Evolusi Minda – Hanya Kisah Dongeng?
Posted by HairiJul 22
Jika minda anda mengatakan anda boleh terbang..adakah anda mampu melakukannya?
Oh…don’t try this at home…
Baiklah..Sejauh manakah kepercayaan anda terhadap kawalan minda untuk melakukan sesuatu yang dirasakan agak sukar atau mustahil tetapi pada secara realistiknya ia mampu dilaksanakan.Saya beri satu contoh yang saya ambil daripada sebuah forum berkenaan seorang pemuda yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan internet mahu menghasilkan RM 60,000 untuk melangsaikan pinjaman pelajaran beliau dalam tempoh sebulan kerana jika tidak,beliau akan dikenakan interest yang cukup tinggi.
Lantas pelbagai pendapat diberi dan diutarakan oleh ahli forum tersebut dan beliau telah mengambil tindakan yang positif untuk melaksanakan misi tersebut.Saya tidak pasti sama ada beliau berjaya atau tidak dalam misi tersebut tetapi apa yang saya dapat lihat beliau berjaya mempelajari dan memahami selok belok berkenaan pernigaan internet dalam masa yang cukup singkat.Di sini menunjukkan bagaimana kuatnya pengaruh evolusi minda dalam mempengaruhi sesuatu perkara terutamanya apabila sedang berada dalam keadaan yang terdesak.
Cuba bayangkan pula keadaan dimana anda sedang dikejar oleh seekor anjing gatal bulldog yang cukup bengis ketika sedang berjoging di taman perumahan anda.Keadaan yang cukup menakutkan dan mendesak itu mampu membuatkan anda mengatasi rekod dunia acara lari pecut 100 meter secara tidak rasmi sebenarnya..percayalah.Mungkin anda tidak sedar,tapi itulah hakikat sebenar dimana kuasa evolusi mindalah yang memainkan peranan terpenting dalam situasi tersebut.
Walaubagaimanapun,apabila berbicara mengenai evolusi minda,evolusi yang ke arah manakah yang akan anda pilih?Bagus sekiranya evolusi itu ke arah yang positif apabila berada dalam situasi terdesak dan pastinya ia mampu menjadikan anda seorang survivor ulung dan mampu untuk mengekalkan momentum tersebut.Tapi bagaimana pula jika anda mengambil pendekatan negatif dengan menyerahkan kepada takdir semata-mata kerana sudah berputus asa sebelum mengharungi rintangan yang bakal melanda tersebut?Sayang sekali jika ini terjadi kerana mungkin anda terlepas pandang satu senjata ampuh yang mampu mengubah 360 darjah kegagalan yang bakal ditempuhi tersebut,dan ia adalah – EVOLUSI MINDA!!
Tapi,tiada gunanya jika anda tidak tahu bagaimana untuk mengeksploitasi dengan sepenuhnya kuasa minda yang ada,jika anda tidak tahu bagaimana untuk merungkaikan kekuatan evolusi minda yang terpendam itu.Jadi,bagaimana untuk mengevolusikan minda anda ke arah yang positif untuk mencapai kejayaan ulung?
Inilah jawapan yang anda cari:

Orang yang bakal merungkaikan momentum evolusi minda anda ini bukan calang-calang orangnya:
Puan Arina Abbas, merupakan seorang penceramah bebas yang telah melibatkan diri dalam bidang metafizik selama lebih kurang 15 tahun. Beliau sangat meminati bidang motivasi diri dan sains ketuhanan. Telah mula mengikuti ceramah tokoh-tokoh hebat seperti Bob Proctor sejak di peringkat sekolah menengah lagi. Kini beliau meneruskan kajian tentang quantum physics, tenaga dan sains ketuhanan. Beliau banyak membuat penyelidikan secara tidak formal tentang tenaga dan bagaimana hubungkait tenaga dengan manusia.
Pada awal tahun 2000 beliau merupakan Panel kepada ahli-ahli paranormal membuat rujukan. Pernah melibatkan diri dalam beberapa kajian berhubung tenaga, antara kajian beliau meliputi tenaga kristal, tenaga air (Message from Water), tenaga besi, tenaga kayu, dan tenaga bauan (aromatheraphy) .
Beliau juga pernah menulis beberapa buah kertas kerja (terbit dan tidak diterbitkan), salah satu daripadanya ialah yang pernah di bentangkan pada seminar ahli-ahli paranormal pada tahun 2001 yang bertajuk Keris, Kuasa dan Kudrat serta Tenaga di Sebaliknya.
Pernah menjadi pengasas kepada Akademi Aura Metafizik, tetapi atas sebab-sebab yang tertentu beliau menarik diri. Selain itu beliau juga banyak melibatkan diri dalam Sessi Perbincangan “Towering Personality” untuk Rakan Muda. Beliau juga terlibat dalam bidang perubatan Holistic dan banyak menggunakan ilmu yang beliau perolehi untuk membantu sesama insan dalam menangani permasalahan kehidupan dan kerjaya. Sungguhpun begitu beliau juga tidak boleh lari daripada diuji.
Beliau telah berhadapan dengan pelbagai situasi dan telah menempuh banyak pengalaman sepanjang penglibatan beliau dalam bidang-bidang itu. Melalui pengalaman tersebut maka beliau semakin matang dan lebih faham tentang apa yang dipelajari dan dikaji selama ini. Terus mengkaji kini beliau menemui RAHSIA yang selama ini beliau cari. Beliau kini mendapat jawapan bagi semua permasalahan dan hukum alam. Kini tenaga, alam dan manusia bersatu.
Ilmu inilah yang bakal dikongsi bersama semua insan yang inginkan perubahan dalam hidup. Kini Kekayaan, Kejayaan, Kesihatan, Kebahagiaan, Kemashyuran, Kecemerlangan bukan lagi mimpi, tetapi adalah IMPIAN yang mampu DIREALISASIKAN. Dengan pengalaman dan ilmu yang diberikan oleh Allah kepada beliau, beliau yakin dan percaya bahawa EVOLUSI MINDA ini bakal menggegarkan dunia. Kini dengan keazaman baru untuk berkongsi ilmu yang diperolehi dengan sesiapa sahaja yang ingin memilikinya. Disamping itu membantu sesama insan dalam membentuk kehidupan yang lebih berjaya dan bahagia. Hari ini beliau bangkit dan meneruskan perjuangan dalam MEREALISASIKAN IMPIAN yang selama ini terpendam.










[...] ini review daripada saya: Evolusi Minda – Hanya Kisah Dongeng? __________________ ~Winner Never [...]
[...] Firdaus | EarnCent | Badruzamani | Mazlie | Aspirasi Cyber | Makmal Cyber | KedaiSiberneka | Newkaamatan | SabahanBlog [...]
Ya betul tu encik admin, manusia hanya akan berubah melalui 2 perkara ini, iaitu secara desperational (terdesak) atau inspirational (terinspirasi).
Tetapi hanya 1 ini sahaja yg mempunyai dorongan yang kuat untuk berbuat sesuatu dengan luarbiasa – secara terdesak.
Bila terdesak, barulah minda akan terbuka secara automatik dan mencari jalan penyelesaian lebih cepat dari biasa!
Magic kan? The Power of Mind..