Category Archives: Tips Kerjaya

Previu Copy Exam Yang Lepas

Silakan download untuk rujukan anda :

1. Previu Copy PTD September 2014 - KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD 

2. Previu Copy PTD Januari 2016 - KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD 

3. Checklist Sebelum Peperiksaan + Tips GST - KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD 

Kepada yang masih belum baca artikel tentang format dan reviu exam online pegawai eksekutif LHDN,sila baca dibawah :

>>> http://aspirasicyber.com/rujukan-contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-eksekutif-lhdn-2017

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) akan menjalankan peperiksaan online bagi proses tapisan sebelum dipanggil ke temuduga untuk jawatan Pegawai Eksekutif LHDN yang sebelum ini antara jawatan pegawai ekskutif yang ditawarkan adalah :

1. Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41
2. Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41
3. Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
4. Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 41
5. Pegawai Eksekutif (Kejuruteraan) Gred 41
6. Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Eksekutif LHDN

TARIKH DAN JADUAL MASA PEPERIKSAAN

Peperiksaan akan dijalankan pada 20 September 2017 bermula daripada jam 8 hingga 10 malam iaitu selama 2 jam dan akan dibahagikan kepada 3 seksyen iaitu :

1. Seksyen A : Pengetahuan Am (50 Soalan / 40 minit)

2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah (40 Soalan / 45 minit)

3. Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu & Inggeris (20 Soalan / 20 minit)

SENARAI SEMAK & PERSEDIAAN SEBELUM PEPERIKSAAN

- Pastikan komputer anda (desktop/laptop) anda berfungsi dengan baik. Tidak lambat untuk loading

- Pastikan talian internet anda dalam keadaan terbaik. Untuk pengguna broadband pastikan kouta limit anda mencukupi

- Masuk ke link peperiksaan lebih awal untuk mengelakkan kesesakan. Sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal

- Terus login menggunakan maklumat yang diberikan (Username, Password, LinkExam)

- Jawab dengan tenang setiap soalan secepat yang mungkin. Tinggalkan dahulu soalan yang anda tidak tahu kerana anda boleh mengulang semak nanti

- Sediakan kalkulator dan kertas bersama anda untuk bahagian pengiraan 

SEMAKAN LINK PEPERIKSAAN

- Setiap calon diberikan akses yang berbeza

- Username adalah nombor kad pengenalan anda

- Password adalah angka giliran anda

- Link akses hanya ada pada surat panggilan anda

Untuk dapatkan semua maklumat di atas, anda harus buat semakan di :

LINK SEMAKAN >>> http://e-semakanntt.spa.gov.my

FORMAT PEPERIKSAAN DAN CONTOH SOALAN

Seksyen A : Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.

Contoh soalan Pengetahuan Am :

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

Contoh Soalan Kemahiran Logik :

Contoh Soalan Kemahiran Menginterpretasikan Data :

Contoh Soalan Konsep Matematik :

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu & Inggeris 

Ini merupakan satu seksyen baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Soalan berbentuk objektif di mana anda akan ditanya soalan berdasarkan teks yang diberi.Dalam seksyen ini, calon akan diuji tentang kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berkaitan kemahiran memindahkan maklumat, tatabahasa dan kosa kata berdasarkan soalan yang diberikan.

* Kesemua contoh soalan yang diberikan hanyalah sebagai contoh dan panduan sahaja dan bukan soalan ramalan.

FAKTOR KEGAGALAN CALON DALAM PEPERIKSAAN ONLINE

Ramai calon yang gagal dalam peperiksaan online untuk masuk ke perkhidmatan awam sebelum ini disebabkan oleh kerana tiada persediaan yang lengkap seperti tiada sumber bahan rujukan,tidak tahu format dan tidak tahu contoh soalan.

Untuk membantu dalam persediaan untuk lulus peperiksaan online ini calon perlukan :

1) Bahan rujukan yang pantas

2) Puluhan soalan rujukan persediaan calon mencakupi nota-nota dan huraian format soalan setiap Seksyen A, B dan C!

3) Tips Lulus Exam Pegawai Eksekutif LHDN Gred41!

4) Khidmat Nasihat & Tips-Tips Persediaan Secara Berterusan Hingga Sebelum Exam Bermula

Oleh itu Tim Infokerjaya sejak tahun 2009 telah membantu lebih 75,000 Graduan untuk Lulus Exam Perkhidmatan Awam dan berpengalaman dalam membantu calon peperiksaan kerajaan bermula daripada era peperiksaan bertulis sehingga yang terkini peperiksaan online dan juga menyediakan bahan rujukan temuduga.Anda boleh lihat antara rujukan dan contoh soalan yang pernah dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya dibawah :

Jika anda perlukan rujukan dan contoh soalan bagi membantu anda dalam peperiksaan ini....

