Menjadi Pengguna Bijak.Berbelanja mengikut kemampuan dan keperluan.
Posted by HairiSep 5

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan kepada anda semua walaupun hari ini sudah 5 hari umat islam berpuasa.Penuh tak puasa anda setakat ni?kalau yang perempuan tu mungkin ada yang awal-awal dah miss agaknya..
Dengan kedatangan bulan ramadhan ni juga sebenarnya menguji keimanan kita berbelanja terutamanya apabila berada di bazar ramadhan.Memang rambang mata tengok juadah berbuasa puasa seperti ayam percik,roti jala,roti john travolta,sup ayam,nasi briyani gam dan lain-lain lagi.Rasa macam nak borong satu bazar tu..he heh.Itulah dugaan di bulan puasa,sebab itulah kita selalu dinasihatkan supaya menjadi pengguna bijak supaya tidak melakukan pembaziran.
Dalam berbelanja membeli produk yang dipasarkan di internet juga sebenarnya anda perlu berbelanja dengan bijak.Pernahkah situasi di mana anda begitu teruja dengan pelbagai produk yang ditawarkan melalui internet sehingga anda rambang mata..biasa bukan?.Jadi konsep pengguna bijak tetap sama,jangan lakukan pembaziran dengan membeli produk yang di luar keperluan anda,yang mana akhirnya produk itu hanya terperap dalam hard disk anda tanpa dimanfaatkan langsung.Perkara ini selalu terjadi kepada mereka yang baru mula ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet atau lebih sinonim dengan panggilan newbie.
Untuk makluman,sebenarnya banyak produk baru telah dikeluarkan dalam tempoh terdekat ini oleh usahawan internet yang menunjukkan betapa pesatnya perkembangan aktiviti usahawan internet Malaysia ketika ini.Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini begitu banyak produk baru dilancarkan.Kalau saya nak senaraikan di sini,penuh pulak link affiliate nanti..
,tapi cukuplah dengan beberapa banner promosi di laman web ini.Anda boleh lihat sendiri betapa meriahnya perkembangan perniagaan internet di Malaysia dari hari ke hari.Perkembangan ini memang jauh berbeza sekali jika dibandingkan dengan setahun yang lepas.Perkembangan positif ini juga telah mendorong program affiliate tempatan berkembang sebagai salah satu medium sumber pendapatan sampingan kepada ahlinya.Untuk akhirnya..berbalik kepada persoalan produk yang mana satukah yang anda rasa memenuhi citarasa anda?Seeloknya..tepuk dada..tanya keperluan.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.









salam ramadhan..terima kasih atas tips2 kewangan selama ini..:D