Mengeluarkan wang di dalam akaun paypal melalui kad debit Al Rajhi Bank
Posted by HairiJan 13
Pada hari rabu lepas(7 Januari),saya telah pergi ke bank al rajhi untuk mendapatkan kad debit daripada bank tersebut.Sebelum ini saya telah memiliki kad debit mastercard ambank dan juga kad debit mastercard public bank.
Sebenarnya tujuan saya mendapatkan kad debit daripada al rajhi adalah kerana saya tidak tahu yang kad debit public bank mempunyai 2 jenis iaitu visa dan master card.Selepas saya mendapat kad debit public bank yang saya pohon sebelum ini baru saya perasan ia adalah mastercard.Kekurangan kad debit mastercard ini ialah ianya hanya boleh verify akaun paypal(mengesahkan akaun paypal) tetapi tidak boleh mengeluarkan wang dari dalam akaun paypal.
Hanya kad debit visa sahaja yang boleh mengeluarkan wang yang terdapat di dalam akaun paypal ke dalam akaun kad debit anda.Setakat ini hanya 3 kad debit visa ini sahaja yang saya jumpa boleh mengeluarkan wang di dalam akaun paypal,iaitu:
1. Kad Debit Visa Public Bank
2. Kad Debit Visa Al Rajhi Bank
3. Kad Debit Visa Tune Money
Urusan untuk mendapatkan kad debit al rajhi agak mudah pada hari tersebut kerana tidak ramai pelanggan yang berurusan di bank ini walaupun cawangan yang saya pergi tersebut berhampiran klcc.Mungkin kerana bank ini masih baru di negara kita.Walaubagaimanapun,langkah pro aktif yang mereka ambil dengan memperkenalkan kad debit visa ini untuk kemudahan internet adalah satu langkah yang sangat bijak untuk menarik lebih ramai pelanggan membuka akaun di bank mereka.Selain itu,kakitangan mereka juga sangat ramah dan cun melecun murah dengan senyuman.
Berbeza dengan dengan kad debit ambank dan public bank yang saya pohon sebelum ini yang tidak memerlukan untuk membuka akaun bank,untuk mendapatkan kad debit al rajhi nampaknya saya kena membuka akaun dengan jumlah RM 20 sahaja.Bagaimanapun saya kira ini sangat bagus kerana mereka terus daftarkan perkhidmatan online banking selain kad tersebut terus boleh digunakan selepas selesai urusan pendaftaran dan pengesahan kad di mesin ATM.
Selepas sampai di rumah,saya terus daftarkan kad debit ini ke akaun paypal saya dan juga terus cuba untuk melakukan pengeluaran dari akaun paypal saya.Alhamdulillah,hari ini wang tersebut telah masuk ke akaun al rajhi saya.Agak pantas juga,cuma lebih kurang 4 hari waktu bekerja sahaja.Semalam saya juga lakukan satu transaksi pengeluaran lagi,dan saya jangkakan hari jumaat ini,wang tersebut akan masuk ke akaun al rajhi saya.Untuk setiap pengeluaran,paypal akan caj $5.00 sebagai fee mereka.

Berikut adalah kaedah untuk mengintegrasikan akaun paypal dengan kad debit serta kaedah untuk mengeluarkan wang di dalam akaun paypal ke dalam kad debit tersebut:
-Pergi ke menu Profile dan klik Add/Edit Credit Card

-Klik button Add a Card dan masukkan butiran yang diminta seperti nama,nombor & tarikh luput kad.Kemudian setkan kad tersebut sebagai primary dan akan dipaparkan pada ruang maklumat kad tersebut “Accepts Paypal withdrawal”

-Untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal tersebut,klik withdraw dan pilih withdraw funds to your card.

-Masukkan jumlah yang anda ingin keluarkan dan hantar permohonan anda.Selesai.











bro, nak tanya skit..
kalo gune debit kad visa public bank dier masuk ke akaun mana?
kan tidak perlu buka akaun..
camne tuh?
“Berbeza dengan dengan kad debit ambank dan public bank yang saya pohon sebelum ini yang tidak memerlukan untuk membuka akaun bank…”
sekadar ingin tahu…
Untuk kad debit visa debit public bank segala transaction akan masuk dan keluar melalui kad tersebut.kalau nak masukkan duit deposit melalui kad & kalau nak withdraw pun pakai kad.Monthly statement akan dihantar ke rumah.