* Disclaimer (Penafian) : Laman web ini tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Apa yang disediakan adalah bantuan persediaan calon untuk menduduki peperiksaan. Soalan yang disediakan bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN dan jauh sekali soalan sebenar peperiksaan. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

5 Tips Menghilangkan Perasaan Gemuruh Ketika Temuduga

Bagi siapa yang baru tamat belajar, semestinya sekarang adalah fasa anda mencari kerja. Dan tidak lama lagi akan mendapat satu panggilan untuk ke sesi temuduga.

Sesi temuduga memang suatu perkara yang membuatkan anda sedikit gemuruh. Anda perlu tahu bagaimana untuk menghilangkan perasaan gemuruh ketika temuduga.

Anda perlu tahu bagaimana untuk atasi perasaan gemuruh yang datang secara tiba-tiba ini. Selalunya mereka yang tidak mengetahui nak urus perasaan ini akan menyebabkan individu itu hilang rasa semangat dan paling teruk boleh “blank” apabila sesi temuduga berlangsung.

Gemuruh ketika sesi temuduga ini merupakan perkara yang biasa bagi setiap mereka yang melaluinya.

Kerana kita sentiasa memikirkan banyak perkara apa yang akan berlaku ketika temuduga.Terlalu “overthinking” menyebabkan perasaan gemuruh boleh menjadi-jadi.

Ini merupakan 5 Tips Menghilangkan Gemuruh  Ketika Temuduga :

1) Ketahui diri anda dengan jelas

Apa yang dimaksudkan disini adalah, sebelum anda ke sesi temuduga. Pastikan anda ketahui diri anda sebenar-benarnya.

Dari segi motif mengapa anda inginkan kerja disitu, kekuatan anda untuk memastikan anda orang yang paling sesuai pada jawatan yang dipohon dan apa pengalaman dan pengetahuan yang anda untuk menjadi asset yang besar untuk tanggungjawab yang ditawarkan.

Apabila anda jelas mengenai beberapa perkara ini, akan membuatkan anda lebih fokus dan menyerlah ketika ditemuduga.

2) Percaya diri anda sendiri

Apabila anda sudah mengkaji syarikat/industri yang sedang anda lamar itu, ketahui kunci kemahiran atau pengalaman anda yang paling baik untuk memastikan anda adalah orang yang paling sesuai untuk jawatan berkenaan.

Jika anda sudah mengetahuinya, anda boleh bersandarkan kepada kunci kemahiran dan pengalaman berkenaan untuk meyakinkan bakal majikan anda. Kesan daripada menyedari perkara ini akan membuatkan anda bertambah yakin semasa sesi temuduga.

Sekarang tiba masanya anda bertenang dan percaya kepada diri!

3) Cuba lakukan “mock-up interview”

Jika anda merasakan sesi temuduga merupakan satu situasi yang anda tidak selesa mengenainya, pastikan anda cuba lakukannya terlebih dahulu untuk membiasakan perasaan berkenaan.

Adakan sesi “mockup interview” untuk anda merasainya sendiri. Anda boleh lakukanya bersama pensyarah, teman rapat ataupun keluarga anda sendiri.

Pada sesi mockup ini secara tidak langsung anda akan dapat melihat sedikit demi sedikit dimana kelamahan anda untuk anda perbetulkannya. Ianya sangat penting demi persediaan yang rapi.

4) Memahami bahawa ia bukan situasi lulus ataupun gagal

Ya memang tujuan sesi temuduga adalah untuk mendapatkan tawaran kerja yang diberikan. Tapi ini tidak bermakna ia merupakan satu situasi untuk meletakkan anda seorang yang Berjaya atau gagal.

Pengambilan sesuatu kerja ini merupakan satu perkara yang subjektif. Anda tidak mengetahui dengan siapa yang akan anda berjumpa, bagaimana jangkaan di luar kriteria yang bakal majikan anda mahukan, dan anda tidak tahu situasi yang bakal anda hadapi yang boleh menpengaruhi kepada keputusan mereka.

Ini merupakan perkara-perkara yang diluar kawalan anda. Apa yang perlu anda fokus dan tekankan adalah “do your best!”.

Tunjukkan anda seseorang yang benar layak itu mendapat jawatan berkenaan, jika keputusannya tidak menyebelahi anda, ia bukan bermakna anda seorang yang gagal.

Mungkin skill yang anda mahir itu lebih sesuai di tempat lain ataupun sesi temuduga itu boleh menjadi sebagai satu persedian anda pada untuk next interview.

5) Membuat Perbandingan

Apabila anda berada pada sesi temuduga, pastinya akan ada beberapa individu yang lain yang akan bersaing dengan anda.

