Category Archives: Tips Kerjaya

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menjadi Diri Sendiri Ketika Sesi Temuduga

Mat Luthfi dan YB Khairy Jamaluddin. Siapa tidak kenal dua ikon belia ini di Malaysia. Walaupun video ini diambil pada tahun 2015.  Tetapi suka saya kongsikannya semula dengan topik yang dibawa oleh Mat Luthfi ini.

Ya, di dalam sesi temuduga, ia sangat penting dalam menjadi diri anda sendiri. Apakah maksud menjadi diri sendiri? Ia jelas maksudnya adalah menjadi diri anda pada tahap sikap anda yang terbaik.

Contohnya dengan menunjukkan sikap bersopan santun dan menunjukkan minat kepada panel temuduga yang anda mahu bekerja di syarikat tersebut dengan semangat yang tinggi.

Ini 5 sebab kenapa menjadi diri anda sendiri amat penting :

1) Panel Temuduga Akan Lebih Menyukai Anda

Kemahiran dan pengalaman memang penting, tetapi mempunyai sesi temuduga dengan suasana yang harmoni dan nyaman juga antara kunci anda dapat “secure” kepada jawatan yang ditawarkan.

Memberikan salam kepada panel dengan senyuman yang ikhlas dan menunjukkan bahasa tubuh yang bersemangat akan menambahkan yakin kepada panel untuk markah pandangan pertama.

Statistik menunjukkan 30 saat pertama seseorang itu melihat anda, mereka akan terus memberikan pandangan personal mereka. Jika yang pertama itu negatif, ia petanda yang tidak baik untuk anda.

2) Tidak Menampakkan Anda Seorang Yang “Over-Prepared”

Ya, memang membuat persediaan yang rapi merupakan kunci utama kepada kejayaan pada sesi temuduga. Tetapi bila masanya anda perlu berhenti?

Apabila anda sudah memahami dengan jelas matlamat temuduga dan yakin anda boleh berkomunikasi dengan baik, berhentilah disitu.

Terlalu bersedia juga tidak bagus, seperti menghafal skrip-skrip jawapan soalan temuduga,  bercakap dengan nada profesional tetapi seperti anda melakonkannya dan lain-lain.

Perkara-perkara seperti ini amat mudah dikesan oleh panel. Mereka mempunyai kemahiran untuk mengesan sama ada anda seorang yang REAL atau FAKE.

3) Anda Akan Melalui Suasana Temuduga Dengan Lebih Baik

Jika anda dapat menjadi diri sendiri, suasana temuduga akan lebih menjadi harmoni. Kerana anda tidak berlakon atau membuat sesuatu perkara yang anda sendiri tidak selesa.

Ini dapat membantu anda dalam sesi mendengar, memberikan respon jawapan kepada “soalan killer” temuduga dan mengelakkan anda daripada perasaan gemuruh yang tinggi.

4) Dapat Mengenal Pasti Kesesuaian Anda Dengan Budaya Syarikat

Mesti anda pernah dengar tragedi seperti ini. Selepas memohon kerja, terpilih ke sesi temuduga seterusnya mendapat jawatan berkenaan tetapi tidak kekal lama dalam syarikat berkenaan. Mungkin 5 bulan, 3 bulan ataupun tidak sampai seminggu!

Mengapa ini terjadi? Disebabkan oleh anda tidak menunjukkan diri dan sikap anda sendiri ketika sesi temuduga. Apabila panel memilih anda, mulalah anda merasakan syarikat berkenaan tidak sesuai dengan cara atau gaya kerja yang anda kehendaki.

Ia lebih baik daripada anda tidak terpilih kerana panel mengetahui anda tidak sesuai dengan budaya mereka daripada anda terpilih tetapi tidak kekal lama dalam syarikat berkenaan.

5) Memudahkan Perjalanan Karier Anda Selepas Itu

Apabila panel temuduga dapat melihat diri sendiri dan bukan dibuat-buat. Ini memudahkan lagi perjalanan karier anda selepas itu.

Kerana setiap mereka yang terpilih, majikan akan meletakkan harapan-harapan mereka kepada pekerja yang baru masuk ke dalam syarikat.

Jika pada sesi temuduga anda cemerlang dan majikan sukakan anda, ini akan memberikan mereka pandangan pertama yang positif pada diri anda.

Kekalkan perasaan itu kepada mereka dengan memberikan performance kerja anda dengan baik selepas menerima jawatan berkenaan.

Ini semua akan diambil kira apabila suatu masa anda akan diberikan kenaikan pangkat. Jagalah hubungan dengan majikan daripada pertama anda bersua muka dengan mereka.

Secara konklusinya, apa yang ingin disampaikan oleh Mat Luthfi di dalam video di atas sangat penting untuk anda mengambilnya sebagai nota tambahan kepada persediaan anda dalam sesi temuduga.

Semoga Berjaya 🙂