Bicara pertama untuk post ini, saya dengan rasa rendah diri mengalu-alukan kedatangan anda semua ke “rumah kami” yang belum lagi berhias indah ini. Begitulah perumpamaannya untuk laman web aspirasicyber ini. Insya Allah dari semasa ke semasa kami akan menambah segala bentuk ilmu berkaitan online business yang kami peroleh berdasarkan pengalaman sendiri mahupun hasil perkongsian dengan orang lain atau penemuan dan pemerhatian dari semasa ke semasa.

Kami juga mengalu-alukan sekiranya ada dikalangan kalian yang berminat untuk berkongsi pengalaman dan menyumbang pemikiran dalam bentuk artikel dan sebagainya yang berguna untuk dikongsi bersama. Anda juga boleh melontarkan sebarang cadangan dan pertanyaan yang berkaitan dengan online business.Saya berharap anda dapat memaklumkan kepada kami maklumat apa yang anda ingin untuk kami cuba sedaya mungkin  menyediakannya. Kami juga akan menyediakan pelbagai tips, panduan dan juga ebook serta software percuma yang boleh dikongsi bersama.Kami juga berbesar hati sekiranya ada dikalangan kalian yang sudi untuk berkongsi pengalaman online business dengan kami tidak kiralah sama ada anda masih baru ataupun yang sudah lama. Pengisian pertama saya untuk kali ini ialah berkaitan:



Panduan Internet Marketing Secara Asas
: 10 contoh model perniagaan internet

Dalam hal ini, saya akan mengupas secara asas tentang Panduan berkaitan Internet Marketing. Untuk itu, saya mengambil contoh 10 model online business paling berjaya.

Model 1: Menjual produk sendiri

a) Mencipta produk sendiri

Kebanyakan Internet Marketer memperoleh  pendapatan berganda hasil daripada penjualan produk sendiri. Fakta ini memang jelas dan tidak dapat disangkal lagi. Anda boleh perhatikan sendiri bagaimana Internet Marketer yang berjaya kebanyakannya kerana mereka menjual produk sendiri.Bagaimana untuk menjual produk sendiri? Pasti anda semua akan menggelengkan kepala kerana tidak akan terfikir untuk mencipta produk sendiri. Saya juga berpendapat begitu pada mulanya kerana kebanyakan kita tidak sedar tentang potensi diri masing-masing.Anda boleh bertanya kepada diri anda sendiri apa yang anda boleh buat dan tahu membuatnya dengan baik.Adakah anda mempunyai ilmu atau pengetahuan yang orang lain mungkin tidak tahu.Pengetahuan yang boleh dikongsi dan orang lain sanggup membayar untuk memperolehnya.Jika ya jawapannya, anda boleh mencipta produk informasi.Perhatikan apa yang Internet Marketer jual dan  pendapatan yang diperoleh dengan setiap produk informasi yang dijual. Anda perlu menulis tentang apa yang anda tahu dan jangan menoleh ke belakang lagi.Pasarkan produk informasi anda dan baiki kelemahan yang ada sepanjang perjalanan tersebut.Anda juga mungkin mempunyai kelebihan lain yang boleh dimanfaatkan bersama.Bagaimana pula jika anda tidak berbakat untuk menulis atau tidak ada banyak pengetahuan untuk mencipta produk sendiri? Anda masih lagi boleh berjaya dengan mengupah orang lain atau berkerjasama dengan orang lain untuk menjayakan sesuatu produk yang boleh dijual.Saya menekankan tentang produk informasi kerana produk ini yang paling berjaya menguasai pasaran bisnes online.

b) Mencipta sale page yang menarik

Kenapa perkara ini ditekankan. Jika anda berniaga secara offline, anda perlu menuturkan kata-kata yang meyakinkan untuk menarik perhatian orang ramai membeli barangan anda tetapi secara online anda perlu memujuk pelanggan anda dengan menyediakan sale page (sale letter) yang menarik perhatian ramai untuk membeli produk anda.Selain menyediakan produk yang menarik dan baik, sale page anda juga perlu bijak memujuk pengunjung membeli produk anda.Sales letter yang menarik dapat menjual produk sekalipun tidak berkualiti dan sale letter yang teruk tidak akan dapat menjual produk walaupun berkualiti tinggi.Inilah realiti yang berlaku dalam dunia internet marketing.Bagaimana mencipta sale letter yang menarik? Anda boleh melihat contoh-contoh sale letter yang menarik perhatian anda.Simpan sale letter ini atau bookmarks untuk anda jadikan rujukan apabila anda ingin membuat sale letter yang baik. Anda juga boleh mengupah orang lain untuk menulis sale letter ini.

c) Mendapatkan kaedah pembayaran dan sistem pembayaran yang teratur

Anda boleh mendapatkan paypal, 2chekout dan sebagainya untuk tujuan menerima pembayaran pelanggan anda.Anda boleh terus ke laman tersebut untuk mengetahui cara-cara untuk memohonnya. Terdapat pelbagai panduan disediakan bagi mengetahui cara-cara memohon paypal.Pastikan juga anda meletakkan sale page anda sebagai landing page dan terdapat thank you page(terima kasih) apabila pelanggan berjaya membuat pembayaran.Anda juga boleh membina mailing list dengan menawarkan produk percuma sekiranya pengunjung anda masih tidak berminat lagi untuk membeli dengan menyediakan ruang untuk menerima nama dan email mereka.Anda boleh mengingatkan mereka di kemudian hari melalui kaedah email marketing (pemasaran melalui emel).

d) Mendapatkan trafik secara berterusan ke laman web anda

Inilah yang akan menentukan jatuh bangunnya laman web anda kerana tanpa trafik walaupun betapa baik sekalipun produk yang anda ada, anda tidak akan mendapat sebarang jualan.Saya akan menyentuh panjang lebar tentang trafik pada masa akan datang.Secara  asas terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan trafik paling berkesan yang terkini iaitu:
1 ) Kaedah SEO pada laman web anda (On-Page)
2 ) Kaedah SEO selepas laman web anda dipublish (Off-Page)
3 ) Article marketing (pemasaran menggunakan artikel)
4 ) Forum marketing (pemasaran melalui forum)
5 ) Free classified
6 ) PPC
7 ) Joint Venture
8 ) Traffic Exchange
9 ) Video marketing seperti yang diberi percuma di blog ini
10 ) Email marketing
11 ) Web 2.0 marketing…

dan pelbagai cara lagi yang akan saya terangkan pada post-post akan datang.Tahukah anda, terdapat ramai orang yang menjual maklumat yang saya terangkan secara percuma ini kepada anda?

Saya akan menyambung lagi model business yang kedua dan seterusnya pada post di bawah kategori pemasaran internet pada masa akan datang.Sudi-sudikanlah menjenguk selalu ke sini untuk mendapatkan tips-tips dan pelbagai lagi panduan yang lebih menarik…