Jom…Adsense – Part I ?
Posted by HairiJul 30

Hari ni saya nak bercerita sikit pasal penglibatan saya dalam program google adsense secara santai bersama anda.
Erm…saya telah terkena sindrom atau gejala adsense semenjak tahun lepas.Gejala ni memang serius sebab kalau sehari tak bukak akaun adsense untuk lihat pendapatan harian,boleh demam rasanya.Program adsense sangat bagus dalam memberi pendapatan tetap atau sampingan kepada sesiapa yang melibatkan diri dengan program ini.Jadi,bersempena dengan kenaikan harga minyak dan ketirisan poket yang melanda dunia dan negara kita khususnya,pada mereka-mereka yang teringin untuk mendapatkan duit lebih..ah ha..jom adsense..
Apa itu program google adsense ?
Kepada yang belum tahu tentang program Google adsense,ia adalah satu program pengiklanan pay per click yang ditawarkan oleh pihak google kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi publisher,dengan memaparkan iklan-iklan pihak google di laman web atau blog masing-masing.Keuntungan yang diperolehi oleh publisher adalah melalui klik yang mereka terima melalui iklan yang dipaparkan tersebut.
Ingat,google adsense ialah program internet,dan bukanlah perniagaan internet kerana hasil pendapatan melalui program ini adalah melalui klik yang terhasil melalui iklan yang dipaparkan.Jadi tiada proses jual barang di sini,maka jangan katakan ia sebagai sebuah perniagaan..
Bagaimana saya boleh terjebak dengan program ini ?
Kisahnya macam ni,ketika saya merayau-rayau mencari cinta program buat duit melalui internet di forum wangcyber,pada thread program cari duit,ada dibuka satu tajuk berkenaan google adsense.So,saya pun baca dan mula la study dan bertanya pasal program ni di sana dan juga forum carigold yang turut menyediakan thread khas untuk adsense.Kemudian saya telah memohon untuk menyertai program ini.Yahoo!…Memang tak terkata seronoknya bila akaun adsense saya diluluskan oleh pihak google.Kalau anda nak tahu bagaimana untuk memohon akaun program google adsense.Sila download video ini:
http://www.savefile.com/files/1696342
Kudos to syed ikhwan
Seksanya nak dapatkan klik..
Pada awalnya,macam biasa la sebagai orang baru dalam sesuatu bidang,saya pun menganggap adsense ni satu bidang yang sukar.Kena pandai bahasa inggeris dan yang paling kritikal nak dapatkan klik pada iklan yang dipaparkan.Sampai kadang-kadang pernah jugak rasa nak klik iklan sendiri pada masa tu(TOS adsense tidak membenarkan anda klik iklan sendiri.Akaun anda akan dihapus sekiranya anda melakukan perkara ini).Tapi seingat saya,saya tak pernah klik iklan sendiri,cuma rasa nak klik je.Iye la,dah bertungkus lumus siapkan blog dan letakkan adsense pada blog,bila bukak akaun…$0.Paling kuat pun $0.02.Hu hu..seksanya rasa.Saya mula mengalah..
Munculnya hero adsense..
Kidino,Syed ikhwan,Alang adalah antara hero adsense malaya ketika itu.Pendapatan mereka ketika itu beribu dollar sebulan hanya melalui adsense.Saya mula belajar cara-cara dan teknik adsense daripada mereka setelah kegagalan pertama.Saya juga telah membeli ebook daripada syed berkenaan teknik pemasaran melalui myspace dan friendster ketika itu.Tapi…saya masih lagi gagal..
Muncul pula heroin adsense..
Selepas saya mula down dengan program adsense ni,satu hari saya dikejutkan dengan seorang awek muda yang berjaya menjana $2000 sebulan melalui adsense.Saya mula rasa tercabar,maka saya pun mula mengkaji sistem beliau.Saya cuba YM beliau,dan beliau memang cool dan sporting menjawab soalan-soalan yang saya ajukan.Saya cuba lagi untuk kali ketiga dengan kaedah beliau dan tidak lama selepas itu saya dapat tahu pula berkenaan teknik video marketing daripada syed dan saya aplikasikannya.Selepas itu episod buat duit dan aktiviti cek akaun adsense mula menjadi rutin harian saya.
Adsense mula memberikan harapan..
