpage.com/index.php?ref=kfp

Rasanya 3 perkara ini sudah kerapkali saya ulang dalam melakukan pemasaran internet, tapi oleh kerana ini soalan yang banyak
ditanyakan,saya ulangi lagi melalui entri kali ini,dan bagi yang sudah tahu,anggaplah sebagai ulang kaji dan sejauh mana anda sudah kuasai pemasaran-pemasaran ini.

Jika anda terlepas artikel-artikel saya berkenaan produk Resale Rights,boleh rujuk semula di sini:

Jana Keuntungan Dengan Produk Jual Semula Bahagian 1
http://aspirasicyber.com/jana-keuntungan-dengan-produk-jual-semula

Jana Keuntungan Dengan Produk Jual Semula Bahagian 2
http://aspirasicyber.com/jana-keuntungan-dengan-produk-jual-semula-bahagian-2

Tips untuk mula mengumpul senarai email
http://aspirasicyber.com/tips-untuk-mula-mengumpul-senarai-email

Sekiranya anda ada apa-apa persoalan berkenaan produk Resale Rights lagi,saya sedia membantu anda..

Sekian untuk kali ini.

ebookndvd
Fuhh..agak lama saya tidak update blog ini.Kali ini saya akan bercerita tentang sistem autoresponder memandangkan ramai yang bertanya mengenainya.Salah satu tujuan penting anda memiliki sistem autoresponder bagi aktiviti pemasaranemail anda adalah kerana anda dengan mudah
dapat buat duit menerusinya.

Bagaimana kerja “Buat Duit” ini dapat dijalankan menerusi sistem autoresponder?
http://ceo-cyber.com/autoresponder

Pertama sekali, sistem autoresponder berfungsi menyimpan data pelanggan dan prospek anda seperti nama dan alamat email mereka ke dalam database kempen pemasaran yang anda bina.

Dengan adanya data – data ini, anda boleh menghubungi pelanggan–pelanggan anda pada bila – bila masa sahaja.

Sebagai contoh, katakan anda memiliki 3000 senarai pelanggan di dalam database kempen pemasaran anda.Seterusnya katakan anda ingin mempromosikan produk A yang mempunyai keuntungan sebanyak RM30 setiap 1 jualan.

Anda pun menyiapkan 1 email promosi tentang produk A tersebut dan terus menghantar email yang disiapkan kepada 3000 pelanggan anda
menerusi sistem autoresponder yang anda gunakan.

Katakan 30% daripada 3000 pelanggan anda tersebut membuka email yang dikirimkan. Ertinya 900 orang melihat tawaran yang anda
berikan.

Seterusnya katakan 30% daripada 900 orang yang telah melihat tawaran tersebut mengambil keputusan untuk membuat pembelian produk A.Ertinya 270 orang telah melakukan pembelian
produk A yang anda promosikan.

Hasilnya, anda akan membuat keuntungan sebanyak = 270 orang x RM30 = RM8100 hanya daripada 1 email pemasaran sahaja! Ini belum
lagi jika anda melakukan follow up demi follow up. Jika anda melakukan follow up, maka potensi untuk anda meraih lebih keuntungan adalah tinggi.

Ringkasnya, untuk menjana pendapatan menerusi sistem autoresponder adalah mudah sahaja iaitu anda perlulah memiliki senarai data prospek atau pelanggan yang berkualiti yang mampu mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli produk yang anda promosikan. Untuk memiliki data – data ini, kempen pemasaran terhadap pasaran yang betul haruslah dibina.

Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan sistem autoresponder dan cara – cara bagaimana untuk mengaplikasikan sistem autoresponder ke laman web anda, layari ke:
http://ceo-cyber.com/autoresponder

email mktg at sign
Saya menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana cara untuk mula membina dan mengumpul senarai email.Untuk itu saya akan terangkan perkara asas yang perlu anda lakukan untuk mula mengumpul senarai email.

1.Beli Domain Dan Web Hosting
————————
Perkara pertama yang anda perlu ada ialah domain dan web hosting.Kos domain dan webhosting yang asas adalah antara RM 50 hingga RM 100 sahaja.Ada banyak pilihan hosting di luar sana yang anda boleh pilih.

