Rejim Zionis nampaknya semakin mengganas dengan menggempur Semenanjung Gaza tanpa belas kasihan.Terbaru,mereka menggunakan taktik keji dengan mengarahkan lebih kurang 100 orang penduduk termasuk wanita,kanak-kanak dan warga emas Palestin untuk berkumpul di sebuah rumah kononnya sebagai tempat perlindungan yang selamat,namun hakikatnya mereka telah membedil kediaman tersebut dengan rakusnya.


Tindakan memboikot Israel dan sekutunya adalah jalan terbaik yang mampu kita laksanakan di negara ini selain memberikan sumbangan kewangan kepada rakyat Palestin.Dengan ekonomi dunia dikuasai oleh sekutu israel,iaitu Amerika Syarikat(US),agak sukar untuk memboikot keseluruhan produk keluaran mereka sekaligus.Walaubagaimanapun,apa yang boleh kita boikot,seeloknya kita boikot terus tanpa rasa ragu.

Dalam pasaran internet juga kebanyakkan website besar juga dikuasai oleh US.Memang sukar untuk memboikot kesemuanya sekaligus.Maka jalan yang terbaik juga ialah dengan memboikot apa yang termampu.

Marilah sama-sama kita hulurkan bantuan dengan apa yang terdaya kita lakukan dengan meluaskan lagi kempen kesedaran untuk memboikot Israel dan sekutunya serta membantu rakyat Palestin yang sengsara daripada sekadar hanya menjadi pemerhati.Sebarkan banner-banner di bawah keseluruh pelusuk internet agar setidak-tidaknya dapat juga kita membantu rakyat Palestin meringankan beban yang mereka tanggung sejak sekian lama.

Boikot Israel & Amerika

Boikot Israel & Amerika

Code:

<a href="http://inminds.co.uk/boycott-brands.html"><img src="http://img135.imageshack.us/img135/2738/boikotpm0.gif" alt="Boikot Israel & Amerika" border="0" /></a>
<a href="http://inminds.co.uk/boycott-brands.html"><img src="http://img80.imageshack.us/img80/645/boikot125xr5.gif" alt="Boikot Israel & Amerika" border="0" /></a>