Teruskan buat hubungan dengan mereka dan jangan sesekali bertanya mengenai pengalaman kerja, pelajaran ataupun perkara yang boleh membuatkan anda “mental down”.

Yang paling penting jangan sesekali meletakkan tekanan kepada diri anda untuk membuat perbandingan di antara anda dan calon yang lain.

Ini kerana masing-masing mempunyai keistimewaan yang berbeza yang tidak boleh untuk dibuat perbandingan. Anda hanya perlu fokus kepada apa yang perlu anda sampaikan sahaja.

Jika anda sudah membuat 5 tips menghilangkan gemuruh ini tetapi masih lagi perasaan berkenaan hadir pada diri anda, ingat kembali fokus-fokus anda kepada 5 perkara yang telah anda buat sebelum ini.

Motif anda hadir ke temuduga, kekuatan yang anda, fahami balik dengan jelas ini bukan satu kelulusan ataupun kegagalan dan sebagainya.

Akhir sekali, selalu melakukan senaman tarik dan hembus nafas untuk menenangkan diri anda.

Dan sudah tiba masanya untuk anda tunjukkan kepada mereka apa yang anda ada.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menjadi Diri Sendiri Ketika Sesi Temuduga

Mat Luthfi dan YB Khairy Jamaluddin. Siapa tidak kenal dua ikon belia ini di Malaysia. Walaupun video ini diambil pada tahun 2015.  Tetapi suka saya kongsikannya semula dengan topik yang dibawa oleh Mat Luthfi ini.

Ya, di dalam sesi temuduga, ia sangat penting dalam menjadi diri anda sendiri. Apakah maksud menjadi diri sendiri? Ia jelas maksudnya adalah menjadi diri anda pada tahap sikap anda yang terbaik.

Contohnya dengan menunjukkan sikap bersopan santun dan menunjukkan minat kepada panel temuduga yang anda mahu bekerja di syarikat tersebut dengan semangat yang tinggi.

Ini 5 sebab kenapa menjadi diri anda sendiri amat penting :

1) Panel Temuduga Akan Lebih Menyukai Anda

Kemahiran dan pengalaman memang penting, tetapi mempunyai sesi temuduga dengan suasana yang harmoni dan nyaman juga antara kunci anda dapat “secure” kepada jawatan yang ditawarkan.

Memberikan salam kepada panel dengan senyuman yang ikhlas dan menunjukkan bahasa tubuh yang bersemangat akan menambahkan yakin kepada panel untuk markah pandangan pertama.

Statistik menunjukkan 30 saat pertama seseorang itu melihat anda, mereka akan terus memberikan pandangan personal mereka. Jika yang pertama itu negatif, ia petanda yang tidak baik untuk anda.

2) Tidak Menampakkan Anda Seorang Yang “Over-Prepared”

Ya, memang membuat persediaan yang rapi merupakan kunci utama kepada kejayaan pada sesi temuduga. Tetapi bila masanya anda perlu berhenti?

Apabila anda sudah memahami dengan jelas matlamat temuduga dan yakin anda boleh berkomunikasi dengan baik, berhentilah disitu.

Terlalu bersedia juga tidak bagus, seperti menghafal skrip-skrip jawapan soalan temuduga,  bercakap dengan nada profesional tetapi seperti anda melakonkannya dan lain-lain.

Perkara-perkara seperti ini amat mudah dikesan oleh panel. Mereka mempunyai kemahiran untuk mengesan sama ada anda seorang yang REAL atau FAKE.

3) Anda Akan Melalui Suasana Temuduga Dengan Lebih Baik

Jika anda dapat menjadi diri sendiri, suasana temuduga akan lebih menjadi harmoni. Kerana anda tidak berlakon atau membuat sesuatu perkara yang anda sendiri tidak selesa.

Ini dapat membantu anda dalam sesi mendengar, memberikan respon jawapan kepada “soalan killer” temuduga dan mengelakkan anda daripada perasaan gemuruh yang tinggi.

4) Dapat Mengenal Pasti Kesesuaian Anda Dengan Budaya Syarikat

Mesti anda pernah dengar tragedi seperti ini. Selepas memohon kerja, terpilih ke sesi temuduga seterusnya mendapat jawatan berkenaan tetapi tidak kekal lama dalam syarikat berkenaan. Mungkin 5 bulan, 3 bulan ataupun tidak sampai seminggu!

Mengapa ini terjadi? Disebabkan oleh anda tidak menunjukkan diri dan sikap anda sendiri ketika sesi temuduga. Apabila panel memilih anda, mulalah anda merasakan syarikat berkenaan tidak sesuai dengan cara atau gaya kerja yang anda kehendaki.