Assalamualaikum!
RE: Paypal & Alrajhi Bank Visa Kad
Saya dah cuba masukkan data kad tapi akaun paypal masih unverified lagi …
Kenapa! Boleh terangkan lagi secara detail…
TQ
Kad debit visa al rajhi hanya boleh mengeluarkan duit dalam akaun paypal,tapi tak boleh verify akaun paypal.
Kalau nak verify akaun paypal,boleh guna kad berikut:
-Kad debit mastercard public bank(hanya boleh verify paypal,tapi tak boleh keluarkan duit)
-Kad debit visa public bank(boleh verify & keluarkan duit dari paypal)
-kad debit visa tune money(boleh verify & keluarkan duit dari paypal)
salam.mana nk cr lmn web arrjihi? sy nk cr snarai arrjhi brach oversea…
@j_hafiz..
Al rajhi ni adalah bank dari negara arab saudi,cuba rujuk laman web ini:
http://www.alrajhibank.com.sa/pages/default.aspx
salam.kad debit alrajhi boleh tak kita gunakan untuk beli domain name di godaddy?Kalau boleh sabtu & ahad boleh tak buat urusan?
@cookdong..
Rasanya tiada masalah..tapi pastikan anda nilai yang anda topup tu cukup.Boleh berurusan pada sabtu dan ahad dgn godaddy,dgn al rajhi,kena pakai deposit mesin je la,sebab sabtu & ahad tutup.
boleh ka kita keluarkan wang dari akaun paypal kita ke akaun alrajhi cth akaun alrajhi ayah aku?
boleh tak nk trnsfer duit dlm debit card ke akaun al hijri?
macmmana caranya?
@cookdong..
Yup..boleh..tapi pastikan kad debit tersebut dah di add pada akaun paypal tersebut.
@kura2vz ..
akaun al hijri?akaun al rajhi…
anda nak transfer duit dari kad debit apa?…
dr kad debit al hajri ke akaun al hajri. mcm mana nk trasfer?
duit dlm kad debit tune card trnsfer ke akaun bank spt bsn, al hajri? boleh tak?
salam. time kasih kpd admin. sy suka sgt tips kat atas nih!!
sebelum ni tercari2..giler2 sy cari tips, pasal unverified la, kad debit mn yg sesuai tuk kuarkan duit la..dan skrg..haa, bru jumpa.alhamdulillah..
sy suka cara shuth beri ilmu, xde selindung,bgus, menarik perhatian visitor nak dtg website shuth lg..
shuth, nak tnya ni. klu kredit kad pki alrajhi yg umo 21 tahun ke bwh, boleh ke? n debit kard pki alrajhi bleh ke?
& klu pki debit kad al rajhi n kedit kad public bank, boleh ke?
tolong..dh lame gile terkapai2 sorg2 ni…harap shuth balas.tq
shuth, nK Tny NI. yg skrg ni, admin pki kad kedit ape? n kad debit ape?
p.s: sory, salah nama. bkn shuth, tp hairi.
@Sofea..
-Umur x berapa pasti..tapi rasanya 18 tahun ke atas..
-Anda boleh pakai seberapa byk kad debit yg anda mahu..
-Setakat ni saya ada kad debit ambank,public bank dan al rajhi & sedang tunggu kad debit tune money.
P/s: Peminat Shuth ke ni..?
wah, cepatnye bals,,..? laa…..kad kredit pki bank pe?x ckp pn… tune money gak ke?
mesti kena ade kedua-dua ‘kad kredit’ & ‘kad debit’ untuk transksi kuar msuk duit dr paypal?
p/s: ckp biar terang & jelas.. & lebih kurang pminat tuan punya blog aspiracycyber gak..
hampeh btol,, soklan ak xjawab,,
klu xtau ckap ar xtau, xpyah ak susah2 tggu jwpn dr ko..
ape da…
@kura2vz..
awak tanya pasal al hajri ke al hijri..?..
saya tak tau pasal bank tu..
