Kami

SIAPA TEAM ASPIRASI CYBER ?

Aspirasi : Keinginan yang kuat terhadap sesuatu dalam mencapai cita-cita (Kamus Dewan).

Cyber(Siber) : Berkaitan komputer dan internet : Internet ibarat pasar raksaksa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam ruang siber.(Kamus Dewan)

AspirasiCyber : Cita-cita dan keinginan kami yang kuat untuk berjaya menerusi perniagaan internet.Dengan aspirasi yang dicetuskan ini,kami akan kongsikan bersama-sama anda supaya kita sama-sama lebih maju dan berjaya dalam bidang ini.

Di satu petang yang indah,sekitar bulan februari 2006 seingat saya,ketika singgah di kedai buku MPH the curve saya terpandang sebuah buku bertajuk “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” yang ditulis oleh Irfan Khairi.Kemudian saya pergi ke ruang membaca,dan tanpa saya sedari saya berada di kedai buku itu selama lebih kurang 2 jam dan habis kandungan buku itu saya baca dengan muka yang tak malu.Tapi selepas itu saya masih kabur berkenaan bidang ini dan saya mula mengkaji dan mempelajari secara sedikit demi sedikit mengenainya.Laman web saya yang pertama mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan setelah bertungkus lumus siang dan malam,dan setelah ia siap,satu jualan pun saya gagal hasilkan.

Daripada kegagalan itu dan proses pembelajaran yang berterusan,saya mula melihat hasilnya apabila berjaya menghasilkan pendapatan sampingan melalui internet secara konsisten sejak pertengahan tahun 2007 sehingga sekarang hasil penjualan produk melalui internet dan program buat duit di di internet yang sah seperti google adsense dan sebagainya.Walaupun tidak banyak,tapi cukuplah untuk menampung kos minyak kehidupan yang semakin meningkat sekarang.

Atas inisiatif dan aspirasi untuk terus maju dan mengorak langkah lebih jauh dalam perniagaan cyber ini,maka tertubuhlah team Aspirasi Cyber dan blog khas ini yang diharap dapat meningkatkan ilmu saya yang cetek ini serta dapat juga berkongsi pengalaman dan maklumat tentang perniagaan dan program internet yang sah kepada orang ramai.

- Hairi a.k.a TheReds -

Founder Team Aspirasi Cyber

“You’ll Never Walk Alone”
“Winner Never Quits”