Ia lebih baik daripada anda tidak terpilih kerana panel mengetahui anda tidak sesuai dengan budaya mereka daripada anda terpilih tetapi tidak kekal lama dalam syarikat berkenaan.

5) Memudahkan Perjalanan Karier Anda Selepas Itu

Apabila panel temuduga dapat melihat diri sendiri dan bukan dibuat-buat. Ini memudahkan lagi perjalanan karier anda selepas itu.

Kerana setiap mereka yang terpilih, majikan akan meletakkan harapan-harapan mereka kepada pekerja yang baru masuk ke dalam syarikat.

Jika pada sesi temuduga anda cemerlang dan majikan sukakan anda, ini akan memberikan mereka pandangan pertama yang positif pada diri anda.

Kekalkan perasaan itu kepada mereka dengan memberikan performance kerja anda dengan baik selepas menerima jawatan berkenaan.

Ini semua akan diambil kira apabila suatu masa anda akan diberikan kenaikan pangkat. Jagalah hubungan dengan majikan daripada pertama anda bersua muka dengan mereka.

Secara konklusinya, apa yang ingin disampaikan oleh Mat Luthfi di dalam video di atas sangat penting untuk anda mengambilnya sebagai nota tambahan kepada persediaan anda dalam sesi temuduga.

Semoga Berjaya 🙂

7 Strategi Interview Yang Mampu Mengalahkan Pesaing Anda

Percaya ataupun tidak, ramai yang tidak buat 7 perkara ini semasa sesi temuduga. Ketika semua orang melalui jalan lurus anda perlu mengambil inisiatif untuk menongkah arus. Tips interview dibawah akan membantu anda menonjol ketika atau selepas interview!

Lihat 7 perkara ini :

1. Hantar ucapan terima kasih

Jika dapat satu sesi temuduga ada 200 orang calon, bagaimana anda berfikir dengan kreatif untuk menonjolkan diri anda ?

Setelah anda ditemuduga, hantarkan email atau surat yang ringkas tapi padat dengan ucapan terima kasih dan jangan lupa sertakan nama anda, no telefon dan link portfolio online anda di penghujung email tersebut.

Ini akan meningkatkan peluang hiring manager atau bahagian HR mereka untuk mengingati anda, jika mereka mengingati anda peluang untuk diterima pun lebih tinggi!

2. Bina online portfolio  

Bina online portfolio dengan memuat naik hasil hasil kerja anda di internet, jika anda seorang pereka grafik anda boleh menggunakan behance ataupun blog.

Bagaimana jika anda dalam bidang lain ? anda boleh bina blog anda dan kongsikan pengetahuan bidang anda. Tulis tips tips ataupun info info kerjaya/bidang anda, bakal majikan pasti kagum, anda akan kelihatan seperti seorang yang memang tahu tentang bidang yang anda ceburi.

Ini juga akan membina personal branding anda sendiri, adakah usahawan sahaja yang memerlukan personal branding ? sama sekali tidak, key player seperti anda juga harus ada personal branding!

3. Selesaikan masalah syarikat yang menemuduga anda

Ketika sedang ditemuduga, ambil peluang untuk menunjukkan kemahiran yang anda ada. Ambil contoh jika pereka grafik dipanggil untuk temuduga, beliau boleh datang dengan design logo untuk syarikat yang sesuai dengan brand image mereka atau bantu untuk visualkan produk mereka dengan cara yang menarik.

Tak kisah apa bidang yang anda ceburi sekalipun, jika anda memang mempunyai kemahiran yang tinggi anda pasti dapat membuktikan nilai yang anda akan bawa jika syarikat itu memilih anda. Do your homework!

4. Biarkan personaliti anda menonjol

Kekal dengan gaya dan tutur yang professional tapi bagi ruang untuk anda menunjukkan personaliti anda yang sebenar. Jika anda seorang yang kelakar dan ceria, jangan simpan karakter anda itu. Ia juga membantu anda untuk tidak gugup kerana anda menjadi diri anda sendiri!

5. Berikan statistik

Jika anda pernah terlibat dengan aktiviti pemasaran misalnya, nyatakan bagaimana kerja anda menyumbang kepada statistik jualan syarikat. Ambil tahu statistik ini walaupun anda masih bekerja di tempat lain dan tiada perancangan untuk pindah ke syarikat lain.

Statistik ini juga akan mengindikasikan progress anda, sejauh mana kebolehan anda memberi kesan. Secara tidak langsung, anda akan memberi ruang kepada diri anda untukimprove.

