Archive for the ‘ Tutorial ’ Category

Demam piala dunia dah bermula..anda pun terkena tempias demam piala dunia juga ke?.Pada kali ini saya berikan tutorial lengkap ebook untuk membina laman web mini(minisite) dari A to Z.

Sebelum ini saya ada bertanyakan kepada pelanggan email saya tentang kefahaman membina laman web,dan memang ramai yang tidak tahu langsung untuk membina laman web jualan.

Jadi saya telah berusaha untuk memberi tutorial percuma sebelum ini namun ianya masih di peringkat asas dan tidak lengkap kerana kesuntukan masa manakala tutorial video pula dalam bahasa inggeris.

Secara kebetulan sahabat perniagaan internet saya,bermurah hati untuk memberikan ebook tutorial beliau yang pada asalnya berharga RM 197.

Tetapi sebagai rakan niaga mereka,saya dibenarkan untuk memberikan ebook ini dengan percuma kepada anda sebagai pelanggan setia blog saya
ini sebagai penghargaan kerana terus setia membaca blog ini walaupun sudah jarang diupdate…hehe.

Maka terimalah penghargaan istimewa ini agar ia dapat membantu anda
membina laman web mini sendiri kelak
http://ceo-cyber.com/ebookminisite.rar

Jika anda gagal untuk download ebook tersebut,sila rujuk di sini:
http://aspirasicyber.com/mengatasi-masalah-file-download

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda

Memang tidak dinafikan lagi, dengan adanya produk sendiri ianya adalah yang paling baik. Ye memang boleh saja anda katakan affiliate ada, Adsense, CPA dan program buat duit lain kan ada. Boleh gak buat duit kat internet dengan cara-cara berkenaan.

Tapi cuba anda lihat disekeliling anda, kebanyakan nama-nama besar di dunia IM ni semuanya ada produk sendiri. Affiliate mereka jadikan sebagai pendapatan sampingan sahaja.

Tidak mengapa jika anda ingin fokuskan pada affiliate sahaja buat masa ini sebagai contoh, tapi tanamkan keazaman yang tinggi, pada suatu hari nanti, anda akan cipta juga produk sendiri.

Jika anda hanya bergantung kepada affiliate atau program buat duit yang lain, ianya tidak stabil berbanding ada produk sendiri. Apa-apa boleh berlaku jika anda hanya bergantung pada affiliate atau Adsense sebagai contoh. Pihak penganjur program affiliate atau Adsense boleh sahaja menutup akaun anda jika terdapat perubahan peraturan atau di dapati anda melanggar syarat-syarat yang dikenakan oleh mereka. Kalau akaun anda di tutup atau di ban, sama la juga ibaratnya anda ‘tutup kedai’ secara paksa.

Kalau ada produk sendiri, andalah yang mengawal sepenuhnya perniagaan anda.

Jika anda merancang untuk mencipta produk sendiri dan menjualnya di internet, berikut 10 tips yang boleh anda cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian, segala permasalahan yang saya sebutkan tadi akan selesai akhirnya :

1. Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen. Anda harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba anda mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut, saya pasti anda akan mudah lupa.

2. Idea yang datang secara tidak diduga tidak harus anda edit. Tulis sahaja, kemudian barulah anda fikirkannya semula walaupun idea tersebut ‘gila-gila’ dan tidak masuk akal sekali pun pada awalnya.

3. Mulakan mencari idea berdasarkan hobi anda. Ada kebarangkalian yang tinggi untuk anda mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada salah-satu daripada hobi anda.

4. Kenangkan kembali pengalaman-pengalaman anda yang silam. Mungkin anda mempunyai pengalaman bekerja di sesebuah tempat yang menarik di mana perkongsian pengalaman tersebut amat bermanfaat untuk dikongsi bersama orang lain. Anda boleh mencipta produk informasi berkaitan bidang pekerjaan anda yang lalu.

5. Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan hangat. Jika ia adalah suatu masalah, anda boleh fikirkan penyelesaiannya dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah masyarakat di sekeliling.

6. Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah. Di sana terdapat pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ anda akan mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche. Jika terdapatnya  buku bagi sesuatu niche atau bidang itu, ada kemungkinan besar yang niche tersebut menguntungkan atau profitable. Sebab apa? Sebab dia mudah saja, jika terdapat buku atau majalah dalam sesuatu niche itu yang terjual sehingga kini, sudah tentulah ada orang yang membelinya. Ada orang yang membeli, maksudnya ada lah proses jual beli di situ.