Tapi kalau untuk al rajhi dan apa-apa kad debit..untuk transfer dari satu kad debit ke kad debit yang lain tiada masalah.Prosesnya sama macam kita transfer duit dari satu bank ke bank lain.
Contoh nak transfer duit dari kad debit A ke kad debit B dari bank sama atau berlainan.Keluarkan duit dari kad debit A,kemudian transfer ke dalam akaun kad debit B menggunakan kaedah bank in atau mesin deposit.
@Sofea..
Kad debit adalah alternatif untuk kad kredit debit untuk proses verify paypal.Jadi,kita tak payah la cerita pasal kad kredit sebab dengan adanya kemudahan kad debit ni,takut nanti bila dah pakai kad kredit lain pula jadinya.Jadi untuk proses verify paypal,gunakan kad debit sudah memadai.Semua kad yang saya guna ialah kad debit dan saya tak penah pakai kad kredit lagi setakat ni.
p/s: Taip soalan dengan jelas..untuk memudahkan soalan itu difahami.
haa…jawapan ni la yg saya nakk…….yang saya nak thu cmni je.”adakah anda memakai kad kredit pd waktu perniagaan yg anda jalnkan sekarang..?” tp tuan punya blog dh bagi jawapan, hehe.bgusla…
“Kad debit adalah alternatif untuk kad kredit debit untuk proses verify paypal.Jadi,kita tak payah la cerita pasal kad kredit sebab dengan adanya kemudahan kad debit ni,takut nanti bila dah pakai kad kredit lain pula jadinya.Jadi untuk proses verify paypal,gunakan kad debit sudah memadai.Semua kad yang saya guna ialah kad debit dan saya tak penah pakai kad kredit lagi setakat ni.”
p/s: sy xpandai nak tnya.nt ayat jdi tunggang langgang. ok2 terima kasih bnyk2…
jgn mareh..
ellow…. mmg tip yg ade kat sini amat membantu…..
tp saya nk tanya sket…. utk kad debit visa public bank ( yg boleh verify & keluar duit dari paypal tuh ). bile saya ushar laman web public bank, sy tgk ade 4 jenis kad debit visa public bank (pb visa classic, pb visa gold, pb visa platinum & pb visa electron ). tp mmg sy kurang arif ttg hal nih. jadi nk mintak pendapat yg mana satu lebih bagus & awak guna kad debit visa public bank yg mana satu?
@fazlianie
Kad debit Public Bank(PB) memang ada beberapa jenis.Saya sendiri dulu masa apply tersilap sebab saya nakkan kad debit visa mereka,tapi masa tu saya tak tau kad debit PB ni ada beberapa jenis.So saya isi je la form yang diberi oleh pekerjanya.Tapi bila dapat kad tu,rupanya saya dapat kad debit PB mastercard.So saya terus cancel kad tu dan beritahu saya nakkan kad debit visa.
Jadi pastikan masa anda apply kad debit PB,anda minta form untuk apply kad debit Public Bank Visa Electron.Sebab hanya kad debit PB visa electron saja yang boleh verify dan keluarkan duit dari paypal berbanding kad debit PB yang lain.
askum…. jadi dengan menggunakan public bank visa tu boleh direct terus ke keluarkan duit dari paypal tanpa menggunakan bank al-rajhi. kenapa tak boleh guna maybank2u… confius la… memang tak boleh langsung ker pakai maybank
@aziela..
W’salam..Ya,dgn kad debit visa public boleh direct keluarkan duit dari paypal.
Memang x boleh pakai maybank sebab mereka x provide servis ni.
Sekadar berkongsi maklumat.. Masa aku start bisnes internet ni kad
debit aku guna yang pertama adalah kad debit publicbank visa. Mohon
kat mana2 publicbank. pastikan anda mohon kad visa. ada dia bagi form
untuk apply kad. Tak payah bayar apa-apa dulu lepas tunggu seminggu,
kadang-kadang sampai dua minggu baru pb hantar surat suruh ambik kad
tu. Pergi ambik, masa tu aku kena masukkan duit 25 ringgit untuk
verify kad tu. lebih pun boleh, kira top up terus. lepas tu aku isi
form paypal untuk akaun premier. kena masuk ke akaun paypal dalam 2$lebih untuk urusan verify nanti. bil charge tu akan dihantar ke ke kad debit anda. selesai kat situ tapi akaun
paypal aku masih dikategorikan unverified. Paypal minta anda mengisi 4 digit no untuk verify. kena tunggu PB akan hantar bill transaksi setiap bulan. lepas tu pada bil tersebut akan ada no. transaksi kad debit anda kepaypal. Isi 4 digit no tu kat akaun paypal untuk verify. lepas tu barulah boleh berurusan dgn paypal akaun. langsung takde masalah kad ni…
salam,
).So ape masalah yg sy danh buat ni?