6. Rancang penghantaran resume

Kajian mendapati 3 daripada 5 orang yang dipanggil menghantar resume mereka pada hari isnin, ia bukan idea yang baik untuk menghantar pada hari jumaat kerana ia adalah hari untuk menutup urusan mingguan tersebut. Tunggu sehingga awal minggu datang dan hantar!

7. Gunakan Resume yang STAND OUT !

Cari template resume yang terkini, anda harus mula berfikir di luar kotak dari sekarang. Anda tidak boleh expect anda akan menonjol dengan template resume yang ketinggalan zaman dan membosankan. Cetak resume anda pada kertas berkualiti yang nampak ekslusif atau lain dari yang lain, ini akan menambah booster untuk resume anda.

Dan set kan warna resume anda sama dengan warna tema/logo syarikat yang anda inginkan, ini kerana secara psikologi, anda menunjukkan seolah anda adalah salah satu dari tribe mereka. Best kan ?

Selamat mencuba!

5 Soalan Killer Ketika Sesi Temuduga Yang Perlu Anda Tahu

Sebagai seorang calon untuk ke sesi temuduga. Mengenal pasti soalan-soalan temuduga merupakan satu persediaan yang perlu dilakukan. Soalan temuduga ini berbeza-beza mengikut syarikat kerana mereka menguji mengikut keperluan syarikat mereka sendiri.

Tetapi kita boleh simpulkan beberapa soalan yang biasa ditanyakan oleh pasukan HR :

1. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini ?

Pengetahuan anda yang luas tentang tugas pekerjaan dan syarikat itu sendiri akan memberi gambaran kepada penemuduga bahawa anda adalah seorang yang mempunyai energy, motivation dan mempunyai minat dalam syarikat mereka.

Jika anda tidak mempunyai pengetahuan tentang latar belakang syarikat, anda akan ketinggalan berbanding calon lain.*Gunakan internet, website syarikat, pandangan rakan rakan, produk.

Lawat website syarikat dan baca liputan media tentang syarikat tersebut dan key executives dan juga berita umum atau isu yang memberikan kesan kepada industri syarikat tersebut.

Tips: Berikan sedikit pujian kepada syarikat, tunjukkan admiration kepada hasil kerja syarikat. Jika setuju dengan pendapat temuduga, senyum dan setuju. Jika tidak, senyum dan anggukkan saja. Kalah disini, menang disana.

2. Kenapa anda mahu meninggalkan pekerjaan lama ?

Jangan risau, penemuduga cuma mahu memahami kronologi dan sebab perpindahan kareer anda. Bila ditanya soalan ini, buat 2 statement ini, pengalaman apa yang telah anda pelajari, kerana ini akan mengindikasikan value yang anda mampu bawa kepada syarikat mereka.

Sebab kenapa anda tinggalkan pekerjaan lama.Anda harus mempunyai sebab yang munasabah. Formula LAMPS ini akan membantu anda merangka sebab yang professional (kerana meninggalkan pekerjaan lama) :

Location
Jarak yang tempat kerja yang tidak strategik.

Advancement
Kareer anda tidak mempunyai ruang untuk grow kerana _____ (nyatakan sebab anda)

Money
Anda dibayar rendah tidak setimpal dengan kemahiran dan sumbangan anda.

Pride/Prestige
Anda mahu menyumbang kemahiran anda kepada syarikat yang lebih baik dari segi work culture, vision dan tugasan

Security
Syarikat tersebut tidak stabil dari segi kewangan

*Jangan mengutuk individu/syarikat tersebut. Kerana ini akan meninggalkan kesan kepada minda penemuduga. Adakah dia akan bercakap perkara yang sama bila meninggalkan syarikat ini?

3. Apakah kekuatan anda yang utama?

Pertama sekali sebutkan tentang, kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal adalah kemahiran yang memerlukan ilmu dan teknik yang betul untuk melaksanakan tugas.

Kemudian, sebutkan sikap profesional yang anda miliki dalam menjayakan tugasan anda.Sikap profesional ini adalah seperti, kemahiran komunikasi, multitasking, analytical thinking, critical thinking, kemahiran memimpin.

Yakinkan mereka dengan kemahiran teknikal + sikap profesional yang anda ada, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada syarikat.

4. Apakah kelemahan anda yang utama?

Sebutkan perkara yang anda sedang cuba untuk kuasai. Seperti contoh, saya gugup apabila bercakap di hadapan terutama di hadapan orang yang saya tidak kenal dan saya menyedari kelemahan ini, jadi saya kerap menonton video dan membaca tips tips pengucapan awam untuk memperbaiki aspek ini.

Walaupun anda menyebutkan kelemahan anda, anda juga telah menonjolkan sisi suka memperbaiki diri. Dalam usaha penemuduga mencungkil kelemahan anda, apa yang anda berikan padanya adalah sisi positif.

