Gathering WC yang meriah

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Albany Isle of Man Airport
Find Deals Find Deals

Meriah!!! Havoc!!!!

Itulah yang dapat digambarkan pada majlis perjumpaan pertama ahli forum wangcyber.com siang tadi.Memang syok dapat jumpa rakan-rakan cyber yang hanya dikenali melalui forum sebelum ini.Memang karakter di alam cyber dengan dunia realiti sangat berbeza.Apepun,kepada warga WC semua,anda semua memang cool’.Tahniah kepada shuth,selaku founder WC kerana dapat menganjurkan majlis perjumpaan ini dengan jayanya.

Sesi forum yang dikendalikan oleh Osman Affan dan dengan ahli panel yang terdiri daripada Sabri Saifulsham,Gobala Krishnan dan Yusry memang padat dengan informasi dan motivasi.Ceramah yang disampaikan oleh Dr.Irfan pula memang menarik dan bernas.Beliau memberikan tips dan strategi bagaimana untuk menjadi jutawan dengan idea yang cukup realistik.

*kudos pada catzer selaku photographer
Lebih banyak gambar sekitar majlis perjumpaan ini akan diupload pada post akan datang…

“Winner Never Quits”

WC Gathering

Semalam saya telah melakukan pembayaran untuk mengesahkan kehadiran saya ke majlis gathering forum Wangcyber.com yang pertama.Gathering ini akan berlangsung esok(Ahad) bermula dari pukul 2 petang hingga ke pukul 6 petang.

Ramai juga otai-otai internet akan turun termasuklah Dr. Irfan Khairi sendiri yang diundang sebagai tetamu istimewa dan akan turut memberi ceramah kepada peserta yang hadir.Yang paling jauh pula yang saya tau,ialah saudara Zamri Nanyan dari Pulau Pinang.Begitulah hebatnya aura forum yang menghimpunkan komuniti usahawan internet Malaysia ini.

Maklumat Berkenaan Gathering: http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc-gathering

Harap-harap,dapatlah saya menimba ilmu tentang perniagaan internet daripada mereka semua serta meluaskan networking.Mana tau ada projek baik nanti.. :D

*TAWARAN PENGIKLANAN TELAH DITUTUP DAN KAMI AKAN MULA MENGIKLAN PADA MINGGU HADAPAN.

http://aspirasicyber.com/iklan

Agak sukar juga untuk menguruskan iklan jenis perkongsian ni rupanya 8) .Bukan semudah disangka.Jadi tidak hairanlah bilamana slot 34 ruang iklan yang habis ditempah sebelum ini,dan selepas 4 hari maklumat pembayaran diberikan,hanya 21 orang sahaja yang melakukan pembayaran untuk tujuan pengiklanan.Tidak mengapalah,mungkin ada yang bertukar fikiran atau menghadapi masalah di saat akhir.Di harap kepada yang telah membuat pembayaran,harap dapat bersabar dan juga kepada yang belum menghantar maklumat iklan untuk url dan banner,sila hantarkan kepada kami segera.

Read the rest of this entry »

Jom…Adsense – Part I ?


Hari ni saya nak bercerita sikit pasal penglibatan saya dalam program google adsense secara santai bersama anda.

Erm…saya telah terkena sindrom atau gejala adsense semenjak tahun lepas.Gejala ni memang serius sebab kalau sehari tak bukak akaun adsense untuk lihat pendapatan harian,boleh demam rasanya.Program adsense sangat bagus dalam memberi pendapatan tetap atau sampingan kepada sesiapa yang melibatkan diri dengan program ini.Jadi,bersempena dengan kenaikan harga minyak dan ketirisan poket yang melanda dunia dan negara kita khususnya,pada mereka-mereka yang teringin untuk mendapatkan duit lebih..ah ha..jom adsense.. :D

Read the rest of this entry »

Saya sudah hantarkan maklumat pembayaran kepada semua yang berminat dengan tawaran di sini: http://aspirasicyber.com/?p=37

Namun begitu,oleh kerana saya ingin cepat dan tidak mahu melengahkan proses pengiklanan ini,saya buka tawaran ini kepada sesiapa sahaja yang membayar dahulu dan memberi maklumat lengkap berkenaan url dan banner anda.

Read the rest of this entry »