Sekiranya anda ada sesuatu ilmu yang berguna,apa salahnya sekali sekala kongsikan ilmu tersebut kepada orang ramai sekiranya dirasakan perlu.Salah satu daripada 3 amalan yang akan terus diberi ganjaran walaupun seseorang itu telah meninggal dunia ialah ilmu yang bermanfaat.

Memberi laporan percuma(yang tidak bercanggah dengan hukum syarak) kepada orang ramai juga boleh diklasifikasikan sebagai salah satu cara menyebarkan ilmu yang bermanfaat walaupun dengan hanya satu muka surat sekalipun.Malah,jika dengan laporan percuma tersebut ramai yang berjaya menghasilkan sesuatu yang positif,maka lebih besar ganjaran yang akan diterima.Jadi,apa salahnya jika sesekali ilmu yang kita ada itu disebarkan kepada orang ramai dengan menghasilkan laporan percuma.

Percayalah,tidak rugi untuk membuat dan mengedarkan laporan percuma kepada orang ramai kerana ramai IM yang mempunyai reputasi besar hari ini bermula dengan hanya menyebarkan laporan percuma.Antara nama besar yang sering menghasilkan laporan percuma ialah Mohd Zulfadli(Smartzul),Shamsuriyadi(RajaAdsense) dan Adly(Labanon).Anda boleh lihat sendiri manfaat yang mereka terima hari ini hasil daripada laporan percuma yang mereka sebarkan.

Selain daripada itu,penghasilan laporan percuma juga boleh dijadikan sebagai asas pertama anda sekiranya anda ingin menghasilkan sesebuah ebook.Daripada situ,anda boleh menimba pengalaman bagaimana untuk menghasilkan sebuah ebook.Pada ketika ini industri perniagaan internet Malaysia meriah dengan pelbagai ebook serta e-majalah percuma untuk membantu orang ramai khususnya newbie berkenaan selok belok perniagaan internet serta membuka mata orang ramai tentang potensi lumayan perniagaan online.

Salah satu laporan percuma yang sangat efektif dalam mewujudkan kesedaran ini,ialah majalah IM yang diterbitkan setiap bulan kepada orang ramai secara percuma.Bukan sahaja percuma,malah kualiti yang ditampilkan melalui e-majalah yang mereka hasilkan boleh dikelaskan dalam kategori A+ dari segi kualiti isi kandungan dan juga design.Semenjak awal tahun sehingga sekarang sudah 7 keluaran mereka edarkan secara percuma.Cuma yang sedikit menyedihkan masih terdapat segelintir pihak yang memperlekeh usaha murni mereka ini.

Kepada yang masih tercari-cari rentak ataupun masih ‘hijau’ dengan perniagaan internet,saya galakkan supaya anda download kesemua edisi majalah IM ini di laman web mereka: Majalah IM.Baca dan fahamkanlah kesemua artikel yang ditulis kerana kesemua penulis dan tetamu jemputan mereka ini hebat-hebat belaka dan mereka tahu apa yang mereka perkatakan dan bukanlah apa yang mereka sampaikan itu sebagai penyedap cerita sahaja.

Untuk edisi terkini majalah IM,saudara samsulzahuri a.k.a Alang telah dipilih sebagai cover girl kali ini dan kalau anda nak tahu bagaimana rahsia Alang mendapat 5 angka sebulan hanya dari rumah,sila dapatkannya di sini:
Majalah IM #7