5. Apa yang anda boleh tawarkan apa yang calon lain tiada?

Kita tak tahu apa kebolehan yang dimiliki calon lain, tapi taktik yang boleh diguna adalah

Apa yang saya boleh tawarkan ______. Anda harus menerangkan bagaimana anda memahami tanggungjawab jawatan tersebut, masalah yang selalu timbul dan bagaimana anda telah bersedia untuk menghadapinya dengan ilmu yang anda ada.

Akhiri jawapan anda dengan menyebut sikap profesional yang anda sumbangkan.

Saya orang yang akan memberikan sepenuh perhatian kepada projek syarikat. Saya mendengar dan melaksanakannya mengikut perbincangan. Saya juga memahami yang kita di dalam perniagaan untuk membuat keuntungan, jadi saya orang yang akan sentiasa mengambil kira kos dan pulangan.

Kesimpulan

Jika anda seorang yang belum mempunyai pengalaman dalam sesi temuduga, anda dinasihatkan untuk membiasakan diri dengan soalan-soalan temuduga sebanyak mungkin supaya apabila anda ditanya, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk anda menjawabnya nanti.

6 Tips Bagaimana Merangka Achievement Anda

Sekarang anda kena tahu bagaimana untuk hias dan padatkan lagi ruangan achievement dengan pencapaian anda. Senaraikan semua pencapaian hebat kerjaya anda ketika anda memegang jawatan sebelum ini. Apa yang telah anda sumbangkan kepada pasukan dalam menaikkan prestasi syarikat ?

Penting untuk anda rangka achievement ini, kerana apabila anda sudah ada rangka ini, ia akan jadi lebih mudah untuk anda letakkan di dalam resume dan yang paling penting, anda sudah siap sedia untuk berkongsi kepada panel ketika sesi temuduga.

Anda boleh sebut tentang bagaimana anda meningkatkan produktiviti syarikat, keuntungan syarikat yang telah pasukan anda sumbangkan, dan masalah yang pasukan anda dapat atasi dengan jayanya.

Penemuduga cenderung untuk bertanyakan soalan tentang :

  1. Perkara yang tidak berjalan dengan lancar (tapi berjaya pada akhirnya)
  2. Perkara yang gagal (apa yang telah anda pelajari daripadanya?)
  3. Keputusan yang berat pernah anda buat
  4. Proses baru yang anda cipta (kerana sistem sedia ada tidak berkesan)
  5. Bagaimana anda menambahbaik perkara yang telah terbukti berkesan
  6. Bagaimana anda membaik pulih perkara yang rosak.

Mempersiapkan diri berdepan soalan killer ini dengan jawapan yang bernas memerlukan sedikit usaha. Tetapi jika anda lebih bersiap sedia menghadapi temuduga lebih cerah peluang anda untuk mendapatkan jawatan yang lebih baik dari pelbagai Syarikat. Ingat, antara nikmat di dunia ini adalah nikmat mempunyai pilihan.

10 Larangan Ketika Sesi Temuduga

Di dalam sesi temuduga, larangan ataupun perkara yang melanggar etika ketika sesi temuduga merupakan satu perkara yang berat.

Jika anda ada melanggar mana-mana 10 etika seperti di bawah ini, keberangkalian anda untuk TIDAK dipilih untuk mengisi jawatan kosong berkenaan sangat tinggi :

10 larangan ketika sesi temuduga :

1. Jawapan secara bersahaja seperti “yela tu, agaknya la kot, a’ah” dan sebagainya.

Jawapan seperti ini merupakan satu jawapan yang menunjukkan anda tidak ada keyakinan diri dan tidak profesional.

2. Bercakap terlalu perlahan atau terlalu kuat.

Nada memainkan peranan yang penting ketika sesi temuduga, nada yang terlalu perlahan membuatkan anda dan panel akan susah untuk berkomunikasi. Jika nada anda terlalu tinggi, ia akan menunjukkan sikap “kesombongan” anda. Gunakan suara nada yang bersederhana sesuai dengan jarak anda dan panel temuduga.

3. Elakan melakukan pergerakan yang terlalu banyak seperti goyang-goyangkan kaki bermain pen ataupun berpeluk tubuh.

Apabila anda melakukan perkara ini, ia sebenarnya menggangu suasana ketika sesi temuduga. Ketidak selesaan ketika sesi temuduga akan membuatkan calon dan panel akan menghadapi masalah komunikasi yang tidak baik.

4. Jangan sesekali kritik bekas majikan atau mana-mana pihak yang lain.

Jangan anda sesekali memberitahu perkara yang negatif mengenai syarikat ataupun majikan lama anda. Jika anda ada menyebut perkara negatif seperti ini, anda merupakan salah seorang yang berisiko kepada syarikat kerana anda berkemungkinan akan merosakkan imej syarikat mereka pada masa hadapan.

