Curi 41 Headline Ini Untuk Buat Iklan Dengan Mudah

Berkerut-kerut dahi nak tulis headline sampai berpuluh-puluh kali tekan DELETE pada keyboard?

Saya faham, tulis copywriting ni memang menyeksakan.

Boleh ambil masa berhari-hari nak tulis beberapa perkataan sahaja.

Dan saya tak sanggup tengok anda menderita nak tulis iklan macam pro. Sob sob sob…

Jadi, saya dah sediakan 41 contoh headline untuk menghilangkan kesengsaraan mengarang headline.

Hanya copy and paste sahaja. Tukar apa yang dalam [ ].

Setel.

 

Ini dia.

1 . Nak [keputusan yang dikehendaki]?

2. Perlukan [benefit utama] untuk [keputusan yang dikehendaki]?

3. Macam Mana Nak [keputusan yang dikehendaki]?

4. Cara Untuk [keputusan yang dikehendaki] – Ditemui!

5. Terbaru! [Produk] Untuk [target market] Yang Nak [keputusan yang dikehendaki]

6. Adakah Ini Jawapan Kepada [keputusan yang dikehendaki]?

7. Inilah Cara Untuk [keputusan yang dikehendaki] Yang Tidak Diketahui Orang

8. Adakah Anda Buat Kesalahan-kesalahan Ini Semasa [cara untuk menyelesaikan masalah]

9. Dapatkan [benefit utama] Sampai [kesan daripada benefit]

10. Dapatkan [keputusan yang dikehendaki] Tanpa [hasil yang tak diingini]

11. [Produk] Ini Boleh [keputusan yang dikehendaki]

12. Adakah Anda Risau Dengan [hasil yang tak diingini]?

13. Anda Boleh Dapat [keputusan yang dikehendaki] Dengan Mudah

14. Di mana [keinginan yang dikehendaki] Dan Bagaimana Untuk Mendapatkannya?

15. Ketahui Rahsia [keputusan yang dikehendaki]

16. [Nombor] Cara Untuk Anda [keputusan yang dikehendaki]

17. Untuk [target prospek] Yang Mahu [keputusan yang dikehendaki] Tetapi Tidak Tahu Nak Bermula

18. Hentikan [hasil yang tidak diingini]

19. Anda Juga Boleh [keputusan yang dikehendaki] dalam [tempoh masa]

20. Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan [keputusan yang dikehendaki] Apabila Anda [elak sesuatu yang mencabar]

21. Ada [keputusan yang dikehendaki] Dalam [Produk]

22. Anda Tidak Perlu [sesuatu yang mencabar] untuk menjadi [keputusan yang dikehendaki]

23. Inilah Cara Untuk [keputusan yang dikehendaki] Yang Ramai Tak Tahu

24. Bagaimana Untuk Menukarkan [masalah] kepada [keputusan yang dikehendaki]

25. Bagaimana nak [keputusan yang dikehendaki] Yang Anda Boleh Banggakan

26. Dapatkan [keputusan yang dikehendaki] Tanpa [hasil yang tak diingini]

27. Hilangkan [masalah] Sekali dan Selamanya

28. Dapatkan [keputusan yang dikehendaki] Anda Dalam [tempoh masa]

29. Bayangkan [keputusan yang dikehendaki] Yang Anda Suka Setiap Masa

30. Adakah Ini Cara Untuk [menyelesaikan masalah]?

31. Siapa Lagi Mahu [keputusan yang dikehendaki]?

32. Lihat Bagaimana Mudahnya Anda Boleh [hasil] (video)

33. Anda Boleh Dapat [keputusan yang dikehendaki] Bila Anda Buat Ini

34. Biar Benar! Inikah [keputusan yang dikehendaki]

35. Untuk [target market] Yang Inginkan [keputusan yang dikehendaki]

36. [nombor] Tanda [hasil yang tak diingini]. Adakah Anda Mengalaminya?

37. Selamat Tinggal [Masalah]. Hai [keputusan yang dikehendaki]

38. Amaran! Anda Akan Dapat [keputusan yang dikehendaki] Lebih Cepat Daripada Anda Jangkakan

39. Stok terhad. Sedia untuk dipos. [nama produk]

40. Jangan Cuba [Produk] Tanpa Buat [tindakan yang dikehendaki]

41. Akhirnya, Rahsia [keputusan yang dikehendaki] Kini Didedahkan

Ini adalah sebahagian tips daripada Like Method

Jika anda ingin lebih banyak lagi perkongsian,jangan segan untuk join program dan group Like Method,klik link dibawah segera :

>>> JOIN SEKARANG <<<