Dalam laporan percuma rahsia trafik video marketing,ada ditunjukkan cara bagaimana untuk memasukkan link laman web/blog dalam proses mempromosi laman web/blog melalui kaedah video marketing menggunakan perisian software windows movie maker.Walaubagaimanapun,saya kira proses ini agak leceh untuk dilakukan serta mengambil masa.Kini,laman web youtube telah memudahkan kerja anda untuk melakukan proses ini.
Jika anda perasan,tambahan menu pada ruangan edit,ada terdapat menu Annotations.Dengan adanya menu Annotations ini di dalam bahagian edit video,proses promosi melalui kaedah video marketing melalui laman web youtube telah menjadi amat mudah dan sungguh menjimatkan masa.Anda hanya perlu upload video anda,kemudian edit dan pergi ke menu Annotations tersebut dan masukkan link laman web anda ke dalam video tersebut.
Read the rest of this entry »
Selepas laporan percuma rahsia trafik video marketing dilancarkan kepada umum,saya telah mendapat maklum balas yang rata-ratanya positif daripada mereka yang cun dan hensem telah memuat turunnya.Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada anda semua yang cun dan hensem.
Memang tujuan laporan ini ditulis bukan untuk suka-suka sahaja,kerana saya mengharapkan lebih daripada sekadar baca dan tinggal terhadap laporan ini walaupun ianya percuma.Ramai yang kata,laporan percuma kurang dihargai,betul ke?Kalau ya,anggapan ini mesti dikikis daripada pemikiran kita. Selain itu saya juga ada menerima pertanyaan tentang waktu yang yang sesuai untuk melakukan kaedah video marketing ini.
Mungkin ada yang beranggapan masa yang sesuai untuk melakukan video marketing adalah pada waktu puncak untuk meningkatkan jumlah view pada video.Tapi pada saya ini bukanlah faktor utama.Misalnya..waktu puncak untuk pengunjung eropah melawat laman web video sharing seperti youtube adalah pada tengah pagi antara pukul 2 hingga 6 pagi. Read the rest of this entry »