Zaman gelap adsense mula berlalu,dan saya mula memasuki era buat duit dengan program ini selepas itu.Saya masih ingat lagi betapa seronoknya bila mula mendapat $1 yang pertama sehari,kemudian mendapat nombor pin yang dihantar ke rumah(saya masih simpan
) apabila akaun saya mencecah $50 ketika itu,sehinggalah cek yang pertama saya sampai ke rumah(western union diperkenalkan sebulan selepas itu).Fuhh…memang rasa nak pluk cium posmen yang hantar cek adsense teruja dan kepuasan yang teramat sangat bila cek itu sampai ke tangan saya.

Inilah cek adsense yang pertama dan terakhir saya,kerana selepas itu google memperkenalkan perkhidmatan pembayaran melalui western union yang memang mempercepat dan memudahkan urusan penerimaan pembayaran daripada mereka.Jadi kepada yang terlepas pandang mengenai western union ini,gunakanlah kemudahan yang disediakan ini.
Ujian mula mendatang..
Kusangkakan panas berpanjangan..rupanya…ARGHH…
Selepas 3 bulan mula menjana pendapatan melalui adsense,kesabaran saya diuji.Bayangkanlah blog yang saya bangunkan selama berbulan-bulan akhirnya kecundang apabila dikhianati oleh seorang rakan online yang saya telah berikan amanah dan kepercayaan untuk memantau dan melakukan update pada blog saya yang dikunjungi beribu-ribu pelawat setiap hari.Beliau Si Badigol soot ini telah merampas kuasa dari tangan saya terhadap blog tersebut secara total dan merampas kuasa power rangers merah admin daripada saya dan menendang saya keluar sepenuhnya daripada blog tersebut.
Bagaimana ini boleh terjadi?
Adakah badigol soot ini seorang hackers yang berkaliber?
Apakah jenis blog yang saya gunakan untuk mendapatkan beribu-ribu pelawat sehari?
Adakah saya akan kecewa dan gagal lagi dengan program google adsense?
Semuanya akan terjawab dan nantikan kesudahannya dalam Jom…Adsense – Part II,ekslusif hanya di blog aspirasi cyber ini.Itupun kalau ada yang meminta sambungannya…
,Kalau takde mungkin takde sambungan kot…
Mungkin Bersambung..









huhu saya pun baru jer nak bergiat aktif dalam adsense ni..
mula mula memang tak dapat hasil.. tapi lepas usaha InsyaAllah akan dapat hasilnya..
jangan lupa sambungan nya ye?
A,kum,
Saya juga minat juga nak buat adsense siapa boleh tolong saya nak buka akuan adsense, beritahu saya segera.
huh…
manusia mmg tak leh caya…hehe
cite ni mula2 tu lebih kurang cite saya gak…hehe
mula2 mmg susah nak buat…
skrg dah kacang je kan??
hehehe. cian ko kena rampasan kuasa. hmmm….cemaner la dia ni hndal sangat dapat password admin blog tu. hehehe. takper bro. blh lagi bina blog baru sama niche dengan tu. kita lawan balik cara tu. eekekekeke. jangan buat fraud click yer. hehehehe.
nanti sambung cerita. saya minta sambung. ekekeke
Assalamualaikum..hm, saya pun baru belajar pasal google adsense tapi berapa ramai yang nak klik kita punya iklan tu?
org sekarang dah kurang nak klik la
Salam.
Bersabaarlah. Anda mampu lakukan.
Saya pun baru juga, dah dekat 6 bulan lebih. dah buat backlink tapi buka akaun adsense, tak de apa2 pun RM. tapi tak pa, mungkin belum ada rezeki kot.
Assalamualaikum… kisah anda lebih kurang dengan saya. tapi saya setakat nie x da lagi ujian hebat yang diterima.. saya baru berjinak dalam adsense nie.. lebih kurang 7 bulan la gak… selepas try & error selama 7 bulan, akhirnya, saya bakal dapat cek pertama saya daripada adsense! baru je release 25 aribulan lepas! rasenye2 bank mana yang ok untuk cairkan cek tue?
p/s: sambunglah lagi cerita mengenai pengalaman anda beradsense!
Aku masih baru dalam google adsense, teringin juga mendapat check daripada google ni..mengikut pembacaan aku di forum adsense(lupe yang mana), tidak bagus untuk bukak check akaun adsense setiap hari.. betul ke?
Wah.. jalan cerita macam sama dengan saya jerk
Memang seronok giler pun dapat cek adsense… saya time tu form 5..
