Ok la, kita tutup sekejap pasal keseronokan WC Gathering, sekarang ini kita masuk hal yang agak serius..Waktu untuk belajar..

Model kedua: Menjual resale rights (hak jualan balik) untuk produk anda

Sebelum ini, kita telah membincangkan bagaimana untuk membina sistem bagi menjual produk anda sendiri.Menjual produk sendiri maksudnya hanya anda yang mempunyai hak ke atas produk tersebut. Pembeli hanya berhak memperolehnya daripada anda tetapi tidak boleh menjualkannya sesuka hati.Memang jualan ini bererti keuntungan adalah seratus-peratus menjadi milik anda.Katakan anda menjual barangan berharga RM30.00. Sekiranya anda berjaya menjual sebanyak 10 produk, anda akan memperoleh keuntungan RM300.00 dan jika 30 produk, keuntungan tersebut menjadi RM 900.00.

Tetapi anda perlu ingat, kerana sampai pada satu tahap jualan anda akan menjadi perlahan dan semakin menyusut.Ini berlaku kerana permintaan semakin perlahan dan kewujudan persaingan daripada produk yang lebih terkini.Ketika inilah anda perlu menjual resale rights untuk produk anda yang dijual. Maksudnya, anda memberi hak kepada orang lain untuk menjual produk anda dan hak menjual semula dengan bersyarat atau tanpa syarat.

Terdapat  4 jenis right (hak) dalam resale (jualan balik) iaitu:

1)Personal rights -  Hak jualan individu yang bermakna pembeli anda tidak boleh menjual semula produk yang telah dibeli. Kebiasaannya,untuk kegunaan diri sendiri sahaja.Biasanya, produk sebegini dijual untuk tempoh masa dan bilangan pelanggan yang terhad sahaja.

2)Resale rights- Hak menjual produk untuk memperoleh keuntungan.Pembeli mendapat hak untuk menjual semula produk yang dibeli tetapi tidak berhak menjual resale right kepada pembelinya.

3)Master resale rights- Hak untuk menjual produk dan juga hak untuk menjual resale rights kepada pembeli produk.

4)Private label rights- Hak yang sama seperti Master resale rights tetapi kelebihan PLR memberikan anda hak kebebasan untuk mengubah, menyusun atau menukar produk mengikut apa yang anda suka.Misalnya, anda boleh menukar nama pencipta produk kepada nama anda dan sebagainya.

Setakat ini, adakah anda dapat memahami dengan jelas penerangan ringkas tentang rights (Hak) dalam anda menjual produk? Anda perlu memahami hak-hak ini sebelum memilih untuk menjual resale rights bagi produk anda.Anda perlu mengambil pendekatan yang berhati-hati untuk menjual resale rights bagi produk anda.Kenapa saya menyebut tentang berhati-hati? Anda boleh mendapat keuntungan yang lebih dengan menjual resale rights bersama produk .Ini adalah kerana pembeli anda mendapat hak untuk menjualnya semula.

Produk yang dijual bersama resale right terutamanya master resale right,mesti dijual  mahal sedikit daripada produk yang dijual secara biasa. Anda boleh mendapat keuntungan besar sekiranya produk anda diminati dan ramai yang berhasrat mendapatkan resale rights tersebut.Anda juga membantu orang lain mengaut keuntungan dari produk hasil usaha anda.Namun begitu, ianya akan meningkatkan persaingan terhadap jualan anda.Walau bagaimanapun,  anda perlu bijak memikirkan baik dan buruk yang akan timbul. Jika anda mengkehendaki keuntungan agak besar dalam masa singkat, inilah caranya dengan syarat produk anda mesti produk popular. Biasanya, master resale rights ini sesuai untuk produk-produk digital yang lebih kompetetif tetapi tidak begitu sesuai untuk produk fizikal.

Sekarang, anda sudah tentu jelas mengapa ada ketikanya ketika anda hendak membeli sesuatu produk, anda diberi pilihan untuk membeli pakej bersekali dengan master resale rights atau pun tidak dengan kadar harga yang berbeza.Mungkin selepas ini, apabila anda sudah mempunyai produk sendiri, anda boleh menyediakan juga pakej untuk master resale rights dan sebagainya mengikut kesesuaian produk yang hendak dijual. Selamat mencuba.

Bersambung lagi untuk model busines seterusnya pada minggu hadapan…jangan lupa singgah-singgah selalu kerana banyak lagi hidangan enak-enak yang sedia menanti untuk anda semua…