5. Jangan mengunyah atau makan makanan semasa temuduga.

Perbuatan ini ringkas menunjukkan anda seorang yang kurang adab ketika berkomunikasi secara profesional. Membuat dua kerja dalam satu masa (mendengar,mengunyah)

6. Jangan menunjukan sikap-sikap amarah anda dalam sesi temuduga jika terdapat suasana yang menyebabkan emosi anda terganggu.

Pasukan HR memang mahir untuk bertanyakan soalan-soalan yang akan menggangu emosi calon, jangan sesekali memberikan respon negatif anda terhadap panel temuduga. Cuba untuk bersikap tenang dan tidak cepat melatah.

7. Jangan bercakap terlalu panjang dan membesar-besarkan diri.

Elakan untuk membesar-besarkan diri kerana ia akan pantulkan persepsi anda seorang yang sombong ataupun berlagak.

8. Masalah peribadi adalah larangan WAJIB ketika sesi temuduga.

Jangan sesekali menceritakan hal peribadi di dalam sesi temuduga, panel tidak mahu mendengar masalah peribadi anda kerana fokusnya hanya untuk menilai skills anda yang dapat membantu syarikat mereka.

9. Jangan melakukan persilihan pendapat yang boleh menyebabkan pertengkaran ketika temuduga.

Jika terdapat persilihan pendapat, jangan sesekali untuk memberi respon bahawa anda tidak bersetuju dengan panel. Jika ada perkara yang anda tidak setuju, diam sahaja dan jangan memberikan respon apa-apa. Kadang kala ia sengaja dilakukan untuk melihat bagaimana anda respon perkara seperti itu.

10. Memotong percakapan panel temuduga, dengar dahulu dan barulah anda bertanya jika diberikan peluang untuk bercakap pula.

Memotong percakapan ketika panel sedang bercakap merupakan satu tanda anda tidak hormat pada mereka. Jika panel sedang bercakap, dengarlah dengan penuh minat dan apabila diberikan masa untuk menjawab, barulah anda menggunakan masa itu untuk bersuara.

Itu antara 10 larangan etika DILARANG untuk anda melakukannya. Amatlah rugi jika anda sudah layak di dalam pencapaian tetapi ditolak kerana tidak mempunyai “attitude”.

Semoga apa yang saya kongsi ini dapat memberikan manfaat kepada anda.

9 Adab Penting Ketika Sesi Temuduga

Adab temuduga merupakan sesuatu yang amat penting ketika sesi temuduga, adab ini boleh merangkumi luas skopnya. Antaranya adalah seperti adab dalam percakapan, perbuatan, berpakaian, bahasa tubuh dan sebagainya.

Terlalu banyak yang perlu dititik beratkan mengenai adab ini, kerana ia merupakan refleksi kepada diri kita sendiri .

Perlu perhatian, panel temuduga adalah orang tidak mengenal anda. Ingat, pertemuan pertama ini perlulah berhati-hati untuk elakan kegagalan dalam sesi temuduga anda.

9 adab-adab  yang perlu dilakukan ketika sesi temuduga :

1. Mendengar dan menjawab soalan dengan betul.

Apabila panel temuduga memberikan pandangan atau apa-apa pandangan, sila dengan dengan baik supaya anda dapat menjawab soalan-soalan mereka dengan jawapan yang betul dan tidak keluar daripada topik yang ditanya. Ramai calon kadang kala tidak faham soalan dan memberikan jawapan yang tidak mahu didengar oleh panel temuduga.

2. Memberi salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga.

Memberikan salam merupakan perkara asas sebelum memulakan sesi temuduga, Ia juga merupakan doa pertama antara anda dan panel temeduga. Tanpa anda sedar, memberikan salam sambil memberikan senyuman dapat mewujudkan suasana dan aura yang positif.

3. Tunjukan keyakinan di dalam setiap jawapan.

Keyakinan dalam jawapan anda membuatkan panel akan lebih mempercayai anda. Jika anda gugup ataupun tidak yakin dalam memberikan jawapan. Ia akan menunjukkan seolah-olah anda cuba untuk berkata sesuatu yang tidak benar . Ini akan membawa kesan buruk kepada suasana ketika temuduga.

4. Tenang dan tidak gementar.

Ambil nafas dan lepaskan. Amalkan aktiviti ini jika anda berasa gementar ataupun tidak selesa. Anda kena pastikan bahawa anda dalam keadaan yang tenang sepanjang sesi temuduga. Ketanangan akan membuatkan anda dan panel dalam keadaan selesa dan mudah untuk berkomunikasi.