Ni nak tanya skit la.Sy ada problem la dengan tune money ni.Nak verify akaun paypal dia mintak code kat statement kad kreadit,tunggu punya tunggu mane la code paypal tu…dan request banyak kali,setiap kali mintak code dia caj 1.95 dollar,bpe kali dah mintak..x sampai2 pun kod paypal tu..dah la rugi pastu kad kredit ni plak kene block dengan paypal.Dah xblh guna lagi kat mne2 akaun paypal.Nak guna balik kene fax lesen la,ic la,butiran2 la..aduh..pening kepalo…hai nampak gaya kene mohon kad debit Al Rajhi Bank,leh jumpe stuff cun melecun murah dengan senyuman
ziesf..
w’salam..
Sepatutnya kod tu akan diberikan pada statement kad kredit/debit tune money lepas awak request dan masukkan maklumat tersebut pada akaun paypal.Kalau awak x pasti awak call pihak tune money dan tanya tentang kod tersebut.
sy x pasti ttg ni.. sy dh apply PB electron, tp lum amek dh dkat sebulan..
so, xtau la jnis kad ape yg sy dpt… untuk kepastian, tuan punya blog bleh bgtahu ttg kad debit tu? mengenai ketika memohon kad debiit visa electron. saya x ckp nk perkhidmatan online transfer, tp sy ckp ” nk gunakan kad debit bi tuk duit kuar masuk dr luar ngara..”
agak2 bro dia phm x?
dh nme pn electron…. mmgla hanya utk online yg security nya perlu kuat..klu xda electron, nt duit hilg lak.. nangis nt…
yg ade electron visa:
-bank islam
al-rajhi
-visa PB electron
-tune money.
http://affiliate-profit-strategy.blogspot.com
@Sofea…
Kad debit PB tidak ada masalah untuk urusan online.Cuma,seperti yang saya katakan di atas hanya kad debit ‘visa’ sahaja yang boleh digunakan untuk verify paypal dan keluarkan duit daripada paypal.
Kad yang lain boleh digunakan untuk pembelian online.Cuma kad tersebut kita tak boleh add pada akaun paypal.Kalau awak bgtau orang bank untuk perkhidmatan pembelian online,semua kad boleh,kecuali kalau awak bagitau berkenaan paypal,itupun kalau pegawai bank tu taulah.
Tapi nak senang cerita,cakap je awak nak kad debit visa.Kalau katakan kad yang awak dapat tu bukan visa,awak boleh cancel kad tu dan apply semula kad visa.Nak lagi cepat,rajin2 buat follow dengan bank berkenaan kad yg awak apply.
sdr,
sy nak add card dlm pay pal ni tapi bila di isi maklumat kad public bank visa electron ni dia keluar …
“This credit card has been denied by the bank that issued your credit card. For details on why your card was denied, please contact your credit card issuer’s customer service department. Or, you may want to try adding a different credit card”.
apa masalahnya? bank kata tak de masalah
@Kak Aida.
Saya tak pasti apa masalahnya.Cuma pastikan kad tersebut adalah kad debit visa electron dan pastikan ada balance dalam kad tu.
Bro, PublicBank launched satu kad PB Day2Day card…..rasa2nya debit kad ni leh verify dan buat transaksi untuk paypal x?
thanx 4 reading
http://tinyurl.com/kaori1
salam hairi…spycat ni..daripada forum kuasa email..
okkeh..
meh baca masalah pertama saya..
pada 16 jun yang lepas..saya dah apply debit car visa electron pb..
dan dah dapat pun kad 2 pada 5/7/09…
akak bank kate..pergi masukkan 25 rggt kedalam kad ni melalui mesin deposit ataw kaunter..