Isk2.. apa lagi tunjuk cek tu satu sekolah laaa ha ha ha! Pengalaman2..
As’kum salam usahawan dari saya,
Saya memang dah lama mengikuti program adsense ini, saya bersetuju program ini memang boleh buat duit, tetapi saya rasa pendapatan yang terlampau ditunjuk2 oleh sesetengah individu hasil dari adsense kekadang tidak masuk akal, kenapa tak terus terang jer nak jual produk mereka tak payahlah guna umpan beratus,beribu dollar sehari income dr adsense ini.
kalau ada sesiapa yg mempunyai pendapatan beribu atau beratus dollar sehari sila beri tunjuk ajar sikit kat kekawan, korang dah kaya buat apa lagi nak jual ilmu itu….
harap kpd otai2 adsense jangan bkecil hati, ini pandangan yg ikhlas dari saya. apa yang baik tu dtg dr Allah S.W.T. dan yg tak baik tu dtg dr kelemahan saya sendiri..wsalam.
ermmm..seronok baca kisah tu..lebih kurang ler kisah i…tp i rasa semua orang pasti merasa pengalaman seperti itu melalui google adsense
tak per bro, pengalaman mematangkan kita
huhu..
aku baru lagi dlm dunia adsense ni..
nanti lepas SPM baru aku nk buat betul2..
sekarang bz..
p/s:seronoknya baca..sambunglah lagi!!
@Ismail
Saya ada sertakan link video bagaimana untuk buka akaun adsense yang disampaikan oleh Syed Ikhwan.Download video tu dan lihat cara bagaimana untuk buka akaun adsense.
@Mujahid
Kalau nak dapat klik yang banyak,ia bergantung kepada niche blog,cara pemasaran dan susun atur iklan google.
@Udin
Buat backlink adalah satu cara untuk memasarkan blog,tapi banyak lagi cara lain yang berkesan dalam jangka masa singkat.Backlink still bagus,tapi untuk jangka masa panjang especially dalam menaikkkan PR web dan untuk SEO.
@Mohd Hafifi
Check akaun adsense setiap hari sebenarnya adalah sangat bagus.Sebab dari situ google boleh detect yang anda adalah seorang publisher yang sangat aktif.Cuma kita kena pastikan yang kita check di PC kita saja,sebab kalau kita check akaun kita di banyak PC,takut akan menimbulkan syak kepada google.
@chmy06
Setiap ilmu yang dipraktikkan untuk mendapatkan pendapatan melalui adsense atau apa-apa juga program buat duit adalah sangat berharga.Dengan mendedahkan ilmu kepada orang ramai sebenarnya mereka terdedah kepada competition yang boleh membuatkan pendapatan mereka berkurangan.Jadi mereka terpaksa bayar harga yang mahal dengan pendedahan tersebut.
Perkongsian ilmu dalam program buat duit ni berbeza dengan konsep menyampaikan ilmu di sekolah.Kita tak boleh nak samakan kedekut ilmu tu dengan kedekut ilmu seorang cikgu di sekolah.Tapi saya setuju kalau ilmu asas tu memang x salah untuk dikongsikan,dan rasanya ramai telah kongsikan ilmu tu,malah ada juga yang sampaikan ilmu-ilmu dalaman.Cuba rujuk dan study balik thread forum yang saya sertakan.
Saya pun baru 3 minggu bermula dgn adsense (baru sangat-sangat lagi ni)..Baru buat 2 blog dan skrg tgh drive trafik la ni..Bro,pastikan sambungannya ada bro..nak bljr ni..lagikan otai-otai adsense pun masih lagi belajar dan belajar tanpa jemu,inikan pula kita orang baru ni kan..:)
Saya ada terbaca ebook sdr berjudul Teknik promosi secara video marketing. Soalan saya:-
1] Adakah kita boleh download dan edit mana-mana video (not copyright) dan publish kembali dalam youtube. Saya ada terbaca komen pengguna dalam forum jana-wang-adsense.com yang mengatakan kita tidak boleh sama sekali download dan edit video tsb.
2] Macam mana nak membezakan copyright and not copyright? Saya tak jumpa dalam mana-mana section pada video dlm youtube yg menunjukkan video tsb ada copyright.
