Jika anda masih ingat setahun yang lepas,saudara Mohd Najib Kasimin telah mengeluarkan pakej lengkap perniagaan internet dalam bentuk tutorial melalui laman web monakas beliau.Baru-baru ini ketika majlis gathering WC saudara Najib secara tidak rasminya membuat pra-pelancaran produk beliau ini dalam bentuk DVD,dan semalam pula secara rasminya beliau telah melancarkan pakej lengkap perniagaan internet tersebut dalam bentuk DVD kepada umum.

Pakej ini memang cukup lengkap dengan tutorial dalam bentuk video selama lebih 11 jam.Jika anda ingin tahu lebih lanjut isi kandungan tutorial yang disediakan melalui pakej ini,sila layari laman web berikut:
DVD Pakej Lengkap Panduan Internet

Majalah IM untuk edisi ke 6 sudah diterbitkan oleh Team Flarebiz dan krew-krew Majalah IM.Untuk Edisi kali ini saudara Iszudin Ismail a.k.a Kidino telah dipilih sebagai cover girl dengan kisahnya sebagai usahawan internet yang berjaya di arena antarabangsa sebagai paparan utama.

Yang menarik untuk keluaran edisi merdeka ini ialah:
1. Interview bersama Kidino – Internet Marketer Malaysia yang bertaraf antarabangsa.
2. Cara Tangani Kenaikan Kos Kehidupan oleh Tazilan Ibrahim
3. Pemasaran Internet Melalui Hadiah Percuma oleh Zamri Nanyan
4. Viral List Building Series oleh Kidino
5. Gagal Kuasai Ilmu Baru – Jadi Usahawan Yang Gagal oleh Osman Affan
…dan banyak lagi!

Anda boleh downloadnya di laman web rasmi mereka: Majalah IM

Oleh kerana banyak persoalan yang diajukan pada artikel yang lepas mengenai program Freebies4Webmasters,saya terpaksa membuat entri sambungannya lagi pada kali ini.Secara umumnya,2 soalan utama ini sahaja yang ditanya kepada saya:

1. Adakah program ini sudah membayar anda?
2. Adakah saya perlu mempunyai akaun paypal?

Untuk soalan pertama:
Saya minta maaf ,saya tidak dapat menjawab soalan ini buat masa sekarang,kerana seperti yang saya katakan sebelum ini bahawa saya baru sahaja mendaftar bersama program ini semalam dan ketika entri ini ditulis,akaun saya masih baru berusia kurang daripada 48 jam.
Saya cuma memberi satu peluang untuk buat duit dengan blog yang anda ada.Keputusan sama ada saya akan dibayar atau tidak,hanya boleh diketahui pada hari pembayaran program ini,iaitu pada setiap awal bulan.

Read the rest of this entry »

Jika selama ini anda tercari-cari program buat duit dengan blog bahasa Melayu,inilah peluang anda. Freebies4Webmasters akan membayar kepada sesiapa yang berminat untuk memaparkan banner iklan mereka dengan nilai matawang GBP(Pound).Pembayaran pula akan diberi melalui akaun paypal.Dan yang paling menarik,mereka juga menerima blog dalam bahasa Melayu.

Kenapa?tak percaya ye?..Kalau anda tak percaya,anda boleh lihat banner iklan mereka di bawah artikel ini,sebelum ruangan komen.Dan yang paling mengejutkan saya,mereka telah approve akaun saya ini kurang daripada tempoh 12 jam,walaupun mereka katakan tempoh untuk approve akaun adalah dalam masa 3 hari.Memang mengujakan lebih-lebih lagi dengan hanya sebuah blog dalam bahasa melayu sahaja!

Read the rest of this entry »

10 ogos lepas genaplah sebulan usia laman blog ini dan seiring itu juga,genaplah sebulan program pay per lead kami dilancarkan bersama laporan percuma rahsia trafik video marketing.Kami menerima respon yang agak baik menerusi program ini di mana lebih 1000 orang telah memuat turun laporan ini.Gunakan panduan ini dengan sebaiknya untuk proses marketing anda melalui video.

Berbalik kepada program affilate pay per lead yang kami lancarkan,selain daripada komisyen sebanyak rm 0.20 bagi setiap laporan yang anda sebarkan,anda juga turut berpeluang untuk mendapat tambahan sebanyak rm 100 untuk tempat pertama,rm 50 untuk tempat kedua serta rm 30 untuk tempat yang ketiga.Di samping hadiah istimewa sebuah laptop bagi yang mampu menyebarkan laporan ini kepada 10,000 orang.Ahaks..ada yang mampu ke..impossible is nothing bro.. 8)

Read the rest of this entry »