1st..saya pergi mesin deposit..cucuk kad…masalah timbul…
mesin deposit 2 cakap die xleh terima kad saya..
so sy pun pergi lah ke kaunter..
masukkan RM100 ke dalam kad saya tuh..
lepas tuh saya pergi mesin atm(bukan mesin deposit) untuk cek baki
dan baki RM100 tersebut telah dimasukkan ke dalam kad saya..
saya try sekali lg pergi ke mesin deposit cucuk kad..
sekali lagi masalah sama..mesin deposit tersebut xleh terima kad saya..
die keluarkan balik kad debit saya tuh..
soalan pertama…adakah ini masalah biasa mesin deposit xleh terima debit kad???
masalah kedua..
lepas balik je dari pb dkt jalan ampang tuh..
terus sy verified akaun saya untuk kali kedua..(kali pertama verified dgn kad debit al-rajhi visa x berjaya/unverified)
akhirnya saya berjaya verified akaun paypal saya melalui kad debit visa electron pb tersebut..
kemudian..saya kena komfomkan link kepada debit kad saya tersebut..
kemudian paypal akan cakap macam ni
“Check your card statement and find the 4-digit PayPal code for the charge you authorized”
ok..soalan saya..di mana nak semak card statement??
ada yang cakap melalui online statement..
macam mana nak apply online statement ni???
harap membantu
@Kaori_Hanao
Saya tak pasti kad tu jenis apa.Tapi kalau nak guna untuk verify dan keluarkan duit dari paypal,better guna yang dah terbukti boleh digunakan.
@adie
Masalah pertama:
Kad debit sepatutnya tiada masalah macam tu.Fungsinya macam kad ATM biasa.So kita boleh guna kad tu pada mesin ATM untuk cek baki dan keluarkan duit dan sebagainya.Dan untuk keluarkan duit paypal yang telah ditransfer ke akaun Public Bank pun sudah semestinya kita kena guna kad tu.So,kad debit awak tu bermasalah la nampaknya.
Masalah kedua:
Kod tu awak akan dapat melalui penyata transaksi bulanan kad debit awak.So,kena tunggu la surat penyata tu sampai ke rumah.Berkenaan boleh cek online tu,awak kena register perbankan online kalau nak semak dengan cepat.Ataupun mungkin awak boleh pergi ke cawangan Public bank dan request pada mereka penyata transaksi akaun kad debit awak tu kalau nak cepat.
nak tanya kalau nak tranfers duit dari kad ke paypal macam mana pulak…??
kad public bank visa electron…
eddyisma,
Buat masa ini,kita tak boleh transfer duit dari dalam kad ke akaun paypal.
Bro.. Saya telah cuba add al-rajhi debit kad, tp dia tak autorised. So, macam mana nak buat?? Apa masalahnya??
satu lagi, kat mana kita boleh top up debit kad al-rajhi selain kat bank al-rajhi. Susah nak jumpa bank al-rajhi nih..
Bro.. Saya telah cuba add al-rajhi debit kad ke paypal saya, tp dia tak autorised. So, macam mana nak buat?? Apa masalahnya??
salam,ada soalan..masa register paypal ni,mesti ada kad debit alrajhi dan tunemoney?atau kad alrajhi sahaja…satu lagi,kalau perlu dua2nya skali,kad mana satu yang di daftar dulu..?
help me!!!! sy ade debit PB.. tapi bila nak daftar pada paypal, paypal tak terima..
soalan:Saya sudah ada kata laluan PBEbank, jadi perlu ke buat pengesahan kata laluan di ATM?
heyy…saya dah buat dah kad debit public bank visa electron!
huuhu….terima kasih admin blog, tanpa tunjuk ajar anda, saya mgkin x buat lgi agaknya smpi skrg..
http://www.dapatwang.com/?id=umie
ohh lupa..
klau nak transfer duit dari PB ke paypal boleh ker?:???
Buat masa ni x boleh lagi utk transfer duit dari kad kepada paypal.
selain paypal ape lg yg blh wat kuar masuk duit
bro..nak tanya sikit..
saya baru nak tahu pasal kad debit ni,jadi kad debit yang mana yang terbaik setakat ni yang memudahkan urusan kita diinternet?