7. Tengok dan kaji setiap iklan di TV. Dari situ mungkin anda akan dapat idea untuk keluarkan produk informasi. Pelbagai niche yang diketengahkan oleh iklan-iklan tersebut. So, the next time ada iklan di TV, jangan mengeluh atau tukar siaran. Kaji dan cuba jana idea untuk hasilkan produk sendiri yang berkaitan. Ini juga boleh kita jadikan salah-satu indicator untuk nak tahu samada niche dalam iklan itu profitable atau pun tidak. Sudah tentulah ianya menguntungkan dan buying niche. Kalau tak, tak kan lah pihak pengiklan sanggup menghabiskan wang ribuan RM untuk stesen-stesen TV macam TV3, ntv7 dan sebagainya menyiarkan iklan mereka.

8. Buat research di Clickbank Marketplace. Di situ terdapat berpuluh-puluh niche berbeza. Bukan takat niche buat duit. Kembangkan minda anda sikit. Cipta produk informasi berdasarkan niche yang ada di situ. Jangan hanya fikirkan niche buat duit.

9. Pastikan idea produk yang bakal anda cipta tu menyelesaikan masalah orang lain. Tak guna kalau buat produk yang anda syok sendiri. Tanya diri anda, adakah produk tersebut boleh menyelesaikan sesuatu masalah.

10. Tanya pada diri anda soalan-soalan berikut : Produk anda mengenai apa? Siapakah yang bakal membeli produk anda? Mengapa mereka harus beli produk anda dan bukan produk orang lain? Bila pada kebiasaannya produk tersebut akan dibeli? Bagaimana para pelanggan anda boleh membeli produk anda dengan cara semudah yang boleh?

Ok sahabat digital ku. Semoga dengan tips-tips yang telah saya kongsikan di atas, boleh memberi idea kepada anda dalam mencipta produk informasi anda sendiri.

————————————————————————————–

Penulis asal artikel ini Khairul Hazwan merupakan seorang usahawan
internet yang suka berkongsi pelbagai info berkenaan perniagaan
internet. Model perniagaan internet yang menjadi fokus beliau ialah
pemasaran produk informasi digital. Beliau banyak berkongsi pelbagai
lagi tips & panduan berkenaan perniagaan internet di laman blognya
iaitu http://perniagaandigital.com

————————————————————————————–

Artikel ini saya tulis sebagai bantuan,kerana ramai yang menghadapi masalah gagal untuk membuka file yang telah didownload kerana masalah file tersebut dikatakan telah rosak(corrupt).Masalah ini biasanya berpunca daripada masalah sambungan(connection) internet yang tidak stabil ketika proses download tersebut dilakukan.

Biasanya jika sambungan internet tidak stabil,saiz file yang di download tidak sama ataupun kurang daripada saiz asal file tersebut,walaupun ia menunjukkan proses tersebut telah selesai dan berjaya.Biasanya apabila dibuka,akan dipaparkan bahawa file tersebut telah rosak(corrupt).

Berikut adalah panduan yang anda boleh ikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti ini.

# Sila pastikan anda download semula sehingga anda berjaya mendapatkan saiz penuh file,kerana biasanya connection internet yang tidak stabil akan mengganggu proses download tersebut.
download

Read the rest of this entry »

Kepada yang masih belum tahu kaedah bagaimana untuk memasukkan kod adsense ke dalam blog,sila ikuti tutorial di bawah.Sebenarnya kaedah yang saya tunjukkan ini bukan terhad semata-mata untuk adsense sahaja,tetapi boleh digunakan juga untuk apa-apa kod html yang anda ingin masukkan ke dalam blog anda.

Sebelum memasukkan kod adsense tersebut,pastikan size kod adsense yang anda create adalah bersesuaian dengan tempat yang anda ingin letakkan sama ada kecil atau besar mahupun menegak atau melintang.

Interface untuk tutorial ini adalah menggunakan interface wordpress 2.7

Kaedah satu: Memasukkan kod adsense melalui widget
Kaedah ini adalah yang paling mudah,walaubagaimanapun ia terhad untuk sidebar sahaja.

Langkah 1 – Pergi pada menu appearance dan kemudian klik ‘Widgets’

Read the rest of this entry »