Artikel ini saya tulis sebagai bantuan,kerana ramai yang menghadapi masalah gagal untuk membuka file yang telah didownload kerana masalah file tersebut dikatakan telah rosak(corrupt).Masalah ini biasanya berpunca daripada masalah sambungan(connection) internet yang tidak stabil ketika proses download tersebut dilakukan.

Biasanya jika sambungan internet tidak stabil,saiz file yang di download tidak sama ataupun kurang daripada saiz asal file tersebut,walaupun ia menunjukkan proses tersebut telah selesai dan berjaya.Biasanya apabila dibuka,akan dipaparkan bahawa file tersebut telah rosak(corrupt).

Berikut adalah panduan yang anda boleh ikuti sekiranya anda menghadapi masalah seperti ini.

# Sila pastikan anda download semula sehingga anda berjaya mendapatkan saiz penuh file,kerana biasanya connection internet yang tidak stabil akan mengganggu proses download tersebut.
download

# Jika anda masih gagal,untuk mendownload saiz penuh file tersebut,sila gunakan download manager untuk mengatasi masalah ini.Anda boleh dapatkan perisian tersebut di sini:
1. Free Download Manager: http://www.freedownloadmanager.org/download.htm
atau
2. Orbit Downloader : http://www.orbitdownloader.com/download.htm

Cara menggunakan perisian Free Downlod Manager:
- Buka perisian ini,dan Klik Menu Downloads –> Create new download
step1

- Copy link location produk yang ingin di download
step2

- Masukkan Url yang anda copy,dan klik OK.
step3

Nota : Anda MUNGKIN memerlukan beberapa perisian tambahan seperti dibawah ini:

Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail .pdfKlik Sini Untuk Maklumat Lanjut
Winzip untuk mengekstrak fail .zipKlik Sini Untuk Maklumat Lanjut
Winrar untuk mengekstrak fail .zip atau .rarKlik Sini Untuk Maklumat Lanjut
Flash Player untuk memainkan video flash – Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut
Shockwave Player untuk memainkan video – Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

Semoga penerangan ini dapat membantu.