Jana Keuntungan Dengan Produk Jual Semula
Posted by HairiOct 5
Saya mendapat beberapa soalan melalui email berkenaan produk Resale Rights.Antara soalan tersebut ialah:
1. Bagaimana nak buat laman web jualan untuk produk Resale Rights
Untuk membuat laman web jualan untuk produk Resale Rights,anda perlu mengetahui perkara asas dalam pembinaan laman web jualan.Biasanya laman web mini(minisite) digunakan untuk membuat jualan.Jadi perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah dengan membeli domain dan hosting.Domain dan hosting yang saya sarankan adalah daripada syarikat datakl.Jika anda tidak tahu bagaimana cara untuk membeli domain dan hosting,boleh download panduan percuma berikut:
http://ceo-cyber.com/hostingdomain.rar
Setelah mempunyai domain dan hosting,anda boleh mulakan pembinaan laman web mini.Cara paling mudah ialah gunakan template minisite percuma yang anda boleh dapatkan daripada internet.Tetapi biasanya produk Resale Rights disertakan sekali dengan minisite.Jadi tugas anda hanya perlu upload semula minisite tersebut ke hosting anda.Biasanya anda cuma perlu editdi beberapa bahagian sahaja seperti memasukkan nama anda pada halaman utama minisite dan juga masukkan nama dan nombor akaun anda pada bahagian tempahan produk.Tapi jika anda tiada asas langsung dalam permbinaan minisite,saya amat syorkan panduan video ini kepada anda:
http://ceo-cyber.com/videominisite
Ataupun anda juga boleh rujuk daripada ebook percuma berikut:
http://ceo-cyber.com/ebookminisite.rar
Kedua-dua panduan ini adalah panduan yang cukup lengkap dari A to Z untuk membina minisite.Pada saya bahagian yang perlu dikuasai ialah bahagian untuk melakukan editing pada minisite serta proses upload sahaja,maka anda sudah boleh mula menjual produk Resale Rights ini.
2 lagi soalan berikut akan disambung pada post akan datang.
- Boleh terangkan lebih lanjut berkenaan apa itu Resale Rights?
- Bagaimana nak promosi produk Resale Rights









[...] Jana Keuntungan Dengan Produk Jual Semula Bahagian 1 http://aspirasicyber.com/jana-keuntungan-dengan-produk-jual-semula [...]