5. Dengar dengan penuh minat dengan keadaan postur badan yang betul.

Hanya dengan postur badan dapat memberikan impression sama ada anda benar berminat untuk mendengar ataupun tidak. Postur badan yang baik memberikan impak yang besar kepada panel. Apabila anda memberikan reaksi yang baik, panel akan beri anda perhatian 100% ketika sesi temuduga berkenaan.


Adab Ketika Sesi Akhir Temuduga :

6. Berilah ucapan terima kasih dan senyuman yang ikhlas.

Ramai yang rasa perkara ini tidak membantu tetapi hakikatnya, ia memberikan kesan yang baik kepada panel. Ia adalah sebuah mesej bahawa anda menghargai masa mereka untuk mengadakan sesi temuduga bersama anda.

7. Pastikan diakhiri oleh panel temduga, bukan anda.

Jangan sesekali anda cuba untuk mengawal situasi temuduga berkenaan dengan mengakhiri sesi temuduga berkenaan. Biarkan panel yang menyudahi sesi berkenaan. Tugas anda hanya berikan komitmen sepanjang sesi temuduga dijalankan.

8. Keluar dengan keadaan yang sopan dan tidak tergopoh-gapah.

Jangan menunjukan sikap tergesa-gesa anda ketika tamatnya sesi temuduga. Kadang kala calon bersikap begini kerana terlalu gementar, ia memberikan refleksi kepada diri anda yang kurang keyakinan ataupun sikap “tidak berminat” melalui sesi temduga.

9. Berjabat tangan.

Berjabat tangan dengan gengaman yang baik merupakan satu tanda hormat daripada anda. Ia juga merupakan simbol tanda kemesraan, perkenalan dan persahabatan. Berajabat tangan memainkan peranan yang penting  kerana tanpa anda sedar, ia adalah perlakuan yang dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua pihak.

Pastikan anda menjaga adab-adab ketika sesi temuduga ini, jangan anda terkejut, walaupun seseorang itu mempunyai qualification yang tepat untuk job position tersebut tetapi tidak mempunyai sikap yang baik. Ia kemungkinan yang besar untuk anda TIDAK terpilih untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

5 Tips Membina Stand Out Resume

Resume adalah alat yang akan membantu anda mendapatkan tempat ke sesi interview. Pasukan HR menerima berpuluh puluh dan kadang kala beratus ratus resume untuk satu jawatan kosong yang ditawarkan. Apa yang membuatkan resume anda kelihatan “Stand out” diantara pesaing anda ?

Pastikan resume anda mengikut 5 peraturan ini :

1. Resume anda WAJIB ada Job Title

Letakkan Job Title yang anda mohon di bahagian atas Resume, sama dengan aras mata manusia. Ini akan membantu dalam visibility apabila pasukan HR sedang meneliti resume yang banyak.

2. Pastikan ada ruangan Performance Profile/Career Summary

Dibawah Job Title, tuliskan ringkasan tentang perjalanan kareer atau ringkasan tentang kejayaan anda, sesuaikan dengan demand kerja yang dipohon.

Tuliskan career summary ini sebolehnya tidak lebih dari 5 baris, dan dinasihatkan untuk tambahkan bullet point dibawah perenggan (5 baris) tadi. Tujuannya adalah untuk highlightkan kebolehan dan apa yang anda tawarkan untuk jawatan yang anda pohon.

3. Ruangan Core Competencies

Ruangan ini adalah untuk highlightkan kebolehan teknikal anda yang utama, jika anda memerlukan lebih dari 5 baris (menyukarkan pasukan HR untuk membaca) untuk menyatakan kebolehan teknikal anda. Tuliskan keyword/term kebolehan anda dalam bentuk bullet point.

4. Jangan letakkan demand gaji

Jangan sebutkan gaji yang anda inginkan di dalam resume. Jika informasi gaji diperlukan oleh syarikat yang anda pohon, letakkannya pada cover letter dan JANGAN letakkan gaji yang spesifik, berikan range pada informasi gaji.

5. Fokuskan resume anda

Resume yang bagus adalah resume yang tidak melebihi 2 halaman, lebih bagus jika anda boleh ringkaskan kepada 1 halaman (tapi masih memberikan info yang mencukupi). Disini, penyusunan maklumat adalah penting bagi memudahkan pasukan HR membaca dengan mudah.

Jika halaman pertama anda fokus dan mengandungi perkara seperti Job title, performance profile, core competencies dan achievement anda akan berjaya mendapatkan perhatian pembaca. Jika halaman pertama anda melakukannya dengan betul, pembaca akan membaca keseluruhan resume anda dengan teliti.