Antara hosting yang saya sarankan ialah Sempoihosting dan juga Datakl.Jika anda inginkan hosting bajet,anda boleh gunakan perkhidmatan daripada sempoihosting dan anda boleh dapatkan harga bermula RM 38.90 sahaja.
http://sempoihosting.com/buy-web-host-and-domain.htm

Antara banyak-banyak hosting yang pernah saya guna,setakat ini saya sangat berpuas hati dengan dengan Datakl kerana faktor ruang storan,bandwidth yang ditawarkan serta kelajuannya.Anda boleh dapatkannya dengan pakej serendah RM 105 sahaja.
http://datakl.com/hosting-plans.php

2. Siapkan produk percuma
————————-
Anda boleh tulis laporan percuma untuk diedarkan kepada umum bagi tujuan mengumpul senarai email.Laporan percuma yang ditulis tidak semestinya panjang berjela,cukup dengan hanya antara 10-20 mukasurat sebagai permulaan.

Jika anda rasa susah sangat dan tiada idea untuk menulis, cara yang paling mudah ialah kumpulkan laporan dan produk percuma yang dibenarkan untuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai,dan tawarkannya sebagai produk percuma anda untuk tujuan pengumpulan senarai email.Senang kan…

3. Langgan servis autoresponder
——————————-
Untuk mengumpul,mengurus dan berhubung dengan senarai email, sudah semestinya anda memerlukan autoresponder.Saya amat
galakkan kepada anda untuk melanggan autoresponder berbayar
supaya email yang anda kumpul kekal untuk jangka panjang.

Berikut saya senaraikan beberapa jenis autoresponder yang anda boleh bandingkan dan pilih.

–> Autoresponder berbayar yang biasa digunakan oleh IM tempatan dan luar negara kerana reliability dan accuracy yang dimiliki:
1. Aweber
http://www.aweber.com/pricing.htm
2. Getresponse (Sekarang dah mahal..huh…)
http://www.getresponse.com/pricing

–> Autoresponder berbayar kos sederhana
1. Turbo Autoresponder
http://www.turboautoresponders.com/pricing.htm
2. Asian Brain Follow Up
http://www.asianbrainfollowup.com/pricing.htm

–> Autoresponder berbayar kos murah
1. Shout Response:
http://www.shoutresponse.com/pricing.html
2. Norabots
http://norabots.com

Setelah anda melanggan autoresponder yang menjadi pilihan hati anda,bolehlah anda biasakan diri dengan sistem autoresponder tersebut.Biasanya memang ada tutorial yang diberikan melalui web autoresponder tersebut.

Untuk borang opt in,anda boleh dapatkan kod tersebut dengan setup melalui autoresponder dan pastekannya ke dalam minisite yang anda bina.

4. Bina Squeeze Page Untuk mengumpul senarai email
————————————————–
Langkah yang seterusnya adalah membina squeeze page,iaitu minisite yang akan kita letakkan borang opt in autoresponder untuk tujuan mengumpul senarai email.

Jika anda tidak tahu bagaimana untuk membina minisite anda bolehlah search sebarang panduan untuk membinanya di Google atau melalui video di youtube.Jika anda inginkan panduan lengkap dalam bahasa Melayu,boleh dapatkannya di sini:
Video Panduan Minisite

Semoga panduan diatas dapat membantu anda untuk mula mengumpul senarai email.Jika anda inginkan lebih banyak tips dan teknik tentang pemasaran email,anda bolehlah dapatkan Ebook Kuasa Pemasaran Email:
http://www.kuasaemail.com

ecover_c
http://www.kuasaemail.com

“The money is in the list”

Kita pasti biasa mendengar ungkapan seperti ini.Dalam pemasaran internet ungkapan ini merujuk kepada senarai nama email yang kita kumpul dan simpan.

Ramai yang tahu akan kepentingan membina senarai email kerana keberkesanannya memang sangat terbukti tetapi kesedaran di kalangan kita masih kurang dan kita lebih suka memilih cara pemasaran yang susah daripada menggunakan kaedah mudah seperti melalui pemasaran melalui email ini.

Read the rest of this entry »