Takut juga kalau-kalau kena ban ke youtube.
salam..
saya pun tengah cube berjinak2 buat adsense.. skarang tengah cari trafik banyak2..tapi mak ia susah nye nk dapat trafik…boleh bg rahsia x cm ne nak dapaatkan trafik yang banyak???..
kira ok le dah dpt duit..ni aku xdpt pe lg..aduh lapar plak perut..
kawan ko 2 sebenarnya tak mampu nak beli hosting wat blog..ape ler salahnya ko bg dia duit ckit gi wat blog dan gi main jauh2 ;p
Kena banyak sabor dalam membuat perniagaan ini. Satu lagi yang penting, kalau dah buat duit melalui internet, jangan sekali kali bagi peluang kepada kengkawan untuk tolong maintain web tanpa ada mutual agreement.Nampak duit aje boleh melayang oo.Kawan-kawan pun boleh jadi musuh hanya kerana wang. So jangan lupa sambung ye, bolehlah kita kongsi bersama
Ini memang best. Cantik la sebab kongsi peluang ni bersama.
@Aziml
1) Boleh je kalau nak download semula dan edit video selagi tiada yang claim copyright untuk memudah dan mempercepatkan proses.Tapi kalau nak jadi mr.clean,rakam sendiri video dan letak la copyright claim.
2) Biasanya bagi video copyright dan kalau anda publish memang senang nak kena delete ialah berkenaan video muzik dan lagu serta filem-filem yang baru ditayangkan.Selain tu,apa-apa juga video yg di claim oleh pihak tertentu bahawa mereka mempunyai hak ke atas video tu pun boleh menyebabkan video tu di hapus.
hehe..camanala leh kene banned tu aa..
Saya dh buka a/c adsense, tapi tak tahu camne nak tarik pelawat. Lepas tu sebab guna blogspot nie, blog saya tk dpt publish sebab tak beli hosting dia. Ada sesapa blh bg idea cmne nak publish selain beli hosting diaorang tu….
Hi….
sy ada satu soalan…
kenapa dlm jumlah pengunjung yg melawat blog saya setiap hari tu ramai..tp bila check pd report adsense..xda org langsung…boleh terangkan kenapa ek?blog sy
http://animation-cartoons.blogspot.com
wong..
cuba check pada adsense setup..
then pada allow site tu..
tick pada..
Allow any site to display ads for my account
atau pilih option yg ke-2 tu dan masukkan url web adsense wong tu..
salam..
mcm best jer google adsense neh.. boleh x sape2 tlg ajar cemane nak mula..
harap2 x kena tipu..
shin…elok hang try buka blog aku…dalam tu ada panduan adsense dari en Munawwar
bro,
kalau kena ban macam mana?
google keluarkan iklan layanan masyarakat saja ka?
tapi saya masih lagi boleh view report.
macam mana bro?
Kalau kena ban iklan tak keluar langsung..
Mcm kes awak ni..masalahnya ialah content blog awak tu tak dapat di trace oleh iklan google..mungkin sebab blog awak tu dalam bahasa melayu agaknya
say nak, say nak smbungannya…..cerita la lagi????????
saya ada pohon akaun google adsensi, tetapi tidak lulus mungkin sebab artikel saya dalam bahasa melayu. so saya x tahu apa nak buat sekarang. boleh tuan tunjukkan saya untuk akaun saya diluluskan.kerana setiap kali saya login, mengatakan akaun saya x aktif.
@anis87
Buka akaun gmail.Buat blog percuma di blogspot dalam Bahasa Inggeris dan apply semula menggunakan email dan blog tersebut.
Tak pandai tulis dalam bahasa inggeris.Cuba dapatkan artikel PLR dalam bahasa inggeris.Anda boleh gunakan artikel ini di blog anda untuk apply akaun adsense.Cara paling mudah untuk dapatkannya..search menggunakan google.
owh..guna ayat yg simple2 pun xpe….
lagipun kalauu salh, maybe ade org tegur..
jgn risau..balaja drpd kesilapan lalu…
http://affliateprofit.blogspot.com
Siapa awek muda yang buat 2K sebulan tu ? Boleh bagi YM dia tak? Kalau nak buat duit klik web saya
cam best je adsense ni..sya nk try jg
adsense memang best arrrrr
kena tau TEKNIK DAN TAKTIK
teruskan kegemilangan
salam ramadhan fasa 3
akaun adsen kena la tahu cara b.i.mmesti google lulus punya.tak pun tak pun kat sini jer