Entri kali ini saya akan sambung soalan yang ditanyakan pada minggu lepas berkenaan produk Resale Rights iaitu:

- Boleh terangkan lebih lanjut berkenaan apa itu Resale Rights?

Resale Rights bermaksud hak dan kebenaran yang membolehkan si pembeli produk untukĀ  menjual semula produk tersebut kepada pembeli yang lain.Dan bersama dengan produk Resale Rights ini akan dibekalkan dengan lesen dan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh penjual produk.Maka pembeli harus patuh kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan tersebut.

Apabila anda membeli produk yang mempunyai lesen Resale Rights ini,anda akan dipanggil sebagai Reseller iaitu penjual yang telah dipilih untuk diberikan autoriti atau kebenaran untuk menjual semula sesuatu produk Resale Rights tersebut.

Terdapat 4 jenis lesen Resale Rights yang anda perlu ketahui dan bezakannya apabila membeli produk jenis ini.Sebagai pembeli anda perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan terhadap produk tersebut dengan membaca syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tahu membezakan jenis lesen yang anda beli itu sama ada:

1. Lesen Resale Rights (RR)

2. Lesen Master Resale Rights (MRR)

3. Lesen Private Label Rights (PLR)

4. Lesen Unrestricted Private Label Rights (UPLR)

Untuk memudahkan anda membezakannya apabila membeli 4 jenis lesen ini,boleh rujuk kepada table dibawah ini.

(Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar dan jelas)

Diharap dengan penerangan yang diberikan ini dapat membantu anda dengan lebih jelas tentang produk resale rights serta perbezaan jenis dan lesen yang terdapat pada produk Resale Rights.Persoalan bagaimana nak promosi produk Resale Rights akan disambung pada post akan datang.