Semasa gathering WC tempoh hari,tanpa diduga,saya telah berjumpa kembali dengan rakan lama sewaktu di sekolah menengah dulu.Katanya dia baru saja nak bermula.Kalau yang pergi gathering hari tu,mesti ingat kot pada jejaka macho yang memperkenalkan diri sebagai Master Yus dan mendakwa dirinya newbie sewaktu bertanya soalan pertama kepada ahli panel selepas Osman Affan memberi peluang kepada peserta bertanyakan soalan.

Semalam Master Yus telah call saya,dan minta tolong kepada saya untuk carikan sesiapa yang mahir dalam pembangunan web berdasarkan hartanah untuk mengubah suai website beliau menjadi awek cun lebih cantik dan lebih user friendly.Website Master Yus ialah http://hartanahlelong.com ,dan kalau boleh dia nakkan website ala-ala http://www.hartanah2u.com ni.Jadi kepada sesiapa yang boleh buat website begini dengan harga berpatutan silalah hubungi Master Yus ni k.



Yusnizam : 016-3772901

Ironinya,gathering yang dianjurkan oleh forum komuniti usahawan internet ini,bukanlah sekadar suka-suka dan membuang masa.Apa yang saya lihat,di sinilah tempat usahawan internet bertanya khabar,mengorat aweks,bertukar pendapat serta membina networking sesama mereka selain mendapat tips-tips berharga daripada otai internet seperti Dr.irfan.Tips yang diberikan oleh Dr.Irfan masih berlegar-legar dalam fikiran saya sampai ke hari ni.

Jadi,manfaat sesuatu perjumpaan memang berbaloi lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perjumpaan sebuah komuniti usahawan.Tanyalah pada mereka yang datang,berapa banyak kad dan nombor telefon awek mereka dapat.Wallet saya sendiri kembung hari tu,bukan dengan duit,tapi dengan kad mereka.Thanks all!!!

P/s: Master Yus,pasni hang kena ajar aku jadi ejen real estate plak.. 8)