Di sini saya ingin menawarkan satu tawaran win-win situation kepada sesiapa yang ingin mengiklankan apa sahaja produk/blog/laman web anda ke salah sebuah akhbar online yang agak tinggi trafiknya di Malaysia ini iaitu berita harian online
Jika minda anda mengatakan anda boleh terbang..adakah anda mampu melakukannya?
Oh…don’t try this at home…
Baiklah..Sejauh manakah kepercayaan anda terhadap kawalan minda untuk melakukan sesuatu yang dirasakan agak sukar atau mustahil tetapi pada secara realistiknya ia mampu dilaksanakan.Saya beri satu contoh yang saya ambil daripada sebuah forum berkenaan seorang pemuda yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan internet mahu menghasilkan RM 60,000 untuk melangsaikan pinjaman pelajaran beliau dalam tempoh sebulan kerana jika tidak,beliau akan dikenakan interest yang cukup tinggi.
Lantas pelbagai pendapat diberi dan diutarakan oleh ahli forum tersebut dan beliau telah mengambil tindakan yang positif untuk melaksanakan misi tersebut.Saya tidak pasti sama ada beliau berjaya atau tidak dalam misi tersebut tetapi apa yang saya dapat lihat beliau berjaya mempelajari dan memahami selok belok berkenaan pernigaan internet dalam masa yang cukup singkat.Di sini menunjukkan bagaimana kuatnya pengaruh evolusi minda dalam mempengaruhi sesuatu perkara terutamanya apabila sedang berada dalam keadaan yang terdesak.
Bicara pertama untuk post ini, saya dengan rasa rendah diri mengalu-alukan kedatangan anda semua ke “rumah kami” yang belum lagi berhias indah ini. Begitulah perumpamaannya untuk laman web aspirasicyber ini. Insya Allah dari semasa ke semasa kami akan menambah segala bentuk ilmu berkaitan online business yang kami peroleh berdasarkan pengalaman sendiri mahupun hasil perkongsian dengan orang lain atau penemuan dan pemerhatian dari semasa ke semasa.
Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada dikalangan kalian yang berminat untuk berkongsi pengalaman dan menyumbang pemikiran dalam bentuk artikel dan sebagainya yang berguna untuk dikongsi bersama. Anda juga boleh melontarkan sebarang cadangan dan pertanyaan yang berkaitan dengan online business.Saya berharap anda dapat memaklumkan kepada kami maklumat apa yang anda ingin untuk kami cuba sedaya mungkin menyediakannya. Kami juga akan menyediakan pelbagai tips, panduan dan juga ebook serta software percuma yang boleh dikongsi bersama.Kami juga berbesar hati sekiranya ada dikalangan kalian yang sudi untuk berkongsi pengalaman online business dengan kami tidak kiralah sama ada anda masih baru ataupun yang sudah lama. Pengisian pertama saya untuk kali ini ialah berkaitan:
Baru-baru ini seorang IM tempatan iaitu saudara Mawardee baru sahaja melakukan pelancaran rasmi untuk produk terbaru beliau iaitu Panduan Clickbank.Kesungguhan beliau sebagai IM di Malaysia ini begitu terserlah dengan satu demi satu matlamat tahun 2008 yang beliau tetapkan telah dicapai dengan jayanya.Dan dengan kesungguhan tersebut,tidak hairanlah beliau berjaya mendapat jualan sebanyak RM 8,000 hasil tempahan orang ramai sebelum pelancaran rasmi produk ini dijalankan lagi.
Saya juga terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan produk beliau ini dan saya memang yakin dengannya kerana saya pernah membeli beberapa produk beliau sebelum ini dan memang sangat berpuas hati dengan kualiti produk yang beliau hasilkan sebelum ini.Tanpa berfikir panjang saya membayar untuk keahlian emas yang mana banyak manfaat yang bakal diperolehi kelak.
Kita sudah memasuki pertengahan bulan julai sekarang.Ini bermakna sudah lebih separuh daripada perjalanan tahun 2008 ini kita lalui.Jadi bagaimana dengan matlamat yang anda tetapkan pada awal 2008 untuk perniagaan internet anda kerana separuh perjalanan sudah ditempuhi dan saya pasti anda dapat menilai sendiri sejauh mana matlamat yang anda tetapkan itu sama ada tidak,mungkin,hampir atau pasti tercapai ketika ini.
Bagi saya sendiri,ada matlamat yang telah saya capai dan ada juga yang masih samar.Namun begitu,separuh perjalanan masih ada,dan jika matlamat itu masih jauh daripada sasaran,nampaknya kita kena berusaha 